Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terangkat

Peribahasa

Melabuh-labuh bagai buntal ditiup.

Bermaksud :

Kelakuan yang mengada-ada oleh kerana dipuji. melabuh-labuh = terangkat-angkat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah betul dan gramtis? (a) Tidak terangkat olehku bagasi itu. (b) Tidak terangkat oleh saya bagasi itu. (c) Bagasi itu tidak terangkat olehku. (d) Bagasi itu tidak terangkat oleh saya. Untuk ayat-ayat pasif tadi, ayat aktif manakah yang betul? (e) Saya terangkat bagasi itu. (f) Aku terrangkat bagasi itu. (g) Saya dapat mengangkat bagasi itu. (h) Aku dapat mengangkat bagasi itu.

Soalan yang dikemukakan kurang jelas kerana ayat aktif dan pasifnya bertentangan. Untuk makluman, ayat aktif 'terangkat', apabila ditukarkan kepada ayat pasif, tidak boleh menjadi 'tidak terangkat'. Contoh ayat aktif dan pasif:

Ayat aktif: Siti menyapu halaman rumahnya.

Ayat pasif: Halaman rumahnya disapu oleh Siti.

Tatabahasa28.10.2015
1.meja berat itu terangkat oleh saya.adakah ayat itu betul? 2.saya terangkat meja berat itu.Apakah ayat pasifnya?

Ayat aktif : Saya terangkat meja yang berat itu.

Ayat pasif: Meja yang berat itu saya terangkat.
Tatabahasa15.10.2014
Batu yang besar itu terangkat oleh saya.(ayat pasif) jd mcm mana kita nak Aktifkan ayat ini? Saya terangkat batu yang besar itu. Atau Saya mengangkat batu yang besar itu. Yg mana satu ayat aktif? Atau kedua2nya betul?Ayat Pasif Batu yang besar itu terangkat oleh saya, dan ayat aktifnya Saya terangkat batu yang besar itu.Tatabahasa26.09.2014
Encik, Manakah ayat yang betul? Batu itu terangkat oleh saya walaupun berat. atau Batu itu saya terangkat walaupun berat. Batu itu diangkat oleh saya. atau Batu itu saya angkat. Terima kasih.Sdr. Wee, jawapan yang betul ialah Batu itu terangkat oleh saya walaupun berat. Terima kasihTatabahasa23.02.2009
bagaimana hendak pasifkan ayat berikut? Batu yang berat itu terangkat oleh saya. saya mengangkat batu yang berat itu? atau Saya terangkat batu yang berat itu. mana satu betul? tqAyat "saya mengangkat batu yang berat itu" boleh dipasifkan menjadi "batu yang berat itu terangkat oleh saya".Tatabahasa25.09.2014
Adakah ayat di bawah betul? kotak itu tidak terangkat oleh saya. Berdasarkan pengetahuan saya, kata ganti diri pertama tidak boleh menggunakan perkataan 'oleh' (kotak itu diangkat oleh saya-salah) Sekiranya ayat di atas adalah betul, bolehkah pihak DBP jelaskan? Terima kasihAyat yang betul ialah kotak itu saya tidak terangkat atau saya tidak terangkat kotak itu.Tatabahasa06.04.2010
Adakah ayat-ayat (a) dan (b)berikut betul dan gramtis? Adakah ayat-ayat berikut ialah ayat pasif? Bukankah ayat pasif yang melibatkan kata ganti nama pertama tidak boleh diikuti oleh rumus "oleh + pelaku" (a) Tidak terangkat olehku bagasi itu. (b) Tidak terangkat oleh saya bagasi itu. Selain itu, adakah ayat (c) ialah ayat aktif? Adakah ayat (c) betul dan gramtis? (c) Saya tidak terangkat bagasi itu. Untuk ayat (a), ayat aktif berikut yang manakah sepadan dan betul (ayat (d) atau ayat (e))? (d) Aku tidak terangkat bagasi itu. (e) Aku tidak dapat mengangkat bagasi itu. Untuk ayat (f), adakah ayat tersebut ialah ayat pasif yang betul dan gramtis? (f) Bagasi itu tidak terangkat oleh saya. [Minta maaf, sebenarnya soalan ini saya sudah tanya minggu lepas. Tetapi oleh kerana kesilapan saya dalam menaip, jadi khidmat nasihat yang menjawab soalan kurang jelas dengan soalan saya.Sorry]Ayat pasif yang gramatis ialah Bagasi itu tidak terangkat oleh saya. Ayat pasif pola (pasif ter- + oleh + KGND pertama) Tidak ada bentuk aktif bagi ayat ini.


Tatabahasa03.11.2015
Tembok itu terlanggar pada bahagian bawahnya. dan Kotak itu tidak terangkat oleh kami. yang mana satukah ayat di atas ialah ayat pasif? kalau bukan ayat pasif, jenis ayat itu ialah?Ayat kedua, Kotak itu tidak terangkat oleh kami adalah ayat pasif tetapi oleh sebab ayat tersebut pasif diri pertama harus diubah menjadi "Kotak itu kami tidak terangkat".Tatabahasa08.11.2010
adakah penggunaan ayat ini betul:Meja itu tidak terangkat oleh saya.Ayat yang betul ialah saya tidak terangkat meja itu. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 491untuk keterangan lanjut. Tatabahasa20.04.2010
Bungkusan yang berat-berat itu saya tidak terangkat. Adakah ayat itu betul atau salah?Ayat yang betul ialah Bungkusan yang berat-berat itu tidak saya terangkat.Tatabahasa20.07.2013
123

Kembali ke atas