Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.li/] | ترباليق

Definisi : menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ba.li/] | ترباليق

Definisi : menjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbalik

Puisi
 

Walau kencang bertiup angin,
     Kapal berlabuh akan terbalik;
Biarlah karam di tengah lautan,
     Namun tidak berpatah balik.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ditempuh nyamuk terbalik,
     ditindih lalat tak dapat bangkit.

Bermaksud :

Terlalu lemah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Beberapa buah buku yang dibelinya itu. tonggeng terbalik muka suratnya. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK SEKALUNG BUDI ATAS BANTUAN MUNSYIKesalahan dalam ayat tersebut ialah penggunaan kata tonggeng terbalik yang tidak tepat dari segi semantik dalam ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk maklumat lanjut.Sastera16.04.2012
Argot merupakan bahasa rahsiA seperti bahasa terbalik. Bahasa INI digunakan supaya individu lain tidak dapat memahami perbualan pengguna bahasa rahsia. Benar atau tidal? Mengapakah argot dikaitkan dengan jargon? Apakah perbezaan argot dan jargon? Terdapat kekeliruan. Terima kasih maklum balas pihak tuan/puanMenurut Kamus Dewan edisi keempat, argot ialah bahasa yang khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu, biasanya bersifat rahsia dan dikaitkan dengan kelas sosial rendah seperti pencuri atau penyeluk saku.

Manakala jargon bermaksud bahasa khusus yang digunakan dalam bidang tertentu.
Tatabahasa17.04.2014
Apakah fungsi ayat songsang dalam bahasa Melayu?Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh:

Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) 

Ayat songsang:

1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali.
2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu.
Tatabahasa15.06.2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan/ puan pihak DBP. Saya ingin mendapatkan kepastian dan jawapan bagi masalah dan kekeliruan saya terhadap simbol e pepet dan e taling. Berdasarkan rujukan DBP menyatakan bahawa e taling, simbol e terbalik. Tetapi apabila saya merujuk buku tatabahasa dewan edisi ketiga oleh Nik Safiah Karim; buku fonetik dan fonologi oleh Indirawati Zahid terbit DBP pula menyatakan bahawa simbol bagi e pepet yang ditulis dengan terbalik huruf e tersebut. Jadi, perkara ini memberi kesan kepada pembelajaran saya untuk memahami perkara ini. Saya berharap persoalan saya ini dijawab dengan segera untuk memudahkan saya menyempurkan tugasan saya sebagai seorang pelajar jurusan bahasa Melayu pendidikan rendah. Terima kasih, jasa tuan/ puan amatlah saya hargai.Simbol e taling ialah é dan simbol e pepet ialah Ə. Dalam buku fonetik biasanya menggunakan simbol [e] bagi e taling dan [Ə] bagi e pepet.

Ejaan12.08.2021
Saya Faisol Kama Sedang Belajar Baahasamelayu Dasar di Universiti Fatoni. ingin DBP,Maksud Ayat Sunsung Terima kasih.Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh:

Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) 

Ayat songsang:

1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali.
2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu.
Tatabahasa08.09.2016
Saya Chenabilah binti Chebueraheng sedang belajar di universiti Fatoni, bahasa melayu dasar ingin tentang bertanya bahas. apakah ayat sungsang? Terimakasih.Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh:

Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) 

Ayat songsang:

1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali.
2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu.
Tatabahasa29.01.2016
Adakah penggunan perkataan 'sevron' boleh digunakan untuk manik? contoh: Chevron Bead - Manik Sevron?Kami mencadangkan perkataan chevron dipadankan dengan siku keluang, iaitu corak huruf V terbalik yang kadangkala diulang-ulangkan.

Puan juga boleh melayari laman web https://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Istilah01.07.2021
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari. 2. Pipi gadis itu merah sekali. 3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November. 4. Kakak suka menanam bunga orkid. ( atau ) Kakak suka menanam orkid. 5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik. Terima kasih.1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari.
2. Pipi gadis itu merah sekali.
3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November hingga ....
4. Kakak suka menanam pokok orkid.
5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik.
Tatabahasa26.12.2012
Songsangkan ayat berikut: Program itu dilaksanakan sepanjang tahun. Bolehkah ayat songsangnya seperti berikut: Sepanjang tahun program itu dilaksanakan. Jika tidak boleh kemukakan alasan dan jawapan yang betul.Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat.
Dilaksanakan sepanjang tahun (predikat) program itu (subjek).
Tatabahasa05.09.2016
1) Bagaimana mahu terjemah mengikut susunan yang betul? a newly designed 20.4MP MOS sensor 2) Mohon terangkan susunan tatabahasa ayat yang betul untuk saya gunakan dalam penulisan. Terima kasih.Kebiasaannya terjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu adalah terbalik dari perkataan bahasa Inggeris dan mengikut kesusaian konteks ayat. Bagi terjemahan ayat a newly designed 20.4MP MOS sensor ialah Reka bentuk terbaharu 20.4 MP bersama sensor MOSMakna05.10.2016
12

Kembali ke atas