Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bu.ka] | تربوک

Definisi : 1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang (biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bu.ka] | تربوک

Definisi : 1 tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2 tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbuka

Puisi
 

Kalau tidak kerana kunci,
     Tidak terbuka pintu almari;
Kalau tidak kerana budi,
     Manakan kami datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bandar terbuka dagangan murah,
     badan sudah tua.

Bermaksud :

Sudah terlambat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
open curepengawetan terbuka; pematang terbukaKimiaTiadaTiada
open looplingkaran terbuka; gelung terbukaKomputerTiadaTiada
open drainsaliran terbuka; parit terbukaPertanianTiadaTiada
open drainsaliran terbuka; parit terbukaKejuruteraanTiadaTiada
open curepengawetan terbuka; pematang terbukaKejuruteraanTiadaTiada
open drainsaliran terbuka; parit terbukaPertanianTiadaTiada
open type generatorpenjana terbuka; generator terbukaKejuruteraanTiadaTiada
open planrancangan terbukaPendidikanTiada2. Rancangan terbuka : Rancangan pembelajaran yang terbuka dan mudah bagi mewujudkan keadaan yang lebih selesa dan berkesan.
copylefthak terbukaTeknologi Maklumate-PembelajaranSuatu bentuk kebenaran untuk mengguna, mengubah suai, memperluas dan mengedar semula sesuatu hasil kerja kreatif dan hasil kerja lanjutan secara bebas dan terbuka kepada umum dengan mengekalkan hak kebenaran kepada terbitan selanjutnya. Hak terbuka ini membantu meluaskan penggunaan dan penambahbaikan hasil kerja untuk faedah bersama. Contoh hak terbuka ialah Apache OpenOffice, FileZilla dan Moodle. Banding hak cipta.
open textteks terbukaKesusasteraanTiadaTeks yang memungkinkan pelbagai interpretasi pembaca. Bahasa, tema dan strukturnya bersifat kompleks dan tidak eksplisit. Teks terbuka tidak khusus kepada mana-mana khalayak, dan wujud dalam pelbagai genre sastera. Konsep teks terbuka ini diutarakan oleh Umberto Eco untuk membezakannya dengan teks popular. Teks popular mempunyai sasaran khalayak khusus, contohnya teks cinta untuk golongan remaja.
12345678910...

Kembali ke atas