Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.beng.ka.lai] | تربڠکالاي

Definisi : 1. terabai, terlantar, tersia-sia: banyak pekerjaannya yg terbengkalai; 2. ark terdiam, senyap: duduk terbengkalai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.beng.ka.lai] | تربڠکالاي

Definisi : 1. terabai, terlantar, tersia-sia: banyak pekerjaannya yg terbengkalai; 2. ark terdiam, senyap: duduk terbengkalai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.beng.ka.lai] | تربڠکالاي

Definisi : tidak dpt diselesaikan atau disudahkan (ttg sesuatu kerja dsb); terhenti: Kerja-kerjanya masih banyak yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbengkalai

Peribahasa

Angkat batang keluar cacing gelang-gelang.

Bermaksud :

Berpenat-penat mengerjakan pekerjaan orang yang tinggal terbengkalai, tetapi suatu faedah pun tidak diperoleh daripadanya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abandonment (project)terbengkalai (projek)EkonomiTiadaTiada
peril of the seaperil lautPentadbiran PerniagaanTiadaPeril yang dilindungi dalam kontrak marin lautan seperti pelanggaran, karam, terbengkalai dan kebakaran.
backloglantukPentadbiranTiadaKeadaan kegentingan yang dihadapi oleh pekerja apabila terlalu banyak beban kerja yang terpaksa ditanggung, dan menyebabkan banyak kerja lain yang terbengkalai.
rehabilitation programprogram pemulihanPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau usaha yang dilaksanakan untuk memulihara, memperbaiki dan menambahbaikkan sesuatu perkara dengan tujuan mencapai objektif atau matlamat. Antara tindakan yang biasanya diambil dalam program pemulihan ialah mengenal pasti kelemahan, memperkemas perancangan, menambah kekuatan, memperkukuh belanjawan, memantap pengurusan penyenggaraan, memastikan sasaran dan meninjau peluang. Program pemulihan bukan hanya tertumpu kepada masalah sosial masyarakat seperti penagihan dadah, pelacuran, vandalisme semata-mata, ia juga merangkumi projek-projek terbengkalai kerajaan atau pihak lain, penyusunaturan semula pengurusan dan pentadbiran organisasi serta sumber manusia.

maladministrationsalah pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Cara pengurusan jabatan kerajaan, syarikat swasta mahupun sebarang organisasi yang tidak mengikut peraturan. Pentadbiran ini melibatkan unsur rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengurusan yang lemah dan tidak cekap. Amalan ini sering kali memperlihatkan pegawai membuat keputusan sendiri, yang mempunyai kepentingan peribadi. Salah pentadbiran ini boleh berlaku apabila pengawasan pihak atasan lemah dan kewujudan struktur pentadbiran yang tidak mantap. Contohnya, projek perumahan yang terbengkalai berlaku akibat salah pentadbiran dan penyelewengan.


Kembali ke atas