Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pu] | تڤو

Definisi : = penuh ~ a) penuh sesak, padat, tumpat: tempat habuk rokok penuh ~ dgn puntung rokok; b) segala layar terpasang (kapal, perahu); c) sarat atau penuh: seorang ibu yg sentiasa ~ dgn kasih sayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pu] | تڤو

Definisi : (Kim) keadaan sesuatu zat atau bahan apabila had keupayaan menampung sesuatu zat atau bahan lain telah tercapai; menepukan menjadikan tepu; ketepuan perihal (keadaan dsb) tepu; penepuan proses (pembuatan dsb) mene­pukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pu] | تڤو

Definisi : , = penuh ~ 1 penuh berisi sampai ke bibirnya (ttg air dlm tong dll); tumpat; padat. 2 berisi zat larutan yg maksimum yg dpt dilarutkan (ttg pelarut, larutan dsb). 3 terpasang segala layarnya (bkn kapal dsb). menepukan menjadikan tepu. ketepuan keadaan atau sifat tepu. penepuan proses, perbuatan dsb menepukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepu (adjektif)
Bersinonim dengan penuh, padat, sendat, sesak, tumpat.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apakah istilah yang betul? 'Minyak sawit tepu' atau 'Minyak tepu sawit' (digunakan dalam industri sawit)? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "minyak sawit tepu".Tatabahasa02.09.2014
Salam sejahtera, Saya ingin meminta bantuan bagi ayat berikut: Hablur garam akan terbentuk daripada larutan tepu lampau apabila dituangkan ke/kepada/pada tempat penukleusan. Antara ke, kepada, dan pada, mana satukah penggunaan yang tepat? Terima kasih.Salam sejahtera

Hablur garam akan terbentuk daripada larutan tepu lampau apabila dituangkan ke tempat penukleusan.
Tatabahasa23.06.2016
butter cup gold- speedablespeedable - mudah tepuLain-lain26.03.2007
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'ANTIOXIDANT'? Adakah pengantioksida atau antioksidan? ANTIOXIDANT (Berfungsi memperlahankan pengoksidaan makanan berlemak dan mencegah warna sayuran bertukar menjadi perang)Perkataan "antioxidant" boleh dipadankan sebagai pengaktioksida dan antioksidan bergantung pada konteks penggunaan ayat.

Pengaktioksida digunakan dalam bidang kimia yang merujuk kepada sebatian, biasanya sebatian organik yang lebih mudah dioksidakan jika dibandingkan dengan satu bahan yang lain. Oleh itu, sebatian organik ini dapat merencatkan pengantioksidaan bahan kedua apabila kedua-dua bahan itu dicampurkan.

Antioksidan pula digunakan dalam bidang herba dan veterinar. Dalam bidang veterinar, antioksidan merujuk kepada sebatian kimia yang berupaya merencat kerosakan pada bahan-bahan makanan yang sensitif seperti lemak tak tepu dan vitamin larut lemak. Sebatian ini digunakan untuk memanjangkan tempoh penyimpanan lemak dan juga menghalang pengoksidaan dalam bahan makanan supaya tidak berbau tengik. Contohnya, etoksikuin, fenol, kuinon, vitamin E dan asid galik.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/
Istilah22.09.2020
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Lori itu muak dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, muak ialah 1. sudah jemu (kerana selalu benar me­makan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yangg terlalu berhati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (seperti air, gas, dll) yang dicampuri dengan benda yang lain sehingga benda yang pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dengan benda yang dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yang dicampurkan), mene­pukan.

Ayat kedua betul manakala ayat kedua perlu dipinda seperti berikut;

 1. Lori itu muat dengan barang-barang.

2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan.
Tatabahasa18.07.2013

Kembali ke atas