Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pu.kan]/[te.pu/.kan] | تڤوقن

Definisi : perbuatan bertepuk (menepuk). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pu.kan]/[te.pu/.kan] | تڤوقن

Definisi : 1 pukulan utk menepuk; hasil menepuk. 2 hasil bertepuk (tangan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah saya menggunakan frasa 'disambut gemuruh' untuk mengambarkan situasi di mana sesuatu perkara,acara,perhimpunan menerima sambutan yang menggalakkan/memberangsangkan? penggunaan lazim yang saya lihat ialah 'disambut tepukan gemuruh'. tetapi kerana tujuan saya ialah untuk suatu slogan (yang biasanya berayat pendek dan jitu)...saya ingin membuang perkataan 'tepukan' daripada frasa itu. nasihat DBP amat dihargai. terima kasih.

Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan gemuruh bermaksud kuat dan menderu-deru bunyinya (spt kapal terbang, tepuk sorak orang ramai dan sebagainya) : Ucapan menteri itu disambut dengan tepukan yang gemuruh.  Berdasarkan frasa yang diberikan oleh saudara, disambut gemuruh tidak memberikan apa-apa makna kerana perkataan gemuruh dalam konteks ini berkait dengan tepukan yang menunjukkan sambutan menggalakkan yang diterima oleh seseorang. Jika saudara hendak menggugurkan perkataan tepukan, keadaan tidak mengambarkan suasana sambutan tersebut.

Tatabahasa19.01.2010
1. rupa-rupanya dan rupanya kedua-dua perkataan ini adalah sama maksud atau tidak ? Boleh berikan penerangan tentang perkataan-perkataan tersebut ? 2. Kami memberikan ( tepukan yang gemuruh.) ATAU Kami memberikan (tepukan gemuruh.) Yang manakah satu ayat paling sesuai ? Mengapakah ? 3. Beliau ( menyeru kami agar )selalu bersenam. ATAU Beliau ( menyeru agar kami )selalu bersenam. Yang manakah satu ayat paling sesuai ? Mengapakah ? Terima kasih.1. Rupa atau rupanya bermaksud perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar, manakala rupa-rupanya bermaksud kiranya atau barangkali.
2. Kami memberikan tepukan yang gemuruh. 
3. Beliau menyeru kami agar selalu bersenam. Menyeru ialah kata kerja tak transitif dan mesti diikuti objek daripada kata nama/frasa nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa17.04.2012
tepukan yang "gemuruh" atau "bergemuruh"? pegangan agama yang "kental" atau "kukuh" atau "kuat"? Tindakan berani seseorang pekerja berjaya menggagalkan "perompakan" atau "rompakan"? "Perkembangan" atau "pengembangan" bahasa Melayu? Mana satu yg betul? Dan apakah sebabnya? Mohon pencerahan munsyi

Penggunaan bahasa/tatabahasa yang tepat adalah seperti berikut:

 

1. Tepukan yang gemuruh.

2. Pegangan agama yang kuat

3. Pekerja yang berjaya menggagalkan rompakan

4. Perkembangan ialah hal atau perbuatan berkembang, dan

    pengembangan ialah hal atau perbuatan mengembang atau mengembangkan.

    Penggunaan kedua-dua perkataan ini bergantung pada konteks ayat yang ingin disampaikan.

Lain-lain21.08.2021
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang berikut betul atau salah. Jika salah, tolong betulkan. Terima kasih. (1) Para penonton bertepuk tangan dengan gemuruh. (2) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada Rosli.

Contoh ayat yang betul ialah "Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada Rosli". Contoh ayat nombor satu tidak tepat kerana kata sendi dengan tidak disesuai digunakan  dalam ayat tersebut. Kata sendi dengan membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama.

Tatabahasa21.06.2019
Assalamualaikum. Saya ingin tahu sama ada DBP mempunyai senarai penuh jenis kesan bunyi khas yang digunakan dalam filem atau sebarang video. Contohnya, tepukan tangan, kamping mengembek, dan sebagainya. Saya sedang buat kajian tentang sari kata untuk komuniti orang pekak. Jadi saya memerlukan jenis-jenis kesan bunyi khas yang pelbagai untuk dimasukkan ke dalam sari kataKami menyokong hasrat murni tuan, namun pada masa ini belum ada senarai khusus kesan bunyi, melainkan perlu melihat satu persatu makna kata.Tatabahasa22.07.2016
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada kata kerja "gelak" boleh menerima akhiran "-an" untuk membentuk kata nama "gelakan" dan digunakan seperti dalam ayat ini: "Saya boleh mendengar tepukan dan gelakan para penonton." Terima kasih.Kata terbitan yang ada daripada  kata gelak ialah menggelakkan dan tergelak.Tatabahasa30.01.2015
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? Jika tidak, tolong berikan ayat yang betul. Terima kasih. (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (5) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali untuk Amy. (6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan camera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.Berikut merupakan ayat yang betul:

(1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas.

(2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas.

(3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas.

(4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. 


(6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan kamera.
 
(7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah.

(8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.

(9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.
Tatabahasa29.07.2014

Kembali ke atas