Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bit] | تربيت

Definisi : 1. keluar dr permukaan (air dll), keluar dr tempat terlindung (bulan, matahari, dll), muncul, timbul: bulan sudah ~; sebelah mata­hari ~ sebelah timur; 2. berbangkit (perasaan hati, fikiran, dll), lahir, timbul; dlm hatinya ~ keinginan utk memilih antara dua orang pemuda itu mana yg lebih baik dan sesuai dgn hatinya; 3. siap dicetak dan diedar­kan (buku, majalah, dll), tersiar (berita, maka­lah, dll): ~nya kedua-dua antologi ini me­rupa­­kan satu kemajuan besar; 4. keluar memancar (air, cahaya, dll), keluar (peluh, air mata, dll): air yg ~ drpd mata air biasa­nya jernih; 5. keluar (dr rumah, persem­bunyian, dll): setelah pintu terbuka dia pun ~lah; 6. tumbuh atau keluar drpd: sehelai rambut atau bulu ~ drpd satu liang yg halus di dlm kulit itu; 7. berpunca atau bermula drpd: kebakaran itu ~ drpd puntung rokok yg dibuang dlm bakul sampah; menerbitkan 1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll), membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3. mengeluarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu; 6. meng-hasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll); terbitan 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; ~ berkala keluar­an (majalah) yg diterbitkan berulang-ulang pd waktu yg tertentu; kata ~ kata yg memakai imbuhan; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb utk dijual kpd pelabur; ~ awam tawaran saham sesebuah syarikat kpd orang ramai utk tujuan mendapat penye­naraian di bursa saham; ~ baru tawaran terbit­an saham yg baru kpd orang awam; ~ bonus terbitan saham baru oleh sesebuah syarikat yg diberikan percuma kpd pemegang saham yg sedia ada; ~ hak tawaran terbitan saham biasa baru syarikat kpd pemegang saham yg sedia ada utk membeli saham tersebut sebelum tawaran saham dibuat kpd awam; penerbitan 1. perihal (perbuatan dll) mener­bitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan mener­bitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; penerbit (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bit] | تربيت

Definisi : 1 keluar dr permukaan air dll; keluar dr tempat terlindung (ttg bulan, matahari dll); timbul; muncul: Matahari ~ di sebelah timur dan tenggelam di sebelah barat. 2 keluar memancar (ttg mata air); keluar menitis atau memercik (ttg air mata, peluh dll): Dr bawah batu itu, ~ mata air yg jernih. 3 timbul perasaan atau timbul kemahuan utk berbuat sesuatu: Dlm hatinya, ~ keinginan hendak mengambil gadis itu utk dijadikan teman hidupnya. 4 sudah siap dicetak dan diedarkan kpd orang ramai (ttg buku dll); sudah siap dibuat rakaman dan diedarkan (ttg piring hitam dsb); tersiar dlm surat khabar dll (ttg berita dsb): Buku itu akan ~ pd bulan hadapan. Surat khabar Utusan Zaman ~ pd tiap-tiap hari Ahad. menerbitkan 1 membangkitkan atau menimbulkan perasaan (marah, benci dll): Kelakuannya yg biadab itu telah ~ kemarahan gurunya. 2 mengeluarkan dan mengedarkan buku, majalah dll; menyiarkan berita dlm surat khabar dll: Dewan Bahasa dan Pustaka telah banyak ~ buku utk sekolah rendah. 3 mendatangkan bahaya (kerugian, penya­kit dll): Kejatuhan harga getah telah ~ kerugian yg besar kpd syarikat itu. 4 menghasilkan atau mengeluarkan sesuatu; menyebabkan terbit. terbitan sesuatu (spt buku, majalah) yg terbit atau yg diterbitkan; keluaran: buku ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. kata ~ kata yg terjadi setelah ditambahi imbuhan. penerbitan 1 cara atau hal menerbitkan. 2 pekerjaan atau urusan menerbitkan buku, majalah dll. ~ meja ist penerbitan dokumen bercetak bermutu tinggi dgn menggunakan komputer peribadi dan pencetak. penerbit orang atau syarikat yg menerbitkan buku, majalah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,

Puisi
 

Sebab bulan terbit pagi,
     Bunga pandan dalam cerana;
Sebab intan datang ke mari,
     Nampak berlain dalam bunga.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bak pinang dianduh,
     putus tali dia berdiri.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa). dianduh = ditarik dengan tali.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sunrise n matahari terbit: we’ll start at ~, kami akan bertolak semasa matahari terbit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wayon /the, its/ ~, akan terbit; (of baby) dlm kandungan: her latest book is on its ~, bukunya yg terbaru akan terbit; Mary has two children and another on the ~, Mary mempunyai dua orang anak dan seorang lagi dlm kandungan; well on the ~, sudah hampir mencapai: he is well on the ~ to the top of his profession, dia sudah hampir mencapai puncak profesionnya; she is well on the ~ to success, dia sudah hampir mencapai kejayaan; on the ~ out, tdk lagi dipakai: these methods are now on the ~ out, kaedah-kaedah ini sekarang tdk lagi dipakai; out of o’s ~, jauh dr tempat sso: the place is a mile out of our ~, tempat itu sebatu jauh dr tempat kami; out of the ~, selesai, tamat, berakhir: once the meeting is out of the ~, we can plan further, apabila mesyuarat itu selesai, kita boleh merancang selanjutnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rise5. appear above the horizon, terbit: we got up early to watch the sun ~ above the horizon, kami bangun awal utk melihat matahari terbit di ufuk; 6. be built or erected, terdiri, tertegak; (colloq) naik: a new city rose on the ashes of the old one, kota baru tertegak di atas debu kota lama; 7. increase, a. (in amount, degree, etc) meningkat, naik: prices have ~n sharply, harga meningkat dgn meruncing; exports have ~n over the past year, eksport meningkat pd tahun lalu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sunthere’s nothing under the ~ I wouldn’t do for you, aku sanggup melakukan apa saja di dunia ini untukmu with the ~, sewaktu matahari terbit: the farmers and their families get up with the ~, para petani dan ahli keluarga mereka bangun sewaktu matahari terbit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sun-up n (US), (colloq) matahari terbit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eastn timur: the sun rises in the ~, matahari terbit di sebelah timur; to the ~ of, di (sebelah) timur (dr): the holiday resort is situated to the ~ of the town, tempat peranginan itu terletak di sebelah timur bandar tersebut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appearvi 1. become visible, a. (suddenly) muncul; (of spiritual, supernatural being) menjelma; (of star) terbit; (of rash) timbul: a masked man ~ed in the doorway, seorang lelaki bertopeng muncul di pintu; the devil ~ed before him in the guise of a tiger, hantu itu menjelma di hadapannya dlm bentuk seekor harimau; stars ~ing one by one, bintang terbit satu demi satu; as soon as spots ~ed, the patient’s temperature started to fall, sebaik sahaja bintik-bintik timbul, suhu badan pesakit itu pun turun; b. (slowly) kelihatan: the clouds rolled away and the sun ~ed, awan berarak dan matahari pun kelihatan; they could hear the train long before it ~ed, mereka terdengar akan bunyi kereta api itu lama sebelum kereta api itu kelihatan; the reef only ~s when the tide is low, terumbu karang kelihatan hanya apabila air surut; a smile ~ed on his lips, dia kelihatan tersenyum;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sunrise he stood at the window watching the beautiful ~, dia berdiri di tingkap menyaksikan keindahan matahari terbit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nevermoreadv (liter.) tdk lagi: ~ shall I see the sun rise and set, terbit dan terbenamnya mentari tdk akan dapat kulihat lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disembarkvt menurunkan; (troops) mendaratkan: the troops were ~ed before daylight, askar-askar itu didaratkan sebelum terbit matahari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas