Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pi] | تڤي

Definisi : 1. bahagian yg luar sekali (bidang dll), pinggir: ~ meja; 2. sesuatu yg dipasang di pinggir (baju, kain, dll), birai: ~ tabir; 3. tempat (kawasan) yg di pinggir: kami pergi berkelah ke ~ laut; 4. perbatasan (kota dll), sempadan di antara satu dgn lain; ~ langit perbatasan langit dgn air laut; menjaga ~ kain orang ki mengambil tahu hal orang lain; ke tepi arah ke pinggir, pergi ke pinggir; mengetepikan 1. memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan ~ kain-kain buruk yg berselerak di rumah itu; 2. tidak memen­tingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka ter­paksalah dia ~ harga dirinya; 3. tidak me­ngen­dahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya ~ idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak ~ Datuk Bendahara; 5. menge­luarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkir­kan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah ~ semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa ~ keputusan Mahkamah Tinggi; terketepi diketepikan, disisihkan: secara umum­nya, siswazah tempatan akan ~ dan ter­singkir kerana kekurangan kualiti yg dikehendaki oleh pihak swasta; pengetepian perihal atau perbuatan menge­tepikan: keberanian tidak bererti ~ dan pengabaian tatasusila; bertepi mempunyai tepi, ada tepinya: laut ini tidak ~ nampaknya; bertepikan memakai tepi (birai dll): bajunya ~ benang emas; menepi 1. pergi ke tepi, meminggir: maka ~lah saya di balik pohon nyiur bersama-sama Sayid Abu; 2. berjalan dll mengikut tepi, menyusur (pantai dll); 3. Mn terbit sedikit-sedikit (air mata); menepikan membawa ke tepi; tepian tempat mandi di tepi sungai (biasanya tohor): sekalian barang itu pun dikumpul­kannya utk dibawanya ke ~; ~ gelanggang dewan tempat diadakan kegiat­an kebudayaan sesuatu daerah; ~ ilmu orang yg banyak pengetahuannya; ~ mata tangkai hati, kekasih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pi] | تڤي

Definisi : 1 tempat atau kawasan yg letaknya di pinggir: Kami pergi berkelah di ~ pantai. 2 bahagian dr sesuatu yg di luar sekali; pinggir: ~ hutan; ~ jalan. 3 sempadan di antara satu dgn yg lain; batas: ~ langit sempadan di antara langit dgn air laut. bertepi ada tepinya atau mempunyai tepi: laut tidak ~. bertepikan mempunyai atau memakai sesuatu sbg tepi atau sbg birai: Lengan bajunya ~ renda berwarna merah. menepi 1 pergi ke tepi; meminggir: Ketika mereka lalu, kami semua ~. 2 berjalan atau belayar menuju tepi; menyusur di tepi sesuatu (spt pantai). tepian tempat mandi di tepi sungai; tempat yg di tepi sesuatu (sungai, laut dll). ke tepi (pergi) ke bahagian tepi; ke arah pinggir. mengetepikan 1 membawa atau menolak ke tepi: Apabila kami sampai, Adli sibuk ~ barang-barang permainan adiknya yg berselerak di tengah rumah. 2 ki tidak mementingkan; tidak mengutamakan; tidak mengendahkan: Mereka membincangkan perkara yg mus­tahak saja dan ~ perkara yg tidak penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepi (kata nama)
Bersinonim dengan pinggir, pesisir, tebing, tubir, ufuk, sisi, birai, aris, bibir, bingkai, rangka, bikar, bira, birih, biring, gigi, sempadan, perbatasan;,
Kata Terbitan : mengetepikan, bertepi, menepi,

Puisi
 

Orang menajur di tepi sungai,
     Sungai ada tepi padang;
Laksana intan baru dicanai,
     Kejam celik mata memandang.


Lihat selanjutnya...(216)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bound edgetepi berlapik; tepi berbalut; tepi berkunKesenianTiadaTepi berkun: Tepi pakaian yang dikemaskan dengan kun, terutamanya pada kelepet, tepi lengan, kelim kolar dan garis leher.
bound edgetepi berlapik; tepi berbalut; tepi berkunPentadbiran PerniagaanTiadaTepi berkun: Tepi pakaian yang dikemaskan dengan kun, terutamanya pada kelepet, tepi lengan, kelim kolar dan garis leher.
lace edgingrenda tepi; tepi berendaKesenianTiadaRenda tepi: Renda hiasan pada bahagian tepi pakaian, kolar, lengan dan kelepet.
lace edgingrenda tepi; tepi berendaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
plate edge planerpengetam tepi platKejuruteraanTiadaMesin pengetam logam khas, digunakan untuk menepatkan tepi-tepi plat besi tempawan dan keluli yang digunakan dalam kerja dandang dan galang.
weedrumpaiVeterinarTiadaRumput-rampai dan tumbuhan renek serta berdaun lebar yang tumbuh secara bebas di merata-rata tempat seperti di kebun, ladang tanaman utama, tepi-tepi jalan atau di ban tali air. Sebahagian besar tumbuhan ini digemari oleh ternakan ruminan. Terdapat juga beberapa spesies rumpai berdaun lebar yang digemari oleh ternakan seperti rumput Israel (Asystasia intrusa) dan akar ulan (Mikania cordata). Manakala, jenis rumpai yang kurang digemari pula selalunya mempunyai ciri-ciri tumbuhan yang berduri seperti semalu (Mimosa pudica) dan terung liar (Solanum spp), berdaun kasar seperti mempelas (Tetracera indica) dan senduduk (Melastoma malabathricum), daun berbulu seperti akar kala (Clidemia hirta) dan letup-letup (Passiflora foetida) ataupun jenis yang berbau seperti pokok bunga tahi ayam (Lantana camara) dan maman pasir (Cleome cilita).
feather edgepiko; tepi bulu , tepi nipisGeologiTiada3. Tepi bulu: Hujung kepingan batuan atau batu arang berbentuk baji yang tipis. 4. Laluan dari dasar palsu ke dasar benar.
selvedgetepi kain (TRT, PEM.MAN)Pentadbiran PerniagaanTiadaTepi fabrik: Tepi kain yang ditenun supaya benangnya tidak terurai.
tepi tikartepi tikarKesenianTiadaPenyudah bahagian tepi tikar.
feather edgepiko; tepi cendawanKesenianTiada1. Piko: Siri gelung kecil pada tepi fabrik.,2. Gelung kecil yang menghiasi tepi reben atau tepi renda atau sebahagian daripada corak.
12345678910...

Kembali ke atas