Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.li/] | ترباليق

Definisi : menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ba.li/] | ترباليق

Definisi : menjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbalik

Puisi
 

Walau kencang bertiup angin,
     Kapal berlabuh akan terbalik;
Biarlah karam di tengah lautan,
     Namun tidak berpatah balik.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ditempuh nyamuk terbalik,
     ditindih lalat tak dapat bangkit.

Bermaksud :

Terlalu lemah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
topsy turvytunggang-terbalikPertanianAgroteknologiKaedah penanaman yang menggunakan pasu terbalik yang digantung dari aras tertentu. Jenis tanaman yang biasa menggunakan kaedah ini ialah tomato dan cili. Kaedah penanaman ini melibatkan penggunaan kawasan yang terhad, dan tanaman yang ditanam lebih bertujuan sebagai hiasan selain dapat memetik buah yang segar.
overturned limbsayap terbalik , tungkai terlungkupGeologiTiadaSayap lipatan melampau yang terbalik.
reverseterbalik; balikan; akasKejuruteraanTiadaPencontoh, dinamai sedemikian kerana ia dipotong sebagai susuk terbalik bagi bahan kerja yang mahu dihasilkan dengan mengunakannya.
inverted flightpenerbangan terbalikAeroangkasaTiadaPenerbangan aerobatik dalam keadaan pesawat udara terbalik.
uraken tsukitumbuk genggam terbalikSukanTiadaTumbukan yang menggunakan genggaman terbalik.
everyday foldlipatan meja terbalikPentadbiran PerniagaanTiadaLipatan napkin berbentuk meja yang terbalik.
inverted cone burbur kon terbalikPerubatanTiadaBur yang mempunyai bentuk seperti kon terbalik, iaitu hujungnya lebih besar daripada pangkal. Biasa digunakan untuk mendapatkan underkut.
inverted cone burbur kon terbalikPergigianTiadaSejenis alat pengisar gigi berbentuk kon terbalik dan berbilah. Alat ini diperbuat sama ada daripada keluli nirkarat, wolfram karbida atau intan. Alat ini dipasang pada hanpis dan digunakan untuk membuat underkut pada dinding kaviti supaya bahan restorasi tidak tersesar dari dalam kaviti. Lihat gambar.
cyma reversakumai S terbalikKesenianHiasan DalamanKumai timbul yang berbentuk seperti huruf S terbalik. Kumai ini terdiri daripada kumai melengkung keluar yang terletak di sebelah atas, dan kumai melengkung ke dalam yang terletak di sebelah bawah.
overturned foldlipatan terbalik , lipatan lampauGeologiTiadaLipatan yang kecondongannya melampaui sudut tegak sehingga jujukan stratanya kelihatan terbalik.
12345678910...

Kembali ke atas