Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.mat]/[ter.a.mat] | ترامت

Definisi : tersangat, terlampau sangat: yg ~ mulia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.mat]/[ter.a.mat] | ترامت

Definisi : terlalu sangat: ~ besar; ~ mulia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teramat

Peribahasa

Lurah tidak terturuni,
     bukit tidak terdaki.

Bermaksud :

Teramat tua dan daif.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Murid yang teramat pandai dalam mata pelajaran Matematik di kelas kita ialah Farhan. 'teramat' dlm ayat ini bermaksud paling? penggunaan 'teramat' ini boleh diterima?Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah penghabisan. Contoh : teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik.Tatabahasa29.07.2013
Adakah penggunaan kata penguat bebas di bawah betul? A)tersungguh cantik B) teramat cantik C) tersungguh cantik

Encik Shuit,

Teramat boleh digunakan dalam  ayat, contohnya  teramat cantik, teramat tinggi. Yang  tidak betul penggunaannya ialah  ter + kata adjektif + sekali , seperti  teramat cantik sekali.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa20.12.2010
Kami berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun itu kerana batu-batu di situ teramat licin. kata penguat "teramat" betul?Kata penguat "teramat" boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa16.07.2013
'teramat hebat sekali'betul atau tidak?Tidak betul, yang betul ialah amat hebat sekaliTatabahasa09.10.2008
Tn.Munsyi,mohon penjelasan frasa berikut : 1."kesakitan yang teramat sangat " adakah frasa ini tepat dalam ayat Ali mengalami kesakitan yang teramat sangat setelah terjatuh dari basikal. 2.Frasa "teramat sangat" adakah betul dan tepat daripada " tersangat amat" 3.Pemandangan di Langkawi "sungguh amat terindah" Frasa sungguh amat terindah adakah tepat daripada "amat sungguh terindah" 4.Bagaimanakah tatacara kita menyusun amat,sangat dalam frasa adjektif...amat didahulukan disusuli sangat atau sangat didahulukan disusuli oleh amat? Ulasan Tn.Sangat saya hargai didahului dengan ucapan terima kasih....

Menurut data kami, kata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat sakit. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat sakit dan teramat cantik. Ayat yang betul ialah pemandangan di Langkawi teramat indah. Selain itu, kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 259 - 261). 

Tatabahasa30.03.2020
Salam sejahtera, (1) Adakah " teramat tinggi benar " dan " teramat tinggi betul " itu salah ? (penggunaan imbuhan " ter " tdk perlu diikuti dgn kata penguat selain perkataan " terkenal " ? ) (2) Bagaimana pula dgn " sungguh hebat benar " & " sungguh hebat betul " ? Saya difahamkan yang " sungguh hebat SEKALI " itu gramatis (kata penguat bebas " sungguh ", " amat " dan " sangat " boleh menerima KATA PENGUAT KEDUA iaitu " SEKALI " ) . (3) Bagaimana pula dengan KATA PENGUAT KEDUA yang lain seperti " benar " & " betul " ? Contoh [ sungguh/amat /sangat .... benar/ betul/nian ? ] (4) Bagaimanakah pula dengan kata " begitu " - adakah " begitu hebat sekali " , dan " begitu hebat benar " itu gramatis ? Terima kasih.

(1) Binaan ter- + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh kata penguat. (2) Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Ayat : sungguh hebat sekali betul. (3) Kata 'benar' dan betul' bukan kata penguat tetapi merupakan kata pembenar. (4) Kata 'begitu' tergolong dalam kata peguat golongan kata tugas. Frasa ...begitu hebat sekali adalah gramatis.  

Kesimpulannya, yang tidak digunakan ialah ter-, kata penguat sekali dan paling dalam satu ayat/serentak kerana kerana ketiga-tiga kata dan imbuhan tersebut sudah menunjukkan darjah penghabisan.

Tatabahasa21.02.2011
Pemergian Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang. A Pemergian Yang Amat Mulia B Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia C Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia D Pemergian Duli Yang Teramat Mulia (munsyi, apakah jawaban yang sesuai digunakan? apakah perbezaan antara Duli Yang Teramat Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia) TKGelaran bagi Raja-raja Melayu dan kaum kerabatnya ada yang sama dan ada yang berbeza aantara negeri-negeri beraja. Di negeri Pahang, baginda digelar Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang tetapi di negeri Johor digelar Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor. Oleh itu, hal ini perlu dirujuk dari satu negeri ke satu negeri atau puan boleh juga merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, Jabatan Perdana Menteri.Lain-lain06.03.2013
murid yang teramat pandai dalam mata pelajaran Matematik di kelas ialah Luqman. penggunaan perkataan 'teramat' betul atau tidak??Frasa teramat pandai boleh digunakan, ter + amat + kata adjektif (pandai). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk selanjutnya.Tatabahasa23.07.2013
'teramat meriah sekali'' adakah ayat di atas betul? terima kasih

Frasa yang betul ialah teramat meriah atau meriah sekali. Teramat meriah sekali adalah salah.

Tatabahasa18.04.2010
amat terindah, amat tercantik dan sebagainya. tatabahasa betul?Penggunaan yang betul ialah teramat indah atau teramat cantik, ter + amat + kata adjektif.Tatabahasa10.05.2011
123456

Kembali ke atas