Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ca.pai] | ترچاڤاي

Definisi : (sudah) dicapai, sudah sampai (ke), sudah sampai (maksud), terlaksana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ca.pai] | ترچاڤاي

Definisi : 1 dpt dicapai: Tidak ~ olehnya buah di hujung dahan itu. 2 sudah sampai atau berjaya mendapat (sesuatu maksud dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercapai

Puisi
 

Apa direndam dalam bijana,
     Kain sutera hendak disidai;
Siang malam termenung merana,
     Kerana cinta tidak tercapai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sebelum tercapai pantang surut.

Bermaksud :

Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(40)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat - Edisi Ketiga Cetakan Kelima 2009 Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu perundingan meja bulat - Edisi Ketiga Cetakan Keenam 2010 Merujuk kepada ayat-ayat di atas, yang manakah yang betul (yang ditulis dengan kata sendi 'daripada' atau sebaliknya)?Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat. Tatabahasa11.02.2011
Slm, Mintak tuan/puan semaka ayat di bawah. Kakak gembira cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai./Kakak gembira dapat mencapai cita-citanya untuk bergelar doktor. tqAyat yang gramatis ialah "Kakak gembira cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai".Tatabahasa01.09.2015
Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan soalan di bawah. Kesalahan penggunaan kata hubung. Soalan: Kemajuan negara tercapai adalah padahal kebijaksanaan pemimpin dan kerjasama rakyat. Berdasarkan soalan di atas, penggunaan kata hubung padahal adalah salah dan kata hubung yang sesuai digunakan ialah kerana. Bolehkah kata pemeri adalah boleh digunakan bersama dengan kata hubung kerana? Jawapan: Kemajuan negara tercapai adalah kerana kebijaksanaan pemimpin dan kerjasama rakyat. **Betul atau salah jawapan yang saya berikan ini?Penggunaan kata pemeri "adalah" hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Perlu diingat penggunaan kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan bahasa Melayu. Dalam konteks ayat yang tuan/puan berikan, ayat yang betul ialah "Kemajuan negara tercapai kerana kebijaksanaan pemimpin dan kerjasama rakyat."Tatabahasa22.10.2023
Apakah maksud peribahasa "bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat"?Maksudnya kata sepakat tercapai dengan mesyuarat.Tatabahasa01.11.2009
boleh jelaskan penggunaan perkataan 'kemajuan' dan 'pembangunan'Definisi kemajuan ialah perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan; ~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); ~ roha-niah kemajuan yg berkaitan dgn aspek kero­hanian (spt etika, moral, dsb), manakala  pembangunan ialah perbuatan, cara dsb membangunkan sesuatu: ~ luar bandar; ~ masjid itu telah memakan masa dua tahun.Makna25.11.2018
apakah maksu 'kalu tidak dipecahkan ruyungnya,manakan dapat sagunya'?Makna peribahasa "Kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mencapat sagu ialah tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). Harap maklumMakna06.08.2007
Adakah penggunaan peribahasa "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" betul dalam ayat ini? Kemajuan negara kita dalam bidang teknologi maklumat,perubatan,pertanian dan sebagainya tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua rakyat kerana "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi".Penggunaan peribahasa  "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana maksud peribahasa itu ialah cinta kasih yang tidak berbalas. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bertepuk+sebelah+tangan+tidak+akan+berbunyi&d=11. Peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut ialah "bersatu teguh bercerai roboh"Lain-lain24.12.2015
Bagaimanakah sesebuah bahasa itu dapat dikembangkan melalui penggunaan bahasa melayu moden?Sesebuah bahasa boleh dikembangkan melalui proses pemupukan bahasa yang bererti menumpukan perhatian pada usaha-usaha untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain. Perkara ini dapat dilaksanakan dengan pemupukan istilah-istilah baharu, khususnya istilah dalam bidang-bidang teknikal. Penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, kedoktoran, sains angkasa lepas, kehakiman dan sebagainya juga membantu memperkembangkan penggunaan bahasa Melayu moden.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
Kepastian tentang penggunaan 'agar' dan 'supaya'?Agar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh.

Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali.

Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada kedua-dua contoh ayat yang dinyatakan di atas.
Makna06.02.2019
Saya ingin memohon jasa baik tuan/puan untuk mendapatkan pengesahan sama ada ayat "hasrat dikabulkan" hanya sesuai digunakan untuk membawa maksud keagaaman, sebagaimana dalam konteks "doa dikabulkan". Menurut pemahaman saya, dan menurut Kamus Dewan, perkataan "kabul" bererti "tercapai", "terlaksana", "tertunai". Harap mendapat penjelasan dan pengesahan DBP. Terima kasih atas bantuan yang diberikan.

Kata kabul atau frasa hasrat dikabulkan bukan istilah khusus yang hanya digunakan dalam bidang agama. Oleh itu, kata dan frasa tersebut boleh digunakan dalam konteks umum.

Tatabahasa20.09.2011
1234

Kembali ke atas