Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pu/] | تڤوق

Definisi : 1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan (supaya berbunyi); 2. bunyi yg terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan: suara itu diiringi pula oleh ketawa dan ~ budak-budak yg ramai di situ; 3. pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan, tepak; ~ dada tamparan di dada; ~ kuduk sanjungan, puji-pujian; ~ sorak (sorai) tepuk tangan yg disertai dgn sorak; ~ tari tepuk tangan sambil menari; ~ berbalas, alang berjawat = alang berjawat, ~ berbalas prb baik dibalas dgn baik, jahat dibalas dgn jahat; ~ dada tanya selera prb sesuatu pekerjaan yg akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis; ~ nyamuk menjadi daki prb melawan orang yg lemah itu akan memburukkan nama sahaja; bertepuk a) ~ tampar bergurau, bersenda: tidak spt selalu mereka ~ tampar dan ketawa berdekah-dekah; b) bertepuk tangan; ~ sebelah tangan tiada akan berbunyi prb tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi drpd satu pihak sahaja; menepuk memukul dgn telapak tangan (tidak berapa kuat): dia terkejut ketika isteri­nya ~ bahunya; ~ dada a) menampar dada dgn tapak tangan; b) ki marah, memperlihatkan keberanian (kemegahan); menepuk-nepuk menepuk beberapa kali atau berulang kali: aku tersedar apabila dia ~ bahuku dr belakang; tepukan perbuatan bertepuk (menepuk). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pu/] | تڤوق

Definisi : ~ lalat sj tumbuhan (pokok), benitan putih, kecam, kelat lapis (merah, nasi-nasi, paya, putih), sekujah, Eugenia longiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pu/] | تڤوق

Definisi : 1 perbuatan menamparkan ke­­dua-dua tapak tangan supaya ber­bunyi. 2 bunyi yg kedengaran apabila menamparkan kedua-dua tapak ta­ngan. 3 pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan. ~ sorak (-sorai) tepuk tangan yg diiringi sorak. ~ tangan tamparan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi. bertepuk, = ~ tangan menamparkan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi (sbg tanda gembira dll): Para penonton ~ tangan apabila pemain pasukan Malaysia menjaringkan bola ke dlm gol pasukan lawannya. menepuk memukul (agak perlahan) dgn tapak tangan: Dia terkejut ketika abangnya ~ bahunya. ~ dada a. menampar dada dgn tapak tangan. b. ki membanggakan diri; menunjukkan keberanian. tepukan 1 pukulan utk menepuk; hasil menepuk. 2 hasil bertepuk (tangan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepuk
Kata Terbitan : bertepuk, bertepuk-tampar, menepuk,

Puisi
 

Ikan buntal tidak bersengat,
     Mari jatuh atas titi;
Tepuk bantal panggil semangat,
     Ingin bersua dalam mimpi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tepuk nyamuk menjadi daki.

Bermaksud :

Tak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepak nyamuk menjadi daki).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fluffvt 1. also ~ up, a. pat (st) until soft and fluffy, menepuk-nepuk: let me ~ up your pillows for you, mari saya tepuk-tepuk bantal kamu; b. cause to stand on end, meremangkan: the bird ~ed up its feathers in the cold wind, burung itu meremangkan bulunya semasa angin sejuk bertiup; c. shake or brush until fluffy, menggebukan: she ~ed up her hair, dia menggebukan rambutnya; d. beat (egg-white) until fluffy, pukul [sst] hingga /kembang, naik/; 2. (colloq), bungle, [various translations]: he ~ed his opening line, dia membuat kesilapan dlm baris pembukaannya; it was an easy catch, and he ~ed it, bola itu seharusnya dapat ditangkap dgn mudah, tetapi terlepas dr tangannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ovationn (fml) applause, tepuk sanjungan: the pianist received a thunderous ~ at the end of the recital, pemain piano itu mendapat tepuk sanjungan yg gemuruh selepas persembahannya selesai; standing ~, [penonton] berdiri sambil memberikan tepuk sanjungan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
acclaimvt 1. praise, menyanjung: to be ~ed a great musician, disanjung sbg tokoh muzik yg agung; 2. applaud, memberikan tepuk sorak kpd: to ~ the guest of honour, memberikan tepuk sorak kpd tetamu kehormat; 3. hail as, mengisytiharkan sbg: he was ~ed the winner, dia diisytiharkan sbg pemenang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
acclaimn 1. praise , sanjungan: his peace moves deserve world-wide ~, usaha damainya seyogia diberi sanjungan oleh seluruh dunia; 2. applause, tepuk sorak: a speech that was received with ~, ucapan yang disambut dgn tepuk sorak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
derisiveadj showing derision, mengejek: ~ cheers, tepuk sorak yg mengejek; ~ laughter, ketawa yg mengejek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
acclamationn sambutan meriah: to be greeted with ~ , disambut dgn tepuk sorak; by ~, dgn sebulat suara: elected by ~, dilantik dgn sebulat suara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
redoublevi bertambah + approp adj: the applause ~d in vigour, tepuk sorak itu bertambah kuat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accompanimentto the ~ of, dgn iringan, diiringi oleh: to the ~ of loud applause, dgn iringan tepuk sorak yg bergemuruh; to sing to the ~ of the piano , bernyanyi dgn iringan piano.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tumultn (fml) 1. uproar, commotion, kegamatan, gamat: a ~ of applause greeted the singer, penyanyi itu disambut dgn tepuk sorak yg gamat; he waited until the ~ had subsided, dia menunggu sehingga kegamatan itu reda;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
storm4. sudden outburst,, riuh-rendah, gamat: the curtain fell amidst a ~ of applause from the vast audience,, tirai diturunkan di tengah-tengah tepuk sorak yg riuh-rendah drpd penonton yg ramai itu; met by a ~ of /criticism, protest, abuse, etc/, dihujani /kritikan, bantahan, maki hamun, dsb/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas