Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kekisilatticeSusunan teratur tiga dimensi zarah-zarah, iaitu molekul atom atau ion, dalam sesuatu hablur. Contohnya, dalam hablur natrium klorida, ion-ion natrium dan klorida disusun untuk membentuk kekisi kiub.Menengah Atas
organismaorganismSesuatu hidupan yang mempunyai struktur yang teratur dan menjalani proses kehidupan seperti menghasilkan keturunan, berkembang dan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Contohnya, haiwan dan tumbuhan.Menengah Rendah
pepejalsolidKeadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun rapat, padat dan teratur. Zarah-zarah bergetar pada kedudukan tetap. Jarak pemisah antara zarah adalah sangat kecil berbanding cecair dan tidak boleh dimampatkan. Contohnya, batu dan kayu.Menengah Rendah
pertumbuhan semularegeneration1. Penggantian atau pembentukan semula bahagian organisma yang terpotong. 2. Pertumbuhan yang teratur. Contohnya, kultur tisu.Menengah Atas
susunan zaraharrangement of particlesKedudukan atom atau molekul dalam sesuatu jirim. Susunan zarah dalam pepejal lebih teratur, rapat dan berada dalam pola yang tetap, berbanding cecair dan gas. Lihat RajahMenengah Rendah
hablurcrystalBahan pepejal yang mempunyai bentuk yang kukuh disebabkan atom atau molekulnya tersusun mengikut pola tertentu secara teratur. Contohnya, hablur sulfur monoklinik dan hablur kuprum sulfat. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas