Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ce.tus] | ترچتوس

Definisi : berlaku (terjadi, timbul) sesuatu keadaan (kejadian, peristiwa dsb): perkelahian itu ~ akibat perasaan dendam yg sudah lama terpendam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ce.tus] | ترچتوس

Definisi : timbul atau terjadi sesuatu keadaan: Persengketaan itu ~ kerana keangkuhan beberapa pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercetus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
logic bombbom logikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKod hasad yang tercetus apabila berlaku keadaan tertentu. Bom logik akan menyalin suatu proses berkali-kali dengan menggunakan arahan seperti fork dalam UNIX sehingga pemproses terbeban dengan timbunan proses lewah. Contohnya, virus April Fool yang tercetus pada tarikh 1 April.
inflammationkeradanganPerubatanTiadaGerak balas perlindungan yang tercetus oleh kecederaan atau kerosakan tisu akibat sesuatu, seperti bahan kimia, dan mikroorganisma, sehingga mendatangkan kepanasan, kebengkakan, kesakitan dan kemerahan pada tisu.
inflammationinflamasiPerubatanTiadaGerak balas perlindungan yang tercetus akibat kecederaan atau kerosakan tisu. Inflamasi dicirikan oleh kepanasan, kebengkakan, nyeri dan kemerahan pada tisu.
inflammationinflamasiPerubatanTiadaGerak balas perlindungan yang tercetus oleh kecederaan atau kerosakan tisu akibat sesuatu, seperti bahan kimia dan mikroorganisma. Gerak balas ini berperanan untuk memusnahkan atau mengurangkan kesan bahan atau mikroorganisma tersebut. Antara ciri yang sering berlaku pada tisu tersebut ialah kepanasan, kebengkakan, kesakitan dan kemerahan.
intention tremortremor tujuanPerubatanTiadaTremor yang tercetus dan menjadi lebih teruk apabila gerakan voluntari dilakukan.
cognitive dissonancecanggah ketahuan kognitifKomunikasiTiadaPerasaan yang tercetus apabila pengetahuan yang sedia ada bertentangan dengan maklumat baru yang diterima sama ada melalui perhubungan bersemuka atau sebaran am.
reactive psychosispsikosis reaktifPerubatanPsikiatriKeadaan psikosis yang tercetus disebabkan oleh trauma, seperti kematian orang yang disayangi, kemalangan atau perceraian.
civil warperang saudaraSains PolitikPolitik PerbandinganKonflik yang tercetus antara kelompok, etnik, puak atau golongan tertentu di kalangan rakyat dalam sesebuah negara. Peperangan ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor ketidakpuasan hati atau penindasan satu pihak terhadap pihak yang lain, ketidakseimbangan pembahagian kekuasaan politik, ekonomi atau kewujudan jurang sosial yang melampau antara kelompok. Perang saudara kebiasaannya berlanjutan dalam tempoh yang panjang. Konflik seperti ini boleh berakhir melalui rundingan yang dipelopori oleh pihak ketiga dari luar atau melalui desakan kuasa-kuasa berkepentingan terhadap pihak yang terlibat setelah pihak yang berkonflik gagal mencari jalan penyelesaian. Contohnya, Perang Balkan yang terjadi antara pihak Serb, Croatia dan Bosnia di negara bekas kesatuan Yugoslavia pada tahun l992.
associationismasosiasionismePendidikanTiadaDoktrin yang berpegang kepada keperluan prinsip pertama yang tercetus daripada hukum asosiasi sebagai suatu bentuk desakan mental.
affectafekPerubatanTiada1. Istilah yang digunakan oleh Freud untuk menggambarkan perasaan yang tercetus, sama ada nyaman atau tidak apabila seseorang terangsang. 2. Gambaran keadaan mental berhubung dengan emosi.
123

Kembali ke atas