Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terbiartidak dipedulikan atau tidak diendahkan; terlantar: Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ahmad ~ seorang diri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terbiar1. terabai, terbengkalai, terlantar: sungguh kasihan, adinda, akan bapa yg menderita dan anak yg ~; 2. ditinggalkan (didiamkan) begitu saja, tidak terganggu: suasana itu ~ begitu saja;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbiartidak dipedulikan atau tidak diendahkan; terlantar: Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ahmad ~ seorang diri.Kamus Pelajar
terlantar1. terletak di: berbulan­-bulan lamanya dia ~ di rumah sakit; 2. dlm keadaan yg tidak dijaga atau dipelihara, terabai, terbiar: anak yg dikasihinya itu begitu ~ dan terbiar di tengah-tengah masyarakat;Kamus Dewan Edisi Keempat
lantar II; terlantar 1. terletak di: berbulan­-bulan lamanya dia ~ di rumah sakit; 2. dlm keadaan yg tidak dijaga atau dipelihara, terabai, terbiar: anak yg dikasihinya itu begitu ~ dan terbiar di tengah-tengah masyarakat; menterlantarkan membiarkan terabai atau tidak terpelihara, tidak mempedulikan: dia takut utk bernikah dgn Leman, takut dia akan diterlantarkan sebagaimana perem­puan-perempuan lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
liar1. tidak dipelihara (binatang), tidak jinak, buas, tidak dijaga (tumbuh-tumbuhan), terbiar: binatang-binatang ~ di dlm hutannya termasuk gajah, harimau, beruk, mawas, dll; 2. tidak tetap, gelisah (pandangan dll), buas, ganas (perangai manusia): dgn ~ ia meman­dang ke sekelilingnya; ~ mata selalu mengalih­alih pandangan; 3. tidak sopan-santun (perbualan, permainan, dll), tidak beradab: ia masih tertawa ~; peguam itu menyifatkan tuduhan tersebut sbg tuduhan yg ~; matanya merayap-rayap di atas ruangan siri cerita wanita ~ yg biasa menjadi siaran akhbar itu; orang ~ orang biadab; 4. tidak teratur, tidak mempunyai aturan; pasukan ~ Id pasukan yg tidak teratur (bukan tentera rasmi); rumah ~ Id rumah haram; sekolah ~ Id sekolah persendirian (tidak menurut syarat­-syarat yg ditentukan oleh kerajaan); berliar-liar selalu berlaku liar: Daim budak peliharaannya itu sudah pun pandai ~; meliar menjadi liar (kelakuan, tumbuh­-tumbuhan dll): misai dan janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya; matanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan; meliarkan menjadikan liar: falsafah pendidikan Barat yg semakin menjauhkan dan ~ generasi Islam drpd roh dan keperi­badiannya sendiri; keliaran perihal (sifat, keadaan, dsb) liar: dia tidak pernah berfikir tentang ~ anak-­anak kota dgn hidup yg tidak menentu; Alias Ali hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak muda; berkeliaran berjalan (terbang dll) ke merata tempat, merayau; ®keliar.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertaharterbiar, terdedah: menga­pa budak itu ~ di tengah panas?Kamus Dewan Edisi Keempat
kebiaranterbiar: pd zaman penjajahan, kesusasteraan Melayu tidak dihargai, penghasilan sastera, dlm hal ini cerita pendek, adalah sesuai dgn keadaan ~ itu; lima enam helai kertas yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tertinggal1. terbiar pd tempatnya dll (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dll): ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yg sudah lama ~ di rumah; 2. ter­ke­belakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir: tidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang; 3. terdapat sbg baki drpd sesuatu, tersisa: kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yg ~ begitu sahaja; 4. terabai, terbengkalai: banyaklah kerja-kerja yg ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
terkontang-kantingterbiar seorang diri tanpa haluan, bimbingan dsb: memang sudah nasib aku, apabila tua ~; rasa malunya tidak terkira apabila banyak mata memandangnya ~ seorang diri.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas