Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bang] | تربڠ

Definisi : 1. melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap (tenaga jentera dll): beberapa ekor burung layang-layang ~ di udara; sebuah helikopter ~ di atas kota; 2. menumpang atau naik kapal terbang: petang itu juga beliau ~ ke Singapura; 3. Id mudah meruap (minyak dll), mudah kering, mudah menjadi gas: minyak ~; zat ~; 4. = berterbangan melayang-layang di udara (debu, daun-daunan, dll), berhamburan di udara; 5. ki berlari (bergerak dll) dgn laju, bergerak dgn cepat, melarikan diri: kereta itu ~ bukan main laju; pencuri itu sudah ~; 6. ki hilang lenyap, hilang milik, musnah: tengok harta kita yg tinggal tiga relung ~ waktu Hamdan di Sekolah Melayu; 7. ki melayang-layang ke mana-mana (fikiran), menerawang: semua fikirannya sudah ~ pd orang yg bakal ditemuinya; ~ arwah (semangat) a) pengsan; b) hilang ingat­an, sangat terperanjat; ~ darahnya sangat terkejut; ~ fikiran hilang fikiran; ~ lalat (langau) pagi-pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30); ~ bertumpu, hinggap mencekam prb jika merantau hendaklah mencari kaum keluarganya (karib-baitnya); berterbangan 1. terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak: unggas ~ dr suatu dahan ke dahan yg lain serta bersiul-siul mencari makanan; 2. berhamburan (ber­taburan) di udara, melayang-layang di udara (debu dll): debu di jalan raya ~ ke udara apabila dihembus angin; menerbangi terbang melalui (menempuh), berpergian dgn kapal terbang di; menerbangkan 1. membiarkan terbang, me-lepaskan terbang: beberapa ekor merpati telah diterbangkan utk memulakan pera­yaan tersebut; 2. membawa terbang (angin, burung, dll): biji buah ini amat kecil dan ringan, maka mudah diterbangkan oleh angin; 3. membawa (mengangkut) dgn kapal terbang, memandu (mengemudikan) kapal terbang: askar-askar yg tercedera dlm per­tempuran itu telah diterbangkan ke rumah sakit Kuching utk mendapatkan rawatan cemas; 4. ki melarikan wang dll, melarikan diri: orang yg ~ wang syarikat itu telah dihukum; penerbangan 1. perihal terbang (mener­bangi, menerbangkan); 2. perjalanan dgn kapal terbang, lalu lintas kapal terbang: semua ~ dlm negeri telah dibatalkan; 3. segala yg berkaitan dgn lalu lintas udara; ~ awam = ~ sipil Id urusan penerbangan utk keperluan orang awam (bukan utk tentera); ilmu ~ pengetahuan atau kepandaian dlm hal terbang (dgn kapal terbang); penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang, jurumudi kapal terbang, juruterbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bang] | تربڠ

Definisi : Jw rebana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bang] | تربڠ

Definisi : ikan ~ sj ikan laut, Exocoetidae. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bang] | تربڠ

Definisi : 1 melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap spt burung atau dgn menggunakan tenaga jentera spt kapal terbang: Beberapa ekor burung ~ di udara. 2 pergi ke sesuatu tempat dgn kapal terbang: Pd malam itu juga, beliau ~ ke Bangkok. 3 ki melayang jauh fikirannya (ingatannya): Fikirannya sudah ~ pd orang yg akan ditemuinya itu. 4 ki menghilangkan diri; pergi atau berlari dgn cepat; hilang lenyap (ttg wang, harta dsb): Wangnya ~ kerana dia ditipu oleh jurujual itu. ~ arwah a. pengsan. b. hilang fikirannya atau hilang ingatannya; sangat terkejut. ~ darah sangat terkejut. ~ fikiran hilang fikiran. berterbangan 1 terbang atau me­layang-melayang ke merata-rata tempat; terbang banyak-banyak: Burung kelihatan ~ di udara. 2 melayang-layang di udara; bertaburan di udara (ttg debu yg ditiup angin dsb): Debu ~ di udara ditiup angin. menerbangi terbang di atau terbang melalui: Sebuah kapal terbang kelihatan ~ ruang angkasa. mener­bangkan 1 membawa terbang; menyebabkan ter­bang: Biji buah ini amat mudah diterbangkan angin. 2 mengangkut dgn kapal terbang: Askar-askar yg tercedera dlm pertempuran itu diterbangkan ke rumah sakit. 3 ki melarikan wang dll; melepaskan diri drpd bahaya atau dr tahanan: Orang yg ~ wang syarikat itu telah ditangkap dan dihukum pen­jara. penerbangan 1 perbuatan (cara, hal dll) terbang, menerbangi atau me­nerbangkan. 2 perjalanan dgn kapal terbang: Semua ~ dlm negeri telah dibatalkan oleh sebab rusuhan yg berlaku. penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang; juruterbang; pemandu kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan melayang: bergerak di udara, mengapung,

2. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, langsai, lingkup,

3. Bersinonim dengan berkhayal: berangan-angan, mengangan, mengangan-angan, mengelamun, melayang jauh, mengerawang, termenung-menung, membayang-bayangkan,

Kata Terbitan : berterbangan, menerbangkan, penerbang,

Puisi
 

Anak helang dibawa terbang,
     Bawa terbang terpingit-pingit;
Kalau abang tahu membilang,
     Cubalah bilang bintang di langit.


Lihat selanjutnya...(198)
Peribahasa

Ayam hitam terbang malam bertali ijuk,
     bertambang tanduk,
hinggap di kebun rimbun.

Bermaksud :

Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap ke rimba dalam, bertali ijuk bertambang tanduk; atau Ayam hitam terbang malam, hinggap pada pohon mempelam; atau Ayam hitam terbang malam, berdebas bunyinya). tambang = pancang untuk mengikatkan tali ayam.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
merahap1. = terbang ~ terbang turun (hinggap): burung punai berkawan-kawan terbang ~ hinggap di dahan ara; 2. bertelut di samping orang yg berbaring dll, meniarap, menjerahap: Mokhtar ~ di kaki ibunya dan menangis tersedu-sedu; bagai dirahap kain basah prb dingin sejuk badan kerana melihat (mendengar khabar mengenai) kejadian sedih dan ngeri;Kamus Dewan Edisi Keempat
rahap II; merahap 1. = terbang ~ terbang turun (hinggap): burung punai berkawan-kawan terbang ~ hinggap di dahan ara; 2. bertelut di samping orang yg berbaring dll, meniarap, menjerahap: Mokhtar ~ di kaki ibunya dan menangis tersedu-sedu; bagai dirahap kain basah prb dingin sejuk badan kerana melihat (mendengar khabar mengenai) kejadian sedih dan ngeri;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbang-terbang hinggaptidak tentu tempat tinggalnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
hinggap1. berhenti terbang lalu bertenggek di atas sesuatu (bkn burung, lalat, dll): kupu-kupu ~ di atas bunga mawar; terbang-terbang ~ tidak tentu tempat tinggalnya; 2. ki singgah, jatuh dan mengenai sesuatu: kayu itu ~ betul-betul di atas kepalanya; tamparan yg kuat ~ di muka adiknya; 3. ki menimpa (bkn penyakit dll), berjangkit pd yg lain (bkn api dll): penyakit itu telah ~ padanya; ~ mencengkam terbang menumpu prb kalau merantau ke negeri lain hendaklah mencari orang yg sesuku dan apabila hendak pulang dr sana mestilah memberitahu orang itu juga; ~ saja bagai langau, titik saja bagai hujan prb sesuatu (kemalangan dll) yg terjadi dgn tiba-tiba saja; hendak ~ tiada berkaki prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya; menghinggapi 1. hinggap pd, duduk (berdiri, melekat) pd: bubur yg dihinggapi lalat itu patut dibuang; 2. menimpa (penyakit dll), menjangkiti (api dll): penyakit pelagra biasanya ~ orang yg menjadikan jagung sbg makanan utama.Kamus Dewan Edisi Keempat
menerbangkan1. membiarkan terbang, melepaskan terbang: beberapa ekor merpati telah diterbangkan utk memulakan pera­yaan tersebut; 2. membawa terbang (angin, burung, dll): biji buah ini amat kecil dan ringan, maka mudah diterbangkan oleh angin; 3. membawa (mengangkut) dgn kapal terbang, memandu (mengemudikan) kapal terbang: askar-askar yg tercedera dlm per­tempuran itu telah diterbangkan ke rumah sakit Kuching utk mendapatkan rawatan cemas; 4. ki melarikan wang dll, melarikan diri: orang yg ~ wang syarikat itu telah dihukum;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbang1 membawa terbang; menyebabkan terbang: Biji buah ini amat mudah diterbangkan angin.Kamus Pelajar
menerbangiterbang di atau terbang melalui: Sebuah kapal terbang kelihatan ~ ruang angkasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terbang menerbangi terbang di atau terbang melalui: Sebuah kapal terbang kelihatan ~ ruang angkasa.Kamus Pelajar
seiring1. bersama-sama berjalan (bergerak, terbang, dll): kapal terbang jet yg terbang meluru dua ~; 2. = seiringan bersama-sama, sekali, serentak: ~ dgn pemberontakan itu, ahli-ahli parlimen menuntut diadakan perubahan besar perundangan; pemikiran estetik dlm kritikan sastera Melayu boleh dikatakan bermula dlm tahun 50-an juga, iaitu ~ dgn konsep “seni utk seni”; ~ bertukar jalan, seia bertukar sebut prb perihal beberapa orang yg berbeza dlm cakap (bicara) tetapi sama dlm maksud; menohok kawan ~ prb perihal orang yg mencelakakan kawan sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbang1 melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap spt burung atau dgn menggunakan tenaga jentera spt kapal terbang: Beberapa ekor burung ~ di udara. 2 pergi ke sesuatu tempat dgn kapal terbang: Pd malam itu juga, beliau ~ ke Bangkok. 3 ki melayang jauh fikirannya (ingatannya): Fikirannya sudah ~ pd orang yg akan ditemuinya itu. 4 ki menghilangkan diri; pergi atau berlari dgn cepat; hilang lenyap (ttg wang, harta dsb): Wangnya ~ kerana dia ditipu oleh jurujual itu. ~ arwah a. pengsan. b. hilang fikirannya atau hilang ingatannya; sangat terkejut. ~ darah sangat terkejut. ~ fikiran hilang fikiran. berterbangan 1 terbang atau me­layang-melayang ke merata-rata tempat; terbang banyak-banyak: Burung kelihatan ~ di udara. 2 melayang-layang di udara; bertaburan di udara (ttg debu yg ditiup angin dsb): Debu ~ di udara ditiup angin. menerbangi terbang di atau terbang melalui: Sebuah kapal terbang kelihatan ~ ruang angkasa. mener­bangkan 1 membawa terbang; menyebabkan ter­bang: Biji buah ini amat mudah diterbangkan angin. 2 mengangkut dgn kapal terbang: Askar-askar yg tercedera dlm pertempuran itu diterbangkan ke rumah sakit. 3 ki melarikan wang dll; melepaskan diri drpd bahaya atau dr tahanan: Orang yg ~ wang syarikat itu telah ditangkap dan dihukum pen­jara. penerbangan 1 perbuatan (cara, hal dll) terbang, menerbangi atau me­nerbangkan. 2 perjalanan dgn kapal terbang: Semua ~ dlm negeri telah dibatalkan oleh sebab rusuhan yg berlaku. penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang; juruterbang; pemandu kapal terbang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas