Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ras] | ترس

Definisi : (téras) IB teres. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ras] | ترس

Definisi : 1. bahagian yg keras dlm batang kayu, hati kayu: Sanah tidak sanggup membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras dgn ~ kayu nangka; 2. bahagian beras dll yg sudah dibersihkan; 3. ki sesuatu yg terpenting (terutama), isi yg terpenting (terbaik), sesuatu yg menjadi asas atau dasar (bagi sesuatu), intisari: pantunlah yg menjadi ~ puisi Melayu lama dlm kesusasteraan Melayu; orang-orang ini yg akan menjadi ~ negara; orang-orang Jepun tidak pernah lupa pd ~ sebenar kemajuan, iaitu membaca; ~ bumi bahagian tengah bumi yg cair; ~ terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi ~, gubal melayang ~ tinggal prb orang bangsawan akan lebih dimuliakan walaupun tidak berharta; meskipun tertimbun dlm tanah, namun ~ timbul juga prb orang yg berbudi baik itu sekalipun dlm keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia; bertemu ~ dgn beliungnya prb dua orang yg berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah; berteras mempunyai (ada) terasnya: tumbuh-tumbuhan herba tidak ~; ~ ke dlm orang yg tidak kelihatan kekayaan atau kecerdikannya; ~ ke rusuk orang yg dikuasai oleh kaum keluarganya; ~ keluar bagai pimping prb tampak di luar sahaja bagus (kaya dll) tetapi sebenarnya melarat; di manakah ~ kayu mahang prb janganlah diharapkan yg mustahil; berteraskan ki mempunyai sbg teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan: Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yg ~ agama Islam; menerasi menjadi teras kpd: Islamlah yg ~ keperibadian Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ras] | ترس

Definisi : Id simen yg dibuat drpd serbuk tanah yg keras (sj batu yg terjadi drpd pasir atau tanah, cadas). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ras] | ترس

Definisi : 1 bahagian yg keras dlm batang kayu; hati kayu. 2 besi dsb yg dililiti wayar (dlm elektromagnet atau dlm transformer) utk menguatkan medan magnetnya. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg utama; sesuatu yg menjadi asas atau dasar bagi sesuatu. ~ bumi bahagian di tengah-tengah bumi. berteras mempunyai atau ada terasnya: Pokok herba tidak ~. berteraskan mempunyai sesuatu sbg teras (asas dsb); berasaskan; berdasarkan: Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah ~ kebudayaan Melayu. menerasi menjadi teras (unsur pen­ting) kpd: Jelas kelihatan bahawa agama dan adat ~ keperibadian mereka. ~ bumi bahagian di tengah-tengah bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teras (kata nama)
Bersinonim dengan asas, dasar, sendi, tapak, tonggak, lunas, pegangan, sandaran, landasan, tunjang, pokok, prinsip, rukun;,
Kata Terbitan : berteraskan,

Puisi
 

Kalau tidak teras bintang,
     Suluh menyuluh luar perahu;
Kalau hendak sendiri datang,
     Suruh menyuruh kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah asas bahasa, pertuturan atau tulisa? Soalan ini berkait rapat dengan Bahasa Melayu yang dahulunya teras agama iaitu Islam begitu kukuh hinggakan pertuturan dan penulisan menggunakan fonetik 'arab sama ada dalam penulisan jawai mahupun rumi. Sekarang yang mana satu menjadi teras, teras Islam atau sebaliknya kerana penulisan atapun pertuturan menjadi masalah jika menulisa atau membaca jawi ataupun rumi.Untuk makluman tuan maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun kami akan menjawab soalan tersebut dengan sumber yang ada. (Harap maaf jika jawapan ini tidak menjawab secara persis soalan saudara). Dalam perancangan bahasa, aspek Bahasa Melayu Baku memberikan tumpuan kepada pembinaan bahasa yang lengkap dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya, iaitu betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya, dan betul sebutan dan intonasinya. Merujuk kepada huraian tersebut, tulisan dan lisan kedua-duanya seiring dalam pembinaan bahasa Melayu baku. Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata, malah tatabahasa, ejaan dan laras yang digunakan haruslah baku, yakni standard. Dalam rancangan pembakuan sistem ejaan Rumi terdapat beberapa sistem ejaan yang pernah wujud. Berkemungkinan dalam proses tersebut terdapat sistem ejaan yang mempunyai pengaruh Islam/bahasa Arab. Kini, sistem ejaan Rumi bahasa Melayu telah disempurnakan pada tahun 1972 dan dikenali dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.Lain-lain21.03.2013
Selamat pagi. Saya ingin bertanya kepada DBP tentang maksud bagi frasa nama khas ' Teras Insaniah' dan 'Teras Sokongan' dalam ayat 'Penyelesaian masalah sosial akan dapat diusahakan dengan membangunkan Teras Insaniah sebagai faktor dalaman dan Teras Sokongan sebagai faktor luaran.' Adakah Teras Insaniah yang dimaksudkan ialah sejenis kursus yang berkaitan dengan kemanusiaan dan juga Teras Sokongan ialah kursus kemahiran seperti kemahiran dalam bidang yang tertentu. Terima Kasih.Seperti yang dinyatakan sebelum ini, data kami memberikan maksud perkataan demi perkataan, bukan frasa. Teras dikiaskan kepada sesuatu yang terpenting, insaniah bersifat kemanusiaan dan sokongan ialah tunjangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kamus atau laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Makna04.12.2014
jikalau soalan minta membincangkan BAHASA TERAS BUDAYA,bolehkah bincangkan dakam konteks malaysia iaitu bahasa melayu dan budaya malaysia?bagaimana bahasa menjadi teras budaya?terima kasih.

Tajuk Bahasa Teras Budaya mempunyai definisi yang luas. Dari segi takrif, bahasa ialah sistem lambang bunyi suara bagi sesebuah kelompok manusia. Budaya pula ialah tamadun, peradaban dan akal budi sesebuah masyarakat. Dalam konteks soalan ini, bahasa teras budaya, hendaklah dianalisis secara mendalam kerana dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk, nilai-nilai perpaduan hendaklah diberikan keutamaan.

Lain-lain19.02.2008
Yang manakah ayat di bawah ini betul? a)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti yang dalam Rajah 1-1. b)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1. Bagaimanakah penggunaan kata sendi yang betul?Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1.Tatabahasa08.07.2012
Apakah makna/ istilah yang sesuai untuk: 1. Sukan Teras 2. Sukan Berprestasi Tinggi Terima kasih.Secara umumnya, sukan teras ialah kategori sukan yang terpilih untuk peningkatan mutu sukan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, contohnya olahraga, bola sepak, badminton, boling dan hoki.

Sukan berprestasi tinggi pula ialah kategori sukan yang diuruskan dengan baik dan dapat mengharumkan nama negara dengan sumbangan pingat dalam pertandingan atau kejohanan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Makna24.07.2023
Adakah betul ayat tema "Inovatif menjana transformasi" atau "Inovatif teras transformasi" dan "Kualiti dan Teknologi Menjana Transformasi

Perkataan yang lebih sesuai untuk tema ialah "Inovasi menjana transformasi", Inovasi teras transformasi dan "Kualiti dan Teknologi Menjana Transformasi".
Tatabahasa16.05.2013
3 contoh Slogan 1. Bersatu Luar Bandar Maju 2. Perpaduan Teras Kemajuan Luar Bandar 3. Luar Bandar Sejahtera, Perpaduan TerbinaUntuk makluman. ketiga-tiga slogan tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, slogan yeng pertama perlu diletakkan tanda koma selepas "Bersatu". Oleh itu, slopgan yang berikut adalah betul dan boleh digunakan. 1. Bersatu, Luar Bandar Maju 2. Perpaduan Teras kemajuan Luar Bandar 3. Luar Bandar Sehajtera, Perpaduan terbinaTatabahasa14.04.2014
Tuan, Apakah terjemahan perkataan terbaik untuk 'core business' seperti dalam ayat berikut: Secara amnya, core business' jabatan ialah menyediakan latihan...........................................Data DBP memberikan padanan ‘perniagaan teras’ untuk frasa ‘core business’ dalam bidang perniagaan. Mengambil contoh padanan tersebut, kami mencadangkan ‘perkhidmatan teras’ untuk digunakan dalam perkhidmatan awam seperti jabatan, agensi kerajaan dan badan berkanun.Istilah16.06.2014
Saya ingin mendapatkan makna bagi perkataan Dasar, Teras dan Objektif. Saya sudah merujuk kepda kamus Dewan Edisi 3, tetapi terlalu ringkas makan perkataan tersebut. Saya memerlukan ciri-ciri bagi perkataan tersebut untuk saya membuat rujukan. Saya boleh dihubungi di talian 03-88884817. Segala kerjasama di pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian Terima Kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (kamus terkini) antara maksud dasar ialah 1. bahagian yang di bawah sekali 2. sifat,perangai 3 . pertimbangan yang pokok berkenaan sesuatu 4. pendirian yang menjadi asas segala tindakan . Makna teras antaranya ialah sesuatu yang terpenting .Makna objektif antaranya ialah 1. sesuatu yang khusus yang ingin dicapai 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar.  Saudara boleh juga membuat rujukan dalam carian kata melalui Laman DBP. Makna23.06.2008
MOHON SEMAKAN UNTUK TAJUK ESEI INOVASI SOSIAL TERAS KELANGSUNGAN BEBAS DADAH
Perkataan kelangsungan bermaksud perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan, contoh ayat; Semuanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara kita. Berdasarkan korpus DBP, kata kelangsungan mempunyai konotasi yang positif, maka tidak sesuai untuk sesuatu yang berkonotasi negatif seperti penyalahgunaan dadah.  Dalam hal ini, keadaan ‘bebas dadah’ belum berlaku jauh sekali untuk berlanjutan. Cadangan kami, Inovasi Sosial Teras Membanteras Penyalahgunaan Dadah.  
Penyemakan dan penterjemahan15.05.2017
12345

Kembali ke atas