Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pu] | تڤو

Definisi : = penuh ~ a) penuh sesak, padat, tumpat: tempat habuk rokok penuh ~ dgn puntung rokok; b) segala layar terpasang (kapal, perahu); c) sarat atau penuh: seorang ibu yg sentiasa ~ dgn kasih sayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pu] | تڤو

Definisi : (Kim) keadaan sesuatu zat atau bahan apabila had keupayaan menampung sesuatu zat atau bahan lain telah tercapai; menepukan menjadikan tepu; ketepuan perihal (keadaan dsb) tepu; penepuan proses (pembuatan dsb) mene­pukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pu] | تڤو

Definisi : , = penuh ~ 1 penuh berisi sampai ke bibirnya (ttg air dlm tong dll); tumpat; padat. 2 berisi zat larutan yg maksimum yg dpt dilarutkan (ttg pelarut, larutan dsb). 3 terpasang segala layarnya (bkn kapal dsb). menepukan menjadikan tepu. ketepuan keadaan atau sifat tepu. penepuan proses, perbuatan dsb menepukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepu (adjektif)
Bersinonim dengan penuh, padat, sendat, sesak, tumpat.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydrocarbonhidrokarbonKimiaTiadaSebatian organik yang terdiri daripada unsur-unsur karbon dan hidrogen. Hidrokarbon terbahagi kepada hidrokarbon alifatik tepu atau tak tepu dan hidrokarbon siklik tepu atau tak tepu. Misalnya, alkana, alkena, petroleum, gas asli, dan bahan berlilin seperti naftalena dan nafta.
boundary of saturationperbatasan tepuGeologiTiadaBidang temu tanih tepu dan tanih tak tepu.
boundary of saturationperbatas tepuHidrologiTiadaBidang temu tanih tepu dan tanih tak tepu.
circulating liquid crystallizerpenghablur cecair beredarKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenghablur dengan satu arus larutan tepu lampau yang dipamkan ke dalam turus terbendalir yang mengandungi hablur yang sedang membesar supaya larutan tepu lampau menjadi larutan tepu setelah haba ketepuan lampau dibebaskan melalui penukleusan dan pembesaran hablur. Larutan tepu tersebut kemudian dipam keluar ke dalam zon penyejuk atau penyejat untuk menghasilkan larutan tepu lampau semula sebelum disuap balik ke dalam turus terbendalir.
neutral stabilitykestabilan neutralSainsHidrometeorologiKeadaan turus udara tak tepu atau udara tepu dalam atmosfera apabila kadar tukaran suhu sekitaran masing-masing sama dengan kadar tukaran adibatik kering atau kadar tukaran adiabatik tepu. Dalam keadaan seperti ini, kompok udara yang teralih secara menegak tidak akan mengalami pecutan apungan.
saturated humiditykelembapan tepuKejuruteraanKejuruteraan KimiaNilai kelembapan apabila wap berada dalam keseimbangan dengan fasa cecair pada keadaan suhu gas yang dijelaskan sebagai dengan HS = kelembapan tepu, PA = tekanan tepu wap, MA = berat molekul gas, MB = berat molekul wap.
vadose waterair vadosGeografiTiadaMuka air satu lapisan tepu air tanah yang diasingkan dari satu lapisan tepu air di bawahnya oleh satu lapisan tak tepu air; air yang terdapat dalam zon tak tepu.
vadose waterair vadosGeologiTiadaMuka air satu lapisan tepu air tanah yang diasingkan dari satu lapisan tepu air di bawahnya oleh satu lapisan tak tepu air; air yang terdapat dalam zon tak tepu.
vadose waterair vadosGeografiTiadaMuka air satu lapisan tepu air tanah yang diasingkan dari satu lapisan tepu air di bawahnya oleh satu lapisan tak tepu air; air yang terdapat dalam zon tak tepu.
vadose waterair vadosKejuruteraanTiadaMuka air satu lapisan tepu air tanah yang diasingkan dari satu lapisan tepu air di bawahnya oleh satu lapisan tak tepu air; air yang terdapat dalam zon tak tepu.
12345678910...

Kembali ke atas