Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.pung]/[ter.a.pung] | تراڤوڠ

Definisi : tidak tenggelam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.pung]/[ter.a.pung] | تراڤوڠ

Definisi : , terapung-apung 1 terkatung-katung di permukaan air: Tudung saji itu hanyut ~. 2 bermain-main di permukaan air dgn menggunakan perahu dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terapung

Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Sulam mari gambar benang;
Niat hati nak balik kampung,
     Lautan dalam tidak terenang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Terapung sama hanyut,
     terendam sama basah (= lulus sama terbenam).

Bermaksud :

Persahabatan yang setia, sehidup semati.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
terapungfloatSifat sesuatu objek yang tidak tenggelam atau berada di permukaan air. Lihat RajahSekolah Rendah
planktonplanktonOrganisma halus yang terapung-apung di dalam air dan menjadi sumber makanan yang penting kepada organisma akuatik yang lebih besar seperti ikan paus.Menengah Rendah
meteoroidmeteoroidSerpihan batu kecil yang terapung dan bergerak di angkasa lepas. Apabila meteoroid menghampiri bumi, tarikan graviti bumi menyebabkan meteoroid jatuh ke arah bumi. Lihat RajahSekolah Rendah
jerebuhazeKabut bercampur debu yang terapung-apung di udara sehingga menyebabkan keadaan sekeliling kelihatan kabur. Lihat RajahSekolah Rendah
zooplanktonzooplanktonHaiwan akuatik yang hidup terapung di dalam air. Kebanyakannya menjadi sumber makanan kepada haiwan lain.Menengah Atas
kiambangwater lettuceTumbuhan yang hidup secara terapung pada permukaan air. Tumbuhan ini banyak ditemui di dalam kolam atau tasik air tawar. Lihat RajahSekolah Rendah
pengapunganfloatProses untuk mengapungkan objek dalam sesuatu cecair. Sesuatu objek akan terapung di atas cecair apabila ketumpatannya kurang daripada ketumpatan cecair itu. Contohnya, minyak berada di atas air kerana ia kurang tumpat berbanding air. Lihat RajahMenengah Rendah
sifat keapunganbuoyancy propertySifat atau ciri yang membolehkan sesuatu bahan atau objek terapung atau tenggelam. Contohnya, sampan. Lihat RajahSekolah Rendah
aisiceAir dalam keadaan pepejal yang terbentuk pada takat beku air, iaitu 0°C. Ais dapat terapung di atas air kerana ketumpatannya kurang daripada ketumpatan air.Menengah Rendah
daya apungbuoyant forceDaya tolakan ke atas yang membolehkan sesuatu jasad yang terendam di dalam bendalir dapat terapung.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas