Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bang] | تربڠ

Definisi : 1. melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap (tenaga jentera dll): beberapa ekor burung layang-layang ~ di udara; sebuah helikopter ~ di atas kota; 2. menumpang atau naik kapal terbang: petang itu juga beliau ~ ke Singapura; 3. Id mudah meruap (minyak dll), mudah kering, mudah menjadi gas: minyak ~; zat ~; 4. = berterbangan melayang-layang di udara (debu, daun-daunan, dll), berhamburan di udara; 5. ki berlari (bergerak dll) dgn laju, bergerak dgn cepat, melarikan diri: kereta itu ~ bukan main laju; pencuri itu sudah ~; 6. ki hilang lenyap, hilang milik, musnah: tengok harta kita yg tinggal tiga relung ~ waktu Hamdan di Sekolah Melayu; 7. ki melayang-layang ke mana-mana (fikiran), menerawang: semua fikirannya sudah ~ pd orang yg bakal ditemuinya; ~ arwah (semangat) a) pengsan; b) hilang ingat­an, sangat terperanjat; ~ darahnya sangat terkejut; ~ fikiran hilang fikiran; ~ lalat (langau) pagi-pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30); ~ bertumpu, hinggap mencekam prb jika merantau hendaklah mencari kaum keluarganya (karib-baitnya); berterbangan 1. terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak: unggas ~ dr suatu dahan ke dahan yg lain serta bersiul-siul mencari makanan; 2. berhamburan (ber­taburan) di udara, melayang-layang di udara (debu dll): debu di jalan raya ~ ke udara apabila dihembus angin; menerbangi terbang melalui (menempuh), berpergian dgn kapal terbang di; menerbangkan 1. membiarkan terbang, me-lepaskan terbang: beberapa ekor merpati telah diterbangkan utk memulakan pera­yaan tersebut; 2. membawa terbang (angin, burung, dll): biji buah ini amat kecil dan ringan, maka mudah diterbangkan oleh angin; 3. membawa (mengangkut) dgn kapal terbang, memandu (mengemudikan) kapal terbang: askar-askar yg tercedera dlm per­tempuran itu telah diterbangkan ke rumah sakit Kuching utk mendapatkan rawatan cemas; 4. ki melarikan wang dll, melarikan diri: orang yg ~ wang syarikat itu telah dihukum; penerbangan 1. perihal terbang (mener­bangi, menerbangkan); 2. perjalanan dgn kapal terbang, lalu lintas kapal terbang: semua ~ dlm negeri telah dibatalkan; 3. segala yg berkaitan dgn lalu lintas udara; ~ awam = ~ sipil Id urusan penerbangan utk keperluan orang awam (bukan utk tentera); ilmu ~ pengetahuan atau kepandaian dlm hal terbang (dgn kapal terbang); penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang, jurumudi kapal terbang, juruterbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bang] | تربڠ

Definisi : Jw rebana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bang] | تربڠ

Definisi : ikan ~ sj ikan laut, Exocoetidae. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bang] | تربڠ

Definisi : 1 melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap spt burung atau dgn menggunakan tenaga jentera spt kapal terbang: Beberapa ekor burung ~ di udara. 2 pergi ke sesuatu tempat dgn kapal terbang: Pd malam itu juga, beliau ~ ke Bangkok. 3 ki melayang jauh fikirannya (ingatannya): Fikirannya sudah ~ pd orang yg akan ditemuinya itu. 4 ki menghilangkan diri; pergi atau berlari dgn cepat; hilang lenyap (ttg wang, harta dsb): Wangnya ~ kerana dia ditipu oleh jurujual itu. ~ arwah a. pengsan. b. hilang fikirannya atau hilang ingatannya; sangat terkejut. ~ darah sangat terkejut. ~ fikiran hilang fikiran. berterbangan 1 terbang atau me­layang-melayang ke merata-rata tempat; terbang banyak-banyak: Burung kelihatan ~ di udara. 2 melayang-layang di udara; bertaburan di udara (ttg debu yg ditiup angin dsb): Debu ~ di udara ditiup angin. menerbangi terbang di atau terbang melalui: Sebuah kapal terbang kelihatan ~ ruang angkasa. mener­bangkan 1 membawa terbang; menyebabkan ter­bang: Biji buah ini amat mudah diterbangkan angin. 2 mengangkut dgn kapal terbang: Askar-askar yg tercedera dlm pertempuran itu diterbangkan ke rumah sakit. 3 ki melarikan wang dll; melepaskan diri drpd bahaya atau dr tahanan: Orang yg ~ wang syarikat itu telah ditangkap dan dihukum pen­jara. penerbangan 1 perbuatan (cara, hal dll) terbang, menerbangi atau me­nerbangkan. 2 perjalanan dgn kapal terbang: Semua ~ dlm negeri telah dibatalkan oleh sebab rusuhan yg berlaku. penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang; juruterbang; pemandu kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan melayang: bergerak di udara, mengapung,

2. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, langsai, lingkup,

3. Bersinonim dengan berkhayal: berangan-angan, mengangan, mengangan-angan, mengelamun, melayang jauh, mengerawang, termenung-menung, membayang-bayangkan,

Kata Terbitan : berterbangan, menerbangkan, penerbang,

Puisi
 

Anak helang dibawa terbang,
     Bawa terbang terpingit-pingit;
Kalau abang tahu membilang,
     Cubalah bilang bintang di langit.


Lihat selanjutnya...(198)
Peribahasa

Ayam hitam terbang malam bertali ijuk,
     bertambang tanduk,
hinggap di kebun rimbun.

Bermaksud :

Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap ke rimba dalam, bertali ijuk bertambang tanduk; atau Ayam hitam terbang malam, hinggap pada pohon mempelam; atau Ayam hitam terbang malam, berdebas bunyinya). tambang = pancang untuk mengikatkan tali ayam.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Terbang burung, berinsang ikan.Tidak banyak memilih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun.Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap ke rimba dalam, bertali ijuk bertambang tanduk; atau Ayam hitam terbang malam, hinggap pada pohon mempelam; atau Ayam hitam terbang malam, berdebas bunyinya). tambang = pancang untuk mengikatkan tali ayam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak.Perkara yang nyata mudah ketahuan. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi, bertali benang bertambang tulang; atau Ayam putih terbang siang, bertali benang bertambang tulang, hinggap di kayu meranting). merasi (merarasi) = kayu yang gugur semua daunnnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Burung terbang dipipiskan lada.Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga.Orang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak terbang tiada bersayap.Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak hinggap tiada berkaki).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kumbang terbang tak bersaing.Terlalu cepat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Merendah terbang biawak.Perempuan yang memperlihat-lihatkan dirinya kepada lelaki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah.Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Asal berinsang ikanlah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan.Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas