Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PURSLANE

Purslane ialah nama bagi kira-kira 40 spesies

tumbuhan tahunan berdaun berisi yang melata.

Purslane biasa ialah rumpai di tanah terbiar.

Bunganya berwarna kuning dan kembang pada

waktu pagi yang cerah. Batangnya boleh tumbuh

sehingga 35 sentimeter panjangnya. Subspesies

tumbuhan ini ditanam sebagai sayur terutamanya

di Eropah. Di samping itu, purslane biasa

digunakan di India dan China sebagai herba

ubatan, terutamanya sebagai tuam untuk

membantu menyembuhkan ulser dan luka .

Pengelasan saintifik. Purslane membentuk famili

purslane, Portulacaceae.Purslane biasa ialah

Portulaca oleracea .

UMUM 
KURAP

Kurap ialah penyakit kulit yang menyerang

anjing, kuda, biri-biri dan lembu. Kurap menyerang

haiwan yang kotor dan terbiar, yang hidup dalam

kumpulan atau dalam keadaan sesak.

UMUM 
KETIADAAN TEMPAT BERTEDUH

Ketiadaan tempat berteduh ialah satu

keadaan bagi seseorang yang tidak mempunyai

alamat yang tetap. Mereka yang tiada tempat

berteduh ini biasanya tinggal di bangunan-bangunan

yang terbiar, di bawah jambatan, stesen

bas, hotel-hotel murah, tempat persinggahan

kecemasan dan jalanan.

UMUM 
SENDUDUK

SENDUDUK (Malastoma malabathricum daripada famili Melastomataceae), pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang  kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama.  Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus.

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas