Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pu/] | تڤوق

Definisi : 1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan (supaya berbunyi); 2. bunyi yg terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan: suara itu diiringi pula oleh ketawa dan ~ budak-budak yg ramai di situ; 3. pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan, tepak; ~ dada tamparan di dada; ~ kuduk sanjungan, puji-pujian; ~ sorak (sorai) tepuk tangan yg disertai dgn sorak; ~ tari tepuk tangan sambil menari; ~ berbalas, alang berjawat = alang berjawat, ~ berbalas prb baik dibalas dgn baik, jahat dibalas dgn jahat; ~ dada tanya selera prb sesuatu pekerjaan yg akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis; ~ nyamuk menjadi daki prb melawan orang yg lemah itu akan memburukkan nama sahaja; bertepuk a) ~ tampar bergurau, bersenda: tidak spt selalu mereka ~ tampar dan ketawa berdekah-dekah; b) bertepuk tangan; ~ sebelah tangan tiada akan berbunyi prb tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi drpd satu pihak sahaja; menepuk memukul dgn telapak tangan (tidak berapa kuat): dia terkejut ketika isteri­nya ~ bahunya; ~ dada a) menampar dada dgn tapak tangan; b) ki marah, memperlihatkan keberanian (kemegahan); menepuk-nepuk menepuk beberapa kali atau berulang kali: aku tersedar apabila dia ~ bahuku dr belakang; tepukan perbuatan bertepuk (menepuk). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pu/] | تڤوق

Definisi : ~ lalat sj tumbuhan (pokok), benitan putih, kecam, kelat lapis (merah, nasi-nasi, paya, putih), sekujah, Eugenia longiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pu/] | تڤوق

Definisi : 1 perbuatan menamparkan ke­­dua-dua tapak tangan supaya ber­bunyi. 2 bunyi yg kedengaran apabila menamparkan kedua-dua tapak ta­ngan. 3 pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan. ~ sorak (-sorai) tepuk tangan yg diiringi sorak. ~ tangan tamparan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi. bertepuk, = ~ tangan menamparkan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi (sbg tanda gembira dll): Para penonton ~ tangan apabila pemain pasukan Malaysia menjaringkan bola ke dlm gol pasukan lawannya. menepuk memukul (agak perlahan) dgn tapak tangan: Dia terkejut ketika abangnya ~ bahunya. ~ dada a. menampar dada dgn tapak tangan. b. ki membanggakan diri; menunjukkan keberanian. tepukan 1 pukulan utk menepuk; hasil menepuk. 2 hasil bertepuk (tangan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepuk
Kata Terbitan : bertepuk, bertepuk-tampar, menepuk,

Puisi
 

Ikan buntal tidak bersengat,
     Mari jatuh atas titi;
Tepuk bantal panggil semangat,
     Ingin bersua dalam mimpi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tepuk nyamuk menjadi daki.

Bermaksud :

Tak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepak nyamuk menjadi daki).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah mengukur baju di badan sendiri fungsi ataupun maksud Samadengan tepuk dada tanyalah selera?1. Mengukur baju di badan sendiri - bermaksud "menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri".(Peribahasa lain yang sama makna ialah Mengenakan baju di badan maka sesuai")
2. Tepuk dada tanya selera - bermaksud "Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri"
*Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain-lain12.05.2015
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "high five"?Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah tepuk ria.Penyemakan dan penterjemahan07.12.2018
apakah maksud kecimpung dan bagaimanakah contoh penggunaannya dalam ayatPerkataan kecimpung mempunyai dua makna iaitu 1. bunyi air ditepuk-tepuk (contoh ayat: Ali  bermain dalam air sambil menepuk-nepuknya hingga berbunyi kecimpung.); 2. menceburkan diri dalam sesuatu pergerakan (kegiatan dll), giat bergerak dalam sesuatu la­pangan (usaha dll) (contoh ayat: Sudah lama beliau berkecimpung dlm lapangan drama dan persuratan.)Makna10.01.2013
Apakah istilah dalam bahasa Melayu bagi pat down search, strip search, intimate search dan intrusive search? Contohnya dalam ayat: Terdapat beberapa cara pemeriksaan badan yang dibuat ke atas seseorang yang ditahan oleh polis iaitu pat down search, strip search, intimate search dan intrusive search.Padanan bahasa Melayu bagi istilah pat down search, strip search, intimate search dan intrusive search ialah pemeriksaan tepuk, pemeriksaan tanggal, pemeriksaan dalaman dan pemeriksaan intrusif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah09.11.2022
SOALAN Pelajar tidak dapat meneruskan ucapannya kerana perasaannya "bergemuruh" / bercelaru / bergelora apabila melihat tetamu yang ramai. Kalau mengikut penjelasan KAMUS DEWAN, GEMURUH 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting; ADAKAH BERGEMURUH betul dalam SOALAN di atas juga? ATAU BERGERUMUH hanya boleh membawa erti - berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; etiga-tiga jawapan pun betul?Kata gemuruh membawa kedua-dua makna yang dinyatakan. Oleh itu, penggunaan salah satu maknanya dalam ayat adalah betul asalkan bersesuaian dengan konteks ayat tersebut. Contohnya ayat: Pelajar tidak dapat meneruskan ucapannya kerana perasaannya "bergemuruh" / bercelaru / bergelora apabila melihat tetamu yang ramai, pasti yang dimaksudkan ialah makna kedua, iaitu berdebar-debar hati.Tatabahasa10.07.2011
bolehkah saya menggunakan frasa 'disambut gemuruh' untuk mengambarkan situasi di mana sesuatu perkara,acara,perhimpunan menerima sambutan yang menggalakkan/memberangsangkan? penggunaan lazim yang saya lihat ialah 'disambut tepukan gemuruh'. tetapi kerana tujuan saya ialah untuk suatu slogan (yang biasanya berayat pendek dan jitu)...saya ingin membuang perkataan 'tepukan' daripada frasa itu. nasihat DBP amat dihargai. terima kasih.

Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan gemuruh bermaksud kuat dan menderu-deru bunyinya (spt kapal terbang, tepuk sorak orang ramai dan sebagainya) : Ucapan menteri itu disambut dengan tepukan yang gemuruh.  Berdasarkan frasa yang diberikan oleh saudara, disambut gemuruh tidak memberikan apa-apa makna kerana perkataan gemuruh dalam konteks ini berkait dengan tepukan yang menunjukkan sambutan menggalakkan yang diterima oleh seseorang. Jika saudara hendak menggugurkan perkataan tepukan, keadaan tidak mengambarkan suasana sambutan tersebut.

Tatabahasa19.01.2010
Apa bezanya dari segi penggunaan perkataan hangat dan panas? Contoh ayat: Sudah berjam-jam dia berdiang namun badannya masih tidak menjadi hangat/panas? Terima KasihUntuk ayat ini perkataan yang sesuai ialah hangat.  Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat.

panas 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik.

hangat 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedu­dukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau me­nyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat me­n­­- ­­jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), me­meriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, meng­gen­tingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ per­debatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), keme­riahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ per­debatan itu meresahkan orang ramai.
Makna21.06.2014

Kembali ke atas