Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tepung drpd jagung, digunakan utk memekat­kan kuah, membuat kuih dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepung jagung


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEPUNG JAGUNG

Tepung jagung ialah tepung halus putih yang

dibuat dengan mengisar dan menapis butir jagung.

Ia dibuat daripada jagung yang telah dibuang

bahagian yang mengeluarkan biji benih yang

dinamakan germa . Jagung dikisar dalam proses

yang dikenali sebagai kisaran basah. Selepas

dibuang protein jagung, tepung jagung yang

tertinggal dikeringkan dalam ketuhar. Oleh kerana

hanya 10 peratus lembapan yang masih ada dalam

tepung jagung selepas dikeringkan, tepung jagung

biasanya dicampurkan dengan makanan lain untuk

melindunginya daripada lembapan. Pembuat

menggunakan tepung jagung dalam keluaran

berbakar, serbuk penaik, gula-gula dan kuah salad.

Tukang masak menggunakannya untuk

memekatkan kuah dan puding. Pembuat juga

menggunakan tepung jagung dalam bahan

letupan, cat, dan tekstil. Lihat juga Jagung (Industri

pengilangan basah).

UMUM 
SIRAP JAGUNG

Sirap jagung ialah cecair yang pekat, manis

yang dibuat daripada tepung jagung. Pemproses

makanan menggunakannya untuk memaniskan

makanan berbakar, gula-gula, buah dalam tin, dan

banyak makanan yang lain. Sirap jagung

menjadikan tekstur krim dan gula-gula licin. Ia

juga menarik dan membendung lembapan, dan

dengan itu ia membantu mencegah makanan

berbakar daripada menjadi keras.

UMUM 
TEPUNG

Tepung ialah makanan berserbuk yang dibuat

daripada bijian yang dikisar. Sebahagian besar

tepung dibuat daripada gandum dan digunakan

untuk membuat roti. Biji-bijian lain yang dikisar

menjadi tepung termasuk barli, jagung, sekoi, oat,

beras dan rai. Tepung ialah ramuan asas untuk

membuat biskut, kek, makaroni, dan penkek.

Roti ialah makanan yang paling meluas dimakan

di dunia, dan penduduk di banyak negara

memperoleh lebih daripada separuh khasiat

daripada makanan yang dibuat daripada tepung.

UMUM 
BINGKA

BINGKA, sejenis kuih yang dibakar.  Bingka atau bengkang biasanya diperbuat daripada campuran tepung, santan, gula pasir dan bahan lain seperti pisang, jagung dan labu.  Ada juga bingka yang diperbuat daripada roti, ubi kayu dan kentang yang tidak menggunakan tepung.  Ada pembuat bingka yang menggantikan santan dengan susu, gula pasir dengan gula merah atau gula melaka.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas