Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bu.ka] | تربوک

Definisi : 1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang (biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bu.ka] | تربوک

Definisi : 1 tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2 tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbuka

Puisi
 

Kalau tidak kerana kunci,
     Tidak terbuka pintu almari;
Kalau tidak kerana budi,
     Manakan kami datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bandar terbuka dagangan murah,
     badan sudah tua.

Bermaksud :

Sudah terlambat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dengan pengalaman buruk yang terpendam dengan mengulangi pe- ngalaman berkenaan melalui pertuturan atau perbuatan. Sinonim catharsis. (UBAT) abrupt wave (gelombang dadakan) Gelombang jalar atau tambahan kedalaman air dalam suatu alur terbuka yang disebabkan oleh perubahan mengejut pada keadaan aliran. (HID) ABS (ABS) Singkatan bagi acrilonitrile butadiene styrene. Lihat acrilonitrile butadiene styrene. (KEJ) abscess (abses) Nanah yang terkumpul dalam sesuatu rongga, yang saliran bagi usus besar secara pembedahan. (UBAT) appendiculate (apendikulat) Merujuk kepada struktur kulat yang mempunyai apendaj. Contohnya, struktur pada pinggir pileus yang mendukung apendikulum atau pelikel yang tertinggal sewaktu pileus terbuka. (BIO) appendiculum (apendikulum) Sebahagian daripada lebihan kelubung yang tertinggal di tepi pileus cendawan setelah pileus cendawan terbuka. (BIO) appendix (apendiks) Unjuran yang terdapat pada sekum dan terletak di sebelah kanan

Kembali ke atas