Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,

Peribahasa

Seperti anjing lapar mendapat tulang,
     daging segumpal dan sekeping apam.

Bermaksud :

Bantuan yang diperoleh tepat pada waktunya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat Pagi, Dimohon khidmat nasihat untuk tajuk draf penulisan saya yang bertajuk : "Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dari Menghadiri Kuliah Tepat Pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia" Sekian, terima kasih, Penulis.

Tajuk ini boleh dibaiki seperti dua cadangan yang berikut:
(1)  Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Menghadiri Kuliah Tepat pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
       Politeknik Seberang Perai, Malaysia.
(2)  Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia Menghadiri 
      KuliahTepat pada Masanya.

Tatabahasa02.06.2014
Tolong selesaikan kekeliruan ini:KK transitif dalam frasa 'membelikan Ahmad' dan 'membeli kasut' adalah tepat.pada fahaman saya kktr membelikan disertai objek yag bernyawa manakala kktr membeli untuk objek tidak bernyawa. Bagaimana pula antara 'memberi' dengan 'memberikan'.Kenapa memberikan Ahmad(objek bernyawa) dan memberi kasut(objek tidak bernyawa) salah pula? Tolong jelaskan kerana saya semakin pening kerana menentukan sama ada mahu menggunakan meN.... atau meN....kan.Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu. Kata kerja berawalan meN- boleh terdiri daripada kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif. Bagi perkataan memberi dan memberikan pula, perkataan 'memberi' digunakan untuk objek yang bernyawa, manakala perkataan 'memberikan' digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Hal ini sedemikian kerana aspek makna yang dibawa oleh kedua-dua perkataan tersebut. Memberi membawa maksud menyampaikan (sesuatu) kepada seseorang, manakala memberikan membawa maksud memberikan sesuatu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa07.04.2012
Manakah yang lebih tepat ? "pada sidang akhbar" atau "semasa sidang akhbar" ?Sila berikan contoh ayat yang lengkap supaya pihak kami dapat memberikan jawapan yang tepat.   Tatabahasa25.05.2022
Manakah yang lebih tepat ? "pada sidang akhbar" atau "semasa sidang akhbar" ? Ayat: 1) kata Thomas-Greenfield semasa sidang akhbar 2)kata Thomas-Greenfield pada sidang akhbarFrasa yang betul ialah  "semasa sidang akhbar".  Tatabahasa10.06.2022
penggunaan manakala di depan ayat salah ke??ayat apa sepatutnya guna...Penggunaan "manakala" yang paling tepat pada pertengahan ayat yang menyambung klausa pancangan dengan klausa utama. Walau bagaimanpun "manakala" boleh hadir pada permulaan ayat asalkan ada kesinambungan wacana dengan ayat yang sebelumnya.Tatabahasa01.06.2011
Ada kesalahan ejaan dalam entri 'bagas' dan 'menentang' PRPM. Angin dieja 'angina'.Menurut data kami, perkataan bagas merujuk kepada 1. (berkenaan angin) kencang, kuat: angina paksa sedang kencang ~; 2. (berkenaan badan) tegap, kuat;kebagasan keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yang mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan menentang ialah 1 memandang tepat-tepat pada sesuatu; menatap: Lapang hatinya dapat ~ wajah anak yang dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dan lain-lain: Banyak perajurit yang telah terkorban dalam peperangan ~ musuh. 3 kiasan tidak menyetujui pendapat, usul dan lain-lain; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dan sebagainya; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yang berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Selain itu, ejaan yang betul ialah angina dan penggunaaan istilah ini bergantung kepada bidang.Lain-lain15.03.2019
Adakah perkataan "OKERANSI" itu wujud dalam daftar kata DBP? Saya telah menerima surat yang menggunakan perkataan tersebut: "Lokasi mesyuarat telah di pindah ke Bilik Mesyuarat Utama, lain-lain okeransi tidak berubah." Mohon pandangan tuan tentang penggunaan yang tepat pada perkataan tersebut. Terima kasih.Perkataan okeransi tidak ada dalam sumber rujukan kami. Sila maklumkan kepada kami jika perkataan tersebut diterjemahkan secara harfiah daripada bahasa-bahasa lain untuk kami mencadangkan padanan yang sesuai.Istilah11.07.2012
Selamat petang tuan. Moga-moga tuan gembira melunaskan amanah yang terpikul. Tuan, apakah sendi nama yang tepat bagi masa: "pada" atau "dalam"? Pada pendapat saya, ungkapan "pada zaman Melaka" dan "dalam zaman Melaka" berbeda atau senjang. "Pada" menunjukkan waktu tertentu, iaitu berpaku pada satu waktu sahaja, tidak melibatkan jangka waktu. "Dalam" pula menunjukkan jangka waktu, iaitu dari satu waktu ke satu waktu, dari waktu bermula sampai waktu tamat. Jadi "pada zaman Melaka" bermaksud tepat-tepat pada zaman Melaka itu sahaja, bukan zaman lain seperti zaman Abbasiyah, zaman penaklukan Jepun, zaman penjajahan British. "Dalam zaman Melaka" pula bermaksud jangka masa dari masa bangkitnya zaman Melaka hingga lenyapnya zaman ini. Jadi, dapat saya simpulkan bahawa sebenarnya kedua-dua sendi "pada" dan "dalam" boleh digunakan untuk masa, hanya maksud yang timbul senjang (berbeda). Sorotan lanjut ada dalam WordPad yang terlampir. Isi WordPad ini sebenarnya surat saya terhadap Dr. Awang Sariyan, namun saya memohon pandangan tuan juga. Harap tuan menjelaskan perkara ini. Terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan, jelas diterangkan kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan waktu dan tempat. Kami menerima ayat "pada zaman Melaka" ini betul kerana selari dengan prinsip Tatabahasa Dewan.Tatabahasa01.12.2016
Terima Kasih. Frasa "Master Builders" yang kami ingin sampaikan membawa maksud yang berikut - "master" bermaksud pekerja mahir (seperti dalam kamus dwibahasa) dan "builders" bermaksud Kontraktor/ Pembina (Master Builders - Mahir dalam bidang pembinaan) Soalan : 1. Apakah cadangan tuan? 2. Adakah cadangan berikut boleh diterima "Persatuan Pembina-Pembina Malaysia" dan ia tepat pada maknanya? Nota: Sekiranya boleh, kami ingin mengelak daripada menggunakan perkataan "Kontraktor" kerana terdapat persatuan lain yang menggunakan perkataan tersebut. TK

1. Perkataan yang dikemukakan adalah betul maknanya.

2. Cadangan kami : Persatuan Jurubina Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain08.01.2009
1) Titi itu dibina (pada) lapan belas tahun yang lalu. 2) Titi itu dibina (sejak) lapan belas tahun yang lalu. Penggunaan kata sendi nama yang manakah lebih tepat?Pada atau sejak? Mohon pencerahan pihak tuan. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.Penggunaan kata sendi nama yang betul dalam contoh ayat yang diberikan ialah sejak. Sejak merupakan kata sendi nama yang bertugas membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contoh ayat, Titi itu dibina sejak 18 tahun yang lalu. Manakala kata sendi pada pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat serta digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh ayat, Bas bertolak pada pukul 7.00 pagi, Tulis nama pada kertas itu dan Wang itu ada pada ibu.Tatabahasa10.03.2021
12345678910...

Kembali ke atas