Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ran.cam]/[ter.an.cam] | ترانچم

Definisi : berada dlm keadaan menghadapi bahaya dsb, diancam (oleh): sudah beberapa kali ia ~ oleh bahaya maut; manuskrip yg masih ada dan sedang ~ oleh kerosakan dan kemusnahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ran.cam]/[ter.an.cam] | ترانچم

Definisi : dlm keadaan diancam: Jika air terus naik, keselamatan penduduk-penduduk di tebing sungai itu akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terancam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
endangered speciesspesies terancamPerikananTiadaSpesies flora dan fauna yang bilangannya terlalu kecil sehingga diancam kepupusan disebabkan oleh eksploitasi melampau atau kemusnahan habitat. Senarai spesies terancam dikeluarkan oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN). Contoh spesies yang terancam ialah penyu belimbing, ikan kelisa dan terumbu karang.
endangered botanical speciesspesies tumbuhan terancamHerbaPeraturan dan PemasaranSpesies tumbuhan yang hampir pupus disebabkan oleh faktor utama seperti kehilangan habitat dan kehilangan variasi genetik. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD), pemohon pendaftaran produk ubat bertanggungjawab untuk mengisytiharkan sumber ramuan herba yang disenaraikan di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Sekiranya bahan tersebut berasal dari sumber tempatan, permit atau lesen khas perlu diperoleh dari Jabatan Pertanian.
endangered animal speciesspesies hidupan liar terancamHerbaPeraturan dan PemasaranSpesies hidupan liar yang hampir pupus disebabkan faktor utama seperti kehilangan habitat dan kehilangan variasi genetik. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD), pemohon pendaftaran produk ubat bertanggungjawab untuk memastikan formulasi yang mengandungi suatu bahagian atau bahan terbitan daripada spesies hidupan liar perlu mematuhi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Sekiranya bahan tersebut berasal dari sumber tempatan, permit atau lesen khas perlu diperoleh daripada pihak berkuasa yang berkaitan.
endangered speciesspesies terancamGeografiTiadaTiada
threatened abortionkeguguran terancamKependudukanTiadaTiada
endangered speciesspesies terancamVeterinarTiadaTiada
threatened abortionkeguguran terancamPerubatanTiadaTiada
threatened speciesspesies terancamKejuruteraanTiadaTumbuhan dan haiwan yang kadar pembiakannya susut kepada satu tahap yang populasinya amat kecil dan diancam kepupusaan.
endangered speciesspesies terancamBiologiUmumTiada
threatened abortionkeguguran terancamKejururawatanTiadaKeadaan kemungkinan keguguran dengan kehadiran kontraksi uterus dan perdarahan vagina sebelum 20 minggu gestasi.
12

Kembali ke atas