Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.khir]/[ter.a.khir] | تراخير

Definisi : paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.khir]/[ter.a.khir] | تراخير

Definisi : di hujung atau di belakang sekali letaknya; terkemudian; terkebelakang: Ayat yg ~ dlm karangan itu lebih baik dibuang saja. 2 bahagian atau tempoh yg kemudian sekali; penghabisan; kesudahan: Pd ~ tahun ini, saya akan melancong ke luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terakhir


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMANNovel pertama karya Anwar Ridhwan. Novel ini memenangi “Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah” yang diadakan pada tahun 1979. Kemudian novel ini diterbirkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1979.SASTERAKarya
NABI ISA A.S.

Nabi Isa a.s. ialah nabi terakhir di kalangan Bani

Israel dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi dan

rasul terakhir kepada seluruh umat manusia.

Namanya disebut dalam al-Qur’an dengan lafaz

al- Masih, dan kadangkala dengan lafaz Isa ibn

Maryam.

UMUM 
MENOPAUS

Menopaus ialah masa dalam kehidupan wanita

apabila tempoh haidnya terhenti. Kebanyakan

wanita mengalami tempoh haid yang terakhir

antara usia 45 tahun hingga 55 tahun. Tempoh haid

yang terakhir menandakan berakhirnya tempoh

melahirkan anak semula jadi pada wanita.

Menopaus sering dikenali sebagai perubahan

hidup.

UMUM 
ABU ABDULLAH

Abu Abdullah ( ? –1533?), dalam bahasa Inggeris

dikenali sebagai Boabdil ialah Raja Moor yang

terakhir di Granada yang kini sebuah wilayah di

selatan Sepanyol. Nama Arabnya ialah Abu Abdullah.

Abu Abdullah juga digelar sebagai “si kerdil” dan

memerintah dengan gelaran Muhammad XI. Pada

tahun 1482, baginda merampas takhta daripada

ayahnya. Baginda seorang raja yang zalim dan tidak

adil. Pada tahun 1492, tentera Ferdinand dan Isabella,

pemerintah Castile dan Aragon, menyerang Granada

dan mengalahkan Abu Abdullah. Semasa Abu

Abdullah meninggalkan kerajaannya yang telah

hilang itu, baginda menoleh untuk melihat

kerajaannya kali yang terakhir. Tempat baginda

berhenti untuk menoleh itu masih ditunjukkan

kepada pelancong sebagai “keluhan terakhir Raja

Moor”. Abu Abdullah pergi ke Afrika dan di sana

baginda dikatakan mangkat dalam pertempuran.

UMUM 
NINEVEH

Nineveh ialah ibu negeri terakhir Empayar Purba

Assyria, yang terletak di tebing timur Sungai Tigris,

kira-kira 370 kilometer di utara Baghdad. Kawasan ini

telah diduduki seawal 5000 S.M. Pada tahun 612 S.M.,

orang Babylon dan Medes telah menawan dan

memusnahkan bandar ini. Pada tahun 1800-an, ahli

arkeologi telah menggali semula kawasan ini dan

menemui perpustakaan besar yang diasaskan oleh

Raja Ashurbanipal. Perpustakaan yang menakjubkan

ini mengandungi dokumen perniagaan, surat dan

contoh kesusasteraan Babylon dan Sumeria.

UMUM 
PRIAM

Priam dalam mitologi Yunani, ialah raja terakhir

Troy dan pemerintah kota tersebut sewaktu Perang

Trojan dengan Yunani. Dia terkenal kerana

kebaikannya, kemuliaan dan rasa hormatnya kepada

dewa-dewa. Isteri Priam ialah Hecuba (atau Hecube).

Priam mempunyai 50 orang anak lelaki dan 50 orang

anak perempuan bersama-sama Hecuba dan

perempuan-perempuan lain. Anaknya yang terkenal

ialah putera Hector dan Paris serta puteri Cassandra.

UMUM 
PERSIDANGAN POTSDAM

Persidangan Potsdam ialah perjumpaan

terakhir di kalangan pemimpin Kesatuan Soviet,

United Kingdom dan Amerika Syarikat semasa

Perang Dunia II (1939–1945). Persidangan tersebut

diadakan di Potsdam, berhampiran Berlin, Jerman. Ia

bermula pada 17 Julai 1945, kira-kira dua bulan

selepas kekalahan pihak Jerman dalam peperangan

tersebut. Turut hadir di majlis pembukaan itu ialah

Presiden Amerika Syarikat, Harry S. Truman, Perdana

Menteri Britain, Winston Churchill, dan Perdana

Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin. Clement

Attlee menggantikan Winston Churchill sebagai

perdana menteri pada 26 Julai 1945, dan mewakili

United Kingdom dalam persidangan seterusnya yang

berakhir pada 2 Ogos 1945.

UMUM 
Z

Z ialah huruf ke-26 dan yang terakhir dalam abjad

Inggeris. Ahli sejarah percaya bahawa huruf Z

berasal daripada suatu simbol yang digunakan oleh

orang Semit yang pada suatu masa dahulu tinggal

di Syria dan Palestin.

UMUM 
DISEMBER

Disember ialah bulan yang ke-12 dan terakhir

dalam satu tahun, mengikut kalendar Gregory yang

kini digunakan hampir di seluruh dunia. Disember

ialah bulan yang ke-10 dalam kalendar awal

orang Rom dan nama Disember berasal daripada

perkataan Latin, decem yang bermaksud sepuluh.

UMUM 
ATAHUALPA

Atahualpa (1500?–1533), yang juga digelar Atabalipa,

ialah raja terakhir bagi Empayar Inca di Peru. Dalam

tahun 1532, tidak lama selepas Atahualpa menaiki

takhta, Francisco Pizarro serta para pengikutnya telah

mendarat di Peru (lihat Pizarro, Francisco ). Atahualpa

enggan mengakui Raja Charles I Sepanyol sebagai

yang dipertuannya ataupun menerima agama Kristian.

Para pengikut Pizarro kemudiannya telah membunuh

lebih daripada 4000 orang bangsawan Inca yang tidak

bersenjata, dan Atahualpa dipenjarakan.

Walaupun baginda banyak mempunyai emas dan

perak sebagai tebusan, tetapi Atahualpa tidak

dibebaskan. Baginda dihukum bunuh pada tahun

1533.

Lihat juga Inca (Sejarah).

UMUM 
123456789

Kembali ke atas