Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.khir]/[ter.a.khir] | تراخير

Definisi : paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.khir]/[ter.a.khir] | تراخير

Definisi : di hujung atau di belakang sekali letaknya; terkemudian; terkebelakang: Ayat yg ~ dlm karangan itu lebih baik dibuang saja. 2 bahagian atau tempoh yg kemudian sekali; penghabisan; kesudahan: Pd ~ tahun ini, saya akan melancong ke luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terakhir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah frasa yang menepati nahu bahasa Melayu? 'Perang Terakhirnya' atau 'Perangnya Terakhir' atau 'Perangnya yang Terakhir.Perangnya yang Terakhir.Tatabahasa10.10.2018
Boleh Tuan bantu, ayat yang mana satu yang betul? 1) di tempat kediaman terakhir yang diketahui atau 2) di tempat kediaman diketahui terakhir. Terima kasih.Frasa yang betul ialah ...di tempat kediaman terakhir yang diketahui...Tatabahasa20.08.2013
Wasiat Terakhir Tunku Pesanan TunkuWasiat Tunku Pesanan Terakhir TunkuTatabahasa12.11.2008
Bolehkan anda terangkan kritikan sosial yang dipaparkan dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain? Terima kasih!Sdr. perlu membaca novel Konserto Terakhir bagi mendapatkan jawapan kepada soalan tersebut.Lain-lain01.09.2007
Hilmi merupakan watak utama dalam novel Konserto Terakhir. Judul novel dalam ayat di atas perlu ditulis dengan pengikat kata atau tulisan dimiringkan?Hilmi merupakan watak utama dalam novel Konserto Terakhir. Tajuk buku ditulis condong.Ejaan13.06.2012
Penggunaan perkataan 'DAN' atau 'ATAU' di dalam Buku Garis Panduan perlukah diletakkan di setiap penyataan atau sebelum penyataan terakhir sahaja? Jika diletakkan pada penyataan terakhir sahaja, adakah ia secara automatik diaplikasikan terhadap penyataan-penyataan sebelumnya? Contoh seperti yang dilampirkan. Terima kasih.

Untuk makluman, penggunaan yang tepat ialah "Contoh 1":

 2.4 Menentukan Jumlah Kredit

24.2.1 Jumlah kredit yang boleh diambil oleh pelajar bagi sesuatu semester adalah seperti dinyatakan pada perkara 14.2.

24.2.2 Pelajar boleh mengambil jumlah kredit kurang daripada dua belas (12) sekiranya memenuhi mana-mana satu syarat di bawah:

i. pelajar semester akhir; atau

ii. pelajar mengikuti semester pendek; atau

iii. pelajar Kursus Secara Sambilan (KSS), atau apa-apa program seumpamanya; atau

iv. pelajar mendapat keputusan Kedudukan Bersyarat (KS) pada semester sebelumnya;

 

Lain-lain05.10.2015
bagaimanakah hendak memulakan sesebuah karangan?bagaimanakah hendak membuat persediaan terakhir bagi peperiksaan?terima kasihSesebuah karangan ada rangka atau format. Biasanya sesebuah karangan dimulakan dengan perenggan pengenalan atau latar belakang. Untuk persediaan terakhir saudara boleh merujuk contoh karangan di dalam buku rujukan yang terdapat di pasaran.Lain-lain15.11.2008
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang terjemahan yang sesuai bagi "Policy Last Updated", yang mana antara berikut sesuai digunakan? 1. Kali Terakhir Dasar Dikemas Kini 2. Kali Terakhir Dikemas Kini Dasar Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Dicadangkan padanan bahasa Melayu ialah Tarikh Akhir Dasar Dikemaskinikan.Penyemakan dan penterjemahan29.12.2017
Assalamualaikum Tuan. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Korpus DBP. Saya ingin bertanya bilakah tahun terakhir bahan-bahan yang terkandung dalam pangkalan korpus DBP ini dikemaskini? Setakat 2021, berapakah jumlah bahan terkini dalam pangkalan korpus ini?
Tahun terakhir bahan-bahan dikemaskinikan dalam Pangkalan Data Korpus DBP adalah pada tahun 2021 dengan jumlah sebanyak 119,325 bahan yang merangkumi 124,722,606 kata. 
Lain-lain26.05.2021
Kata sehingga dan hingga sama penggunaannya?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat hingga membawa pelabagi maksud, iaitu : 1. garis yang terakhir, batas; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll); dan makna terakhir 3. hingga = sehingga, hinggakan, sehinggakan iaitu sampai pada keadaan. Oleh itu, hingga dan sehingga sama sahaja penggunaannyaTatabahasa05.12.2012
123456789

Kembali ke atas