Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tepi (kata nama)
Bersinonim dengan pinggir, pesisir, tebing, tubir, ufuk, sisi, birai, aris, bibir, bingkai, rangka, bikar, bira, birih, biring, gigi, sempadan, perbatasan;,
Kata Terbitan : mengetepikan, bertepi, menepi,

Puisi
 

Rumah kecil di tepi laut,
     Tempat memancing ikan tenggiri;
Tubuh kecil bagai diraut,
     Membuat abang tidur bermimpi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Kalau takut dilimbur pasang,
     jangan berumah di tepi pantai (= laut).

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seaside restaurantrestoran tepi lautPelanconganTiadaTempat menjual makanan dan minuman, serta menyediakan kemudahan untuk menikmati makanan di tepi laut.
seaside townbandar tepi lautGeografiTiadaTiada
emerged coast linetepi laut timbulGeologiTiadaTiada
rocky shorepantai berbatuPerikananTiadaKawasan tepi laut yang mempunyai struktur berbatu yang terdedah kepada ombak yang kuat. Kawasan ini terdiri daripada longgokan batu atau dataran batuan yang mempunyai bentuk muka bumi berkecerunan tinggi yang persekitarannya berubah dengan ketara setiap kali berlakunya air pasang atau air surut.
sandy shorepantai berpasirPerikananTiadaKawasan tepi laut yang terdedah kepada arus yang kuat. Pasir di kawasan yang berarus lebih kasar berbanding kawasan terlindung. Pantai di sekitar gigi air sentiasa berubah akibat hakisan ombak dan arus pasang surut. Pantai berpasir boleh dibahagikan kepada zon tinggi bagi pantai yang kering dan mempunyai tumbuh-tumbuhan, dan zon rendah bagi pantai yang basah dan dilitupi air pasang surut.
longitudinal coastpinggir laut longitud; tepi laut longitud; pinggir laut membujurGeografiTiadaPinggir laut yang terletak selari dengan sifat topografi dan struktur geologi kawasan.
water front landscapelandskap persisiranLandskapTiadaLandskap yang dibina di tepi laut, tasik, sungai dan sebagainya untuk tujuan rekreasi dan pelancongan. Contohnya, landskap Persisiran Sungai Sarawak di Kuching, Sarawak.
interface, toe ofkaki bidang temuHidrologiTiadaGaris persilangan antara permukaan bawah akuifer tepi laut dan bidang temu air tawar-air masin yang terdapat di dalamnya.
waterfront promenadesisiran tepian airPelanconganTiadaKawasan, biasanya bagi pelancong, untuk beriadah atau menikmati pemandangan, khususnya di tepi laut, tasik atau kawasan perkelahan.
beachpesisirBiologiEkologiKawasan di tepi laut, yang dipukul ombak atau pasang surut air laut, terutama bahagian-bahagian yang ditutupi pasir atau batu kerikil.
1234

Kembali ke atas