Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbitannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nyah, terbitannya mengenyahkan. Nyah toksik, terbitannya mengenyahtoksikkan. Mohon penjelasan.Kata dasar nyah menjadi mengenyah apabila menerima awalan menge- yang diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu. Nyahtoksik (dieja sebagai satu perkataan) menjadi menyahtoksik apabila menerima awalan meN-.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 155 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa18.05.2010
Mengapakah perkataan "menghayun" tidak dijumpai dalam Kamus Dewan? Adakah perkataan tersebut salah? Jika apakah perkataan yang betul?Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tidak merakamkan kata "hayun" dan terbitannya. Kata yang terakam ialah "ayun" dan kata terbitannya (termasuk mengayun). Kamus Dewan (1970) merakamkan kata "hayun" dirujuksilangkan ke "ayun".

Namun, rujukan yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (2020) merakamkan kedua-dua kata tersebut iaitu "ayun" dan "hayun" serta kata terbitannya (termasuk mengayun dan menghayun). Perakaman kedua-dua kata ini adalah mengikut data korpus penggunaan kata tersebut dalam masyarakat. Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pentakrifan kata-kata tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 162-163 dan 753-754 kamus ini.
Ejaan16.11.2023
Adakah DBP tahu etimologi 'ilhak'? Kata terbitannya 'mengilhakkan' dan 'pengilhakan'.Salam sejahtera,

Mohon maaf, pihak DBP tidak mempunyai maklumat etimologi kata ilhak. Data lengkap tentang etimologi setiap entri tidak ada dalam sumber rujukan kami kecuali sebahagian kecil kata yang diberikan maklumat tentang asal kata dalam Kamus Dewan. Walaubagaimanapun, pihak DBP mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak tuan kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP.
Lain-lain28.07.2020
Saya ingin mendapat kepastian. Dalam buku Morfologi karangan Dr. Abdullah Hassan, di bawah tajuk penggetaran menyatakan beR apabila diimbuhkan kepada kerja, kata terbitannya adalah bekerja bukan *berkerja. Alasannya, tidak boleh ada 2 r dalam suku kata berturutan. Atas sebab itu, r dalam beR digugurkan kerana sudah ada r dalam kerja. Hal ini berbeza dengan kata kerja berkahwin, berkawad dll kerana dalam perkataan tersebut tidak ada konsonan r. Oleh sebab itu, kata terbitan kahwin, berkahwin, kata terbitan kawad, berkawad tetapi tidak berkerja. Persoalannya bagaimana pula dengan kejar? adakah kata terbitannya bekejar atau berkejar? kalau mengikut rumus Abdullah Hassan tentu jawapannya bekejar-kejar. namun, apabila disemak dalam dewan eja pro saya dapati tida entri bekejar sebaliknya berkejar.Awalan ber- akan menerbitakan kata kerja seperti berdiri, berserta dan bermain. Kata bekerja adalah antara bentuk kekecualian yang wujud dalam bahasa Melayu dan telah mantap penggunaannya.Tatabahasa28.07.2015
Assalamualaikum, Bolehkah berikan contoh ayat - ayat yang menggunakan perkataan "bajik" tanpa menggunakan kata terbitannya iaitu "kebajikan"?Wasssalam,

Perkataan tersebut tiada makna dan tidak digunakan.
Tatabahasa26.12.2016
Saya ingin mencari buku sastera lama...sekitar 70an dan tidak ingat penulisnya serta terbitannya....Tajuk Buku itu ialah "Juara Yang Tewas"

Salam. Buku Juara yang Tewas, terbitan DBP, 1985 adalah karya Aripin Said. Sdr. boleh membuat rujukan kepada buku tersebut dengan datang sendiri ke perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau di mana-mana perpustakaan yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr.

Sekian dan wassalam. 

Lain-lain06.08.2009
Apa maksud perkataan amalgamasi?Tiada kata amalgamasi dalam pangkalan data kamus dan istilah DBP.

Terdapat kata amalgam dan kata terbitannya terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) seperti yang berikut:

amalgam Kimia kata nama 
aloi merkuri dengan satu logam lain atau lebih yang digunakan untuk membuat cermin, menampal gigi dan lain-lain.

amalgam zink amalgam dan zink yang digunakan dalam bateri elektrik.

beramalgam kata kerja tak transitif
1 (berkenaan logam) bercampur atau bergabung dengan merkuri;
2 (berkenaan gigi) bertampal dengan amalgam.

mengamalgamkan kata kerja transitif [psf: diamalgamkan, amalgamkan]
mencampurkan atau menggabungkan (logam) dengan amalgam.
Contoh penggunaan:
Lembar zink dalam bateri diamalgamkan untuk mengurangkan kelarutan ketika bateri tidak digunakan.

teramalgam kata kerja tak transitif
diamalgamkan:
Contoh penggunaan:
Seperti aluminium, logam berilium agak tahan terhadap asid kecuali jika logam itu teramalgam.

pengamalgaman kata nama
hal atau proses mengaloikan merkuri dengan logam lain.

Terdapat padanan bagi kata amalgamation (bahasa Inggeris) n 1. act of, a. (combining) penggabungan, penyatuan: the ~ of the two oil giants, penggabungan dua syarikat raksasa minyak; b. (combining with mercury) pengamalgaman; 2. result of blending metals, amalgam: bronze is an ~ of copper and tin, gangsa ialah amalgam kuprum dengan timah; 3. merger, pergabungan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Untuk mencari maklumat berkaitan kata bahasa Melayu, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu di https://prpm.dbp.gov.my.
Makna24.09.2023
Saya ingin memastikan ejaan yang tepat untuk kata terbitan' komposisi' dalam tesarus Bahasa Melayu DBP, memberikan kata ' mengkomposisi' sedangkan dalam Kamus Dewan edisi ke-4 , kata terbitannya menggugurkan pangkal huruf asal, 'mengomposisikan'. Adakah kaedah yang sama unyuk kata'kompos'? Mengompos atu mengkompos?

Ejaan yang betul ialah ‘mengomposisikan’ dan ‘mengompos’.

Ejaan22.01.2015
Bolehkan perkataan "inklusif" digunakan walaupun tiada rekod dalam kamusBoleh. Kata "inklusif" telah terakam dalam kamus terkini terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 830). Saudara boleh menyemak makna dan kata terbitannya berserta ejaan Jawi, transkripsi fonetik, kelas kata dan contoh penggunaan kata tersebut dalam naskhah bercetak.Lain-lain26.06.2023
Adakah wujud perkataan "Hasil Muwasil" atau "Hasil Muasil"?Tidak terakam frasa hasil muwasil atau hasil muasil dalam kamus terbitan DBP.

Yang terakam ialah kata hasil dan kata terbitannya serta kata walhasil. Kata walhasil dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ialah seperti yang berikut:
 
walhasil والحاصل  kata nama
1 dan hasilnya atau akibat daripada sesuatu peristiwa, perbuatan, keadaan dan sebagainya; kesudahan:
Contoh penggunaan
Walhasil saya cuma ketawa semasa menonton drama yang mengarut itu.

kata adverba
2 pada hakikatnya:
Contoh penggunaan
Walhasil, segala bentuk ketaatan, ketundukan dan kepatuhan kepada Allah merupakan ibadah.

ASAL: [daripada Arab wa’l-ḥāṣil ‘dan hasilnya, kesimpulannya’]
Makna07.10.2023
123

Kembali ke atas