Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. | Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bertepuk sebelah tangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tepuk nyamuk menjadi daki. | Tak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepak nyamuk menjadi daki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tepuk dada tanya selera. | Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tepuk berbalas, alang berjawab. | Jahat dibalas dengan jahat, baik dibalas dengan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana tepuk begitulah tarinya. | Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak kena tepuk dengan tarinya. | Lain yang ditanya lain yang dijawab. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alang berjawab, tepuk berbalas. | Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. alang = pemberian, hadiah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alang dijawat, tepuk dibalas. | Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Alang berjawab, tepuk berbalas). jawat = terima. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bertepuk sebelah tangan. | Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |