Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ra.péu.tik] | تيراڤيوتيک

Definisi : (térapéutik) 1. bkn rawatan penyakit: pendekatan ~; 2. bkn sesuatu (aktiviti, udara, dll) yg membantu menenangkan fikiran seseorang: senaman ~ memberi kete­nangan; 3. cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terapeutik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
therapeutic indexindeks terapeutikFarmasiFarmaseutik

Nisbah antara dos toksik dengan dos terapeutik. Semakin tinggi indeks terapeutik, semakin tinggi kadar selamat dos terapeutiknya. Dihitung melalui formula yang berikut:

Indeks terapeutik = TD50/ED50

TD50 ialah dos toksik kepada 50% populasi dan ED50 ialah dos minimum efektif kepada 50% populasi.

therapeutic rangejulat terapeutikPerubatanTiadaJulat paras ubat dalam darah yang menghasilkan kesan terapeutik tanpa mengakibatkan kesan toksik. Ubat yang mempunyai profil keselamatan yang tinggi biasanya mempunyai julat terapeutik yang lebih luas. Penggunaan ubat yang mempunyai julat terapeutik yang kecil memerlukan pemantauan yang lebih, termasuklah pemantauan terapeutik ubat (TDM). Sinonim jendela terapeutik.
therapeutic rangejulat terapeutikFarmasiFarmakologiJulat paras drug dalam darah yang menghasilkan kesan terapeutik tanpa mengalabatkan kesan toksik. Drug yang mempunyai profil keselamatan yang tinggi biasanya mempunyai julat terapeutik yang luas. Penggunaan drug yang mempunyai julat terapeutik yang kecil memerlukan pemantauan yanglebih,termasuklah pemantauan terapeutik drug(TDM).
therapeutic indexindeks terapeutikFarmasiFarmakologiUkuran tahap keselamatan sesuatu drug yang digunakan. Sesuatu drug yang memiliki indeks terapeutik yang lebih tinggi bersifat lebih selamat digunakan berbanding drug yang memiliki indeks terapeutik yang rendah. Formula pengiraan indeks terapeutik adalah seperti yang berikut: LDsoiEDso, dengan, LD = dosmaut ED = dos berkesan
minimum effective plasma concentrationkepekatan plasma efektif minimumFarmasiFarmaseutikKadar kepekatan suatu drug yang mesti dicapai dalam plasma sebelum sebarang kesan terapeutik atau farmakologi diperoleh. Sinonim konsentrasi plasma terapeutik minimum, kepekatan plasma terapeutik minimum.
therapeutic effectkesan terapeutikPerubatanTiadaKesan yang bersesuaian dengan tujuan pemberian ubat. Kesan ini biasanya berkadar terus dengan dos ubat dalam julat terapeutik. Sebagai contoh, penurunan suhu badan seseorang yang demam merupakan kesan terapeutik pengambilan ubat Paracetamol.
therapeutic windowjendela terapeutikPerubatanTiadaLihat julat terapeutik.
therapeutic levelparas terapeutikPerubatanTiadaParas ubat dalam darah yang memberi kesan terapeutik ubat tersebut. Paras ini berbeza mengikut jenis ubat, pesakit dan indikasi penggunaan ubat.
therapeuticterapeutikHerbaPemiawaianSesuatu tindakan yang berkaitan dengan cara merawat atau mengubati penyakit. Contoh ekstrak herba yang bersifat terapeutik ialah ekstrak akueus daun hempedu bumi (Andrographis paniculata) yang dapat merawat demam panas.
therapeutic effectkesan terapeutikFarmasiFarmakologiKesan yang bersesuaian dengan tujuan pemberian drug. Kesan ini biasanya berkadar terus dengan dos drug dalam julat terapeutik. Contohnya, penurunan suhubadan seseorang yang demam merupakan kesan dikehendaki daripada pengambilan drug parasetamol.
12345678910...

Kembali ke atas