Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bang] | تربڠ

Definisi : 1. melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap (tenaga jentera dll): beberapa ekor burung layang-layang ~ di udara; sebuah helikopter ~ di atas kota; 2. menumpang atau naik kapal terbang: petang itu juga beliau ~ ke Singapura; 3. Id mudah meruap (minyak dll), mudah kering, mudah menjadi gas: minyak ~; zat ~; 4. = berterbangan melayang-layang di udara (debu, daun-daunan, dll), berhamburan di udara; 5. ki berlari (bergerak dll) dgn laju, bergerak dgn cepat, melarikan diri: kereta itu ~ bukan main laju; pencuri itu sudah ~; 6. ki hilang lenyap, hilang milik, musnah: tengok harta kita yg tinggal tiga relung ~ waktu Hamdan di Sekolah Melayu; 7. ki melayang-layang ke mana-mana (fikiran), menerawang: semua fikirannya sudah ~ pd orang yg bakal ditemuinya; ~ arwah (semangat) a) pengsan; b) hilang ingat­an, sangat terperanjat; ~ darahnya sangat terkejut; ~ fikiran hilang fikiran; ~ lalat (langau) pagi-pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30); ~ bertumpu, hinggap mencekam prb jika merantau hendaklah mencari kaum keluarganya (karib-baitnya); berterbangan 1. terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak: unggas ~ dr suatu dahan ke dahan yg lain serta bersiul-siul mencari makanan; 2. berhamburan (ber­taburan) di udara, melayang-layang di udara (debu dll): debu di jalan raya ~ ke udara apabila dihembus angin; menerbangi terbang melalui (menempuh), berpergian dgn kapal terbang di; menerbangkan 1. membiarkan terbang, me-lepaskan terbang: beberapa ekor merpati telah diterbangkan utk memulakan pera­yaan tersebut; 2. membawa terbang (angin, burung, dll): biji buah ini amat kecil dan ringan, maka mudah diterbangkan oleh angin; 3. membawa (mengangkut) dgn kapal terbang, memandu (mengemudikan) kapal terbang: askar-askar yg tercedera dlm per­tempuran itu telah diterbangkan ke rumah sakit Kuching utk mendapatkan rawatan cemas; 4. ki melarikan wang dll, melarikan diri: orang yg ~ wang syarikat itu telah dihukum; penerbangan 1. perihal terbang (mener­bangi, menerbangkan); 2. perjalanan dgn kapal terbang, lalu lintas kapal terbang: semua ~ dlm negeri telah dibatalkan; 3. segala yg berkaitan dgn lalu lintas udara; ~ awam = ~ sipil Id urusan penerbangan utk keperluan orang awam (bukan utk tentera); ilmu ~ pengetahuan atau kepandaian dlm hal terbang (dgn kapal terbang); penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang, jurumudi kapal terbang, juruterbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bang] | تربڠ

Definisi : Jw rebana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bang] | تربڠ

Definisi : ikan ~ sj ikan laut, Exocoetidae. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bang] | تربڠ

Definisi : 1 melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap spt burung atau dgn menggunakan tenaga jentera spt kapal terbang: Beberapa ekor burung ~ di udara. 2 pergi ke sesuatu tempat dgn kapal terbang: Pd malam itu juga, beliau ~ ke Bangkok. 3 ki melayang jauh fikirannya (ingatannya): Fikirannya sudah ~ pd orang yg akan ditemuinya itu. 4 ki menghilangkan diri; pergi atau berlari dgn cepat; hilang lenyap (ttg wang, harta dsb): Wangnya ~ kerana dia ditipu oleh jurujual itu. ~ arwah a. pengsan. b. hilang fikirannya atau hilang ingatannya; sangat terkejut. ~ darah sangat terkejut. ~ fikiran hilang fikiran. berterbangan 1 terbang atau me­layang-melayang ke merata-rata tempat; terbang banyak-banyak: Burung kelihatan ~ di udara. 2 melayang-layang di udara; bertaburan di udara (ttg debu yg ditiup angin dsb): Debu ~ di udara ditiup angin. menerbangi terbang di atau terbang melalui: Sebuah kapal terbang kelihatan ~ ruang angkasa. mener­bangkan 1 membawa terbang; menyebabkan ter­bang: Biji buah ini amat mudah diterbangkan angin. 2 mengangkut dgn kapal terbang: Askar-askar yg tercedera dlm pertempuran itu diterbangkan ke rumah sakit. 3 ki melarikan wang dll; melepaskan diri drpd bahaya atau dr tahanan: Orang yg ~ wang syarikat itu telah ditangkap dan dihukum pen­jara. penerbangan 1 perbuatan (cara, hal dll) terbang, menerbangi atau me­nerbangkan. 2 perjalanan dgn kapal terbang: Semua ~ dlm negeri telah dibatalkan oleh sebab rusuhan yg berlaku. penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang; juruterbang; pemandu kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan melayang: bergerak di udara, mengapung,

2. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, langsai, lingkup,

3. Bersinonim dengan berkhayal: berangan-angan, mengangan, mengangan-angan, mengelamun, melayang jauh, mengerawang, termenung-menung, membayang-bayangkan,

Kata Terbitan : berterbangan, menerbangkan, penerbang,

Puisi
 

Anak helang dibawa terbang,
     Bawa terbang terpingit-pingit;
Kalau abang tahu membilang,
     Cubalah bilang bintang di langit.


Lihat selanjutnya...(198)
Peribahasa

Ayam hitam terbang malam bertali ijuk,
     bertambang tanduk,
hinggap di kebun rimbun.

Bermaksud :

Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap ke rimba dalam, bertali ijuk bertambang tanduk; atau Ayam hitam terbang malam, hinggap pada pohon mempelam; atau Ayam hitam terbang malam, berdebas bunyinya). tambang = pancang untuk mengikatkan tali ayam.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
stack4. also ~ up, instruct (aircraft) to fly round at different heights while waiting to land, mengarahkan [kapal terbang] terbang berlegar bersusun-susun: the control tower had to ~ about twenty aircraft until the runways were cleared of snow, menara kawalan terpaksa mengarahkan lebih kurang dua puluh buah pesawat terbang berlegar bersusun-susun sehingga salji dibersihkan dr landasan-landasan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overadv 1. above, di atas: an aeroplane flew ~ as he walked across the field, sebuah kapal terbang terbang di atas semasa dia berjalan menyeberangi padang itu; 2. everywhere in the world, di seluruh: children the world ~ know who Mickey Mouse is, kanak-kanak di seluruh dunia tahu siapa Mickey Mouse; 3. (indic that so. is looking in a particular direction or at a particular thing or person) ke arah: he glanced ~ at the open door, dia memandang sekilas lalu ke arah pintu yg terbuka itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fly1vi 1. move through the air, terbang: most birds can ~, kebanyakan burung boleh terbang; 2. travel by air, (of person) terbang, naik kapal terbang; (of aircraft or airline) terbang: he flew to London via Moscow, dia terbang ke London melalui Moscow; 3. operate an aircraft, /membawa, memandu/ kapal terbang: Chong wants to learn to ~, Chong ingin belajar memandu kapal terbang; 4. move in the air, a. (of kite) melayang(-layang): in Indonesia, you can see kites ~ing everywhere, di Indonesia, kita boleh melihat wau melayang-layang di mana-mana; b. (of flag) berkibar-kibar: flags flew from every mast, bendera berkibar-kibar pd setiap tiang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wingvi fly, terbang: the wild geese that ~ southward in winter, angsa-angsa liar yg terbang ke arah selatan semasa musim sejuk; the plane ~ed over the mountains, kapal terbang itu terbang di atas gunung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
high-flyingadj 1. which flies high, terbang tinggi: a ~ aircraft, kapal terbang yg terbang tinggi; 2. ambitious, bercita-cita tinggi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
height3. altitude, ketinggian: the plane was flying at a ~ of 6,000 metres above sea level, kapal terbang itu terbang pd ketinggian 6,000 meter dr aras laut; gain ~, terbang semakin tinggi; lose ~, terbang semakin rendah; 4. high place, tempat (yg) tinggi: we looked down from the ~s at the valley below, kami melihat ke lembah dr tempat yg tinggi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aircraftn pesawat, pesawat /udara, terbang/, kapal terbang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wingvt 1. effect by flying, terbang: planes ~ing their way across the night sky, kapal-kapal terbang merentas langit malam terbang ikut haluan masing-masing; 2. a. wound (bird) n the wing, mencederakan /sayap, kepak/: his third shot had ~ed the wild duck, tembakan ketiganya telah mencederakan kepak itik liar itu; b. wound (so.) lightly esp in the arm, mencederakan lengan: the bullet only ~ed him, and he was able to walk, peluru itu hanya mencederakan lengannya, jadi dia boleh berjalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
airstripn lapangan terbang kecil, padang terbang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overprep 1. (indic position) a. directly above, di atas: the aeroplane flew ~ the clouds, kapal terbang itu terbang di atas awan; a lamp hung ~ the kitchen table, sebuah lampu tergantung di atas meja dapur; the first floor of the building juts out ~ the pavement, tingkat pertama bangunan itu menganjur di atas lorong jalan kaki;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas