Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra] | ترا

Definisi : (téra) Kd, Pl pandai, bijak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra] | ترا

Definisi : 1. tanda atau cap yg dicapkan (dgn lak, timah, dll) pd surat-surat penting dll; 2. rakam­an yg dibuat dgn cap; 3. = cap ~ cap kerajaan, cap kempa, cap mohor, meterai; 4. tanda yg menentukan ukuran atau sukatan pd sesuatu alat (dacing dll), tanda uji; 5. alat utk mengecap (mencetak dll); menera 1. membubuh tera, mengecap; 2. membubuh tanda uji (pd alat takaran, tim­bangan, dll); 3. mengecap (buku), mencetak: buku ini ditera utk pertama kali pd tahun 1610; menerakan 1. mengecapkan, mencetak­kan; 2. meneladani gambar dll (dgn meniru gambar yg asal dll), menekap: benda itu hendaklah diterakan sebesar saiznya yg sebenar; tertera 1. sudah ditera (dicap), tercap, tercatat, tercetak: spt yg ~ dlm rajah 22; 2. tersebut: asal ~ dlm hadis yg sahih, mereka terimalah; teraan 1. sesuatu yg ditera, cap-capan, cetakan; 2. cap; perteraan percetakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra] | ترا

Definisi : Kd 1. sementara; 2. cukup setakat itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra] | ترا

Definisi : Tr menggulung benang tenun ke pedati: ~ perlahan-lahan supaya tidak putus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra] | ترا

Definisi : 1 tanda yg dicapkan dgn timah dll pd surat-surat penting; cap. 2 = cap ~ cap kerajaan atau cap raja; cap mohor. menera membubuh tera; mengecap. menerakan 1 menjadikan sesuatu sbg tera; mengecapkan sesuatu tanda. 2 meniru gambar, peta dll drpd yg asal; menekap. tertera sudah diterakan atau dicapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tera (kata nama)
Bersinonim dengan cap, mohor, segel, meterai;,
Kata Terbitan : menera, tertera,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang. Adakah cap tera dan cap mohor itu membawa maksud yang sama? Ataupun cap tera untuk golongan umum manakala cap mohor itu khas untuk golongan diraja?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, mohor bermaksud cap yang memperkenalkan sesuatu, sama maksud dengan tera. Kata tera bermaksud tanda atau cap dengan lak, timah pada surat-surat penting, manakala maksud cap tera ialah cap kerajaan, cap kempa, cap mohor.  Daripada aspek bahasa, cap mohor dan cap tera mempunyai makna yang sama.  Perbezaan yang wujud iaitu, cap mohor untuk golongan diraja wujud daripada aspek penggunaan.Makna22.08.2017
Salam. Saya ingin meminta pihak DBP untuk menterjemahkan makna perkataan STAMPING ke dalam bahasa Malaysia. Ia bertujuan untuk memohon lesen perniagaan kilang tempat saya bertugas.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "stamping" ialah tekan tera.  Tekan tera bermaksud 
1. Proses menghasilkan imej pada kertas dengan mengecap secara mekanikal atau dengan tangan. 
2. Proses membentuk sesuatu kepingan logam, plastik dan sebagainya dengan menggunakan hentakan atau tekanan yang kuat.
Istilah04.03.2014
Assalamualaikum. Baru-baru ini DBP ada mengeluarkan 8 istilah baru ICT. Boleh ke saya dapatkan penerangan dari pihak DBP mengenai perkataan-perkataan ini: 1) Tunafoto 2) Swafoto maut 3) Pengkomputeran awan 4) Tera air 5) Butang tekan 6) Emotikon 7) Kawasan khas 8) Tapak panas Apa yang pasti ianya terjemahan daripada perkataan ICT terbaru dalam bahasa Inggeris. Boleh kami tahu bagaimana setiap perkataan ini dipilih seperti perkataan Tunafoto. Sekian. Terima Kasih.1) Tunafoto - Gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto.
2) Swafoto maut - Mengambil gambar foto sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan kematian.
3) Pengkomputeran awan - Pengkomputeran berasaskan Internet dan menggunakan teknologi komputer yang terkini. Sebutan awan merujuk kepada Internet yang selalunya diwakilkan dalam rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstrakan bagi infrastruktur kompleks yang diwakilinya. Pengkomputeran awan juga merujuk kepada penyediaan keupayaan pengkomputeran yang berkaitan dengan teknologi maklumat sebagai satu perkhidmatan yang membenarkan pengguna mencapai perkhidmatan Internet tanpa pengetahuan kepakaran terhadap teknologi infrastruktur yang menyokongnya. Contohnya, Google App menyediakan aplikasi perniagaan yang biasa secara dalam talian yang boleh dicapai melalui pelayar web manakala perisian dan data disimpan dalam pelayan.
4) Tera air - Tera air ialah tanda pengenalan yang ditekan ke atas kertas ketika ia dibentuk oleh mesin pembuat kertas.
5) Butang tekan - Merupakan terjemahan bagi perkataan push-button.
6) Emotikon - Ikon untuk melambangkan perasaan dalam internet.
7) Kawasan khas - Terjemahan bagi perkataan hotspot
8) Tapak panas - Tapak sandaran yang dilengkapi kelengkapan komputer yang sama dengan sistem komputer yang sedia ada di organisasi anda. Banding: cold site. 2. Dalam WWW, rujukan kepada tapak web yang amat popular.

Untuk makluman, istilah yang dipilih telah digubal oleh Jawatankuasa Pembentukan Istilah.
Istilah22.11.2017
Assalamualaikum dan salam sejah tera. Saya pembantu penyelidik dari FSSK, UKM Bangi. Apakah istilah yang tepat dalam bahasa Melayu bagi "Fuzzy-Trace Theory"? Terima kasih.

 

Untuk makluman, belum terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk  Fuzzy-Trace Theory dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.
Penyemakan dan penterjemahan25.02.2018
sila semak...1. jurutulis atau juru tulis 2. jurutera atau juru tera 3. jururawat atau juru rawat ....begitu juga perkataan lain, bagaimanakah hendak kita tahu yang mana perlu dijarakkan dan yang mana perlu dirapatkan?Jawapan yang betul ialah jurutulis, jurutera, jururawat. Perkataan yang perlu dijarakkan ialah perkataan yang ada makna dan boleh berdiri sendiri. Selain daripada perkataan perlulah dirapatkan. Harap maklumTatabahasa05.08.2007
Saya telah merujuk kepada Koleksi Lembar Bahasa 2000-2001 dan 2007. Ada beberapa kekeliruan: 1. cap (tera/cetak) - cap (apa kesalahan ejaan tersebut? Adakah istilah cop yang dimaksudkan?) 2. istirehat - isytirahat. Istilah mana yang tepat? Isytirahat atau istirahat? 3. diubah suai - diubahsuai. Mengikut buku Tatabahasa dewan, kata majmuk berpasangan yang ditambah imbuhan apitan sahaja akan ditulis rapat, contoh ubah suai menjadi diubah suai sepatut masih ditulis terpisah tetapi dalam senarai Koleksi Lembar Bahasa tercatat sebagai yang betul ialah diubahsuai ? 4. Bandar raya - Bandar raya. Apa kesalahan ejaannya? Ada beberapa istilah yang betul tetapi dicatatkan salah ejaannya. 5. Definasi - Fefinisi. Adakah ini kesalahan menaip? 6. Cendekiawan atau cedekiawan? 7. Apa perkaitan renik (rendah) dengan ruang niaga? Terima kasih

Penggunaan kata/ejaan yang betul ialah cap, istirahat, ubah suai, diubah suai, bandar raya, definisi, cendekiawan, renek dan ruang niaga. Untuk maklumat lanjut rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan di ruangan Carian Spesifik taipkan perkataan yang hendak dicari. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Ejaan11.12.2011
Selamat sejahtera. Adakah perkataan 'jurutera' merupakan gabungan imbuhan dan akronim iaitu 'juru' + 'jentera'? Sebahagian pelajar subjek bahasa Melayu berpendapat bahawa 'tera' ialah morfem terikat dan digabungkan dengan imbuhan 'juru'. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.Jurutera ialah kata terbitan daripada awalan juru + jentera, namun mengalami pengguguran suku kata "jen" dan terhasillah jurutera. Bagaimanpun jika ada pandangan lain dan disertakan dengan dapatan ilmiah maka bolehlah dikemukakan kepada pihak yang lebih pakar untuk diperhalusi atau dikemukakan dalam seminar untuk perbincangan yang lebih tuntas.Tatabahasa14.03.2017
Salam sejahtera, Bolehkah saya mengetahui apakah maksud "PI" di dalam definisi maklumat kata dalam carian umum DBP. Contoh seperti di bawah: [te.ra] | ترا Definisi : (téra) Kd, Pl pandai, bijak. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Definisi perkataan-perkataan lain yang mempunyai singkatan "PI" ialah seperti pemo, sentak II, dll. Suatu masa dulu saya pernah bertanya di manakah perlu dicari senarai singkatannya, dan diberi tahu boleh didapati dari buku GAYA DEWAN EDISI KETIGA, di bawah tajuk SINGKATAN DAN AKRONIM. Lampiran PDF juga telah diberi, akan tetapi senarainya tidak lengkap dan lebih pada singkatan nama sahaja. Bantuan tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.PI ialah kependekan bagi Perlis. Saya lampirkan di sini senarai kependekan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan tuan. Harap membantu.Makna05.05.2020
Boleh saya tahu apakah istilah BM untuk "water mark" yang terdapat dalam MS Word apabila kita cetak atas kertas? terima kasihIstilah bahasa Melayu bagi watermark ialah tera air.Istilah16.01.2009
Saya hendak tanya terjemahan untuk perkataan "SIGIL"(contohnya, "fire sigil". Terima kasihSalam sejahtera,

Dalam data sistem kami, tidak wujud istilah bahasa Inggeris "SIGIL". Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan segel yang bermaksud:
 
1. cap (sbg. tanda), tera, meterai; ~ tempel segel yang dilekatkan pada surat tanda pembayaran dll
2. kupon (untuk membeli barang-barang);
menyegel 1. mengecap (degan tera, meterai); 2. membubuh cap (pd. surat-surat penting dll.)

Sekian untuk makluman.

Makna28.11.2017
12

Kembali ke atas