Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.de.sa/] | تردسق

Definisi : 1. tertekan, terdorong: raksa di dlm salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah drpd paras raksa yg berada di sebelah luar salur; 2. terasak, terhimpit: ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yg menjerit kerana ~; 3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit: kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras; 4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi: dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa; 5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak: bukan kerana apa, melainkan kerana ~; 6. didesak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.de.sa/] | تردسق

Definisi : 1 terhimpit; terasak: Kanak-kanak itu menjerit kesakitan apabila ~ ketika berebut-rebut mencari tempat dlm panggung wayang. 2 tertindas; tertekan; dlm kesusahan: Apabila sudah ~, barulah dia kenal akan saudara, kalau tidak, dia tidak pernah datang ke rumah. 3 terpaksa; tidak boleh tidak; mesti: Walaupun saya tidak bersetuju dgn tugas itu, saya ~ menjalankannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdesak

Peribahasa

Pukul anjing,
     tak pandang mata tuannya.

Bermaksud :

Orang yang terdesak hilang takutnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rush jobkerja terdesakPentadbiranTiadaTiada
potboilerkarya periuk nasiKesusasteraanTiadaKarya khas yang ditulis dalam keadaan terdesak untuk menyara hidup penulisnya. Karya ini diolah sambil lewa oleh pengarangnya untuk memenuhi minat orang ramai, tanpa mementingkan mutu dan nilainya. Salah satu contoh karya klasik ialah novel falsafah yang berjudul Rasselas (1759), ditulis oleh S. Johnson. Novel ini ditulis dalam jangka masa seminggu, dan keuntungan jualannya digunakan untuk membiayai perbelanjaan pengebumian ibunya serta menjelaskan hutang piutang ibunya. Contoh dalam sastera Arab ialah al-Mada�ih oleh al-Mutanabbi. Karya ini mengisahkan Sayf al-Dawlah al-Hamadani (Raja Pemerintah).
rush newsberita gegasKomunikasiTiadaBerita yang dibuat secara terburu-buru disebabkan oleh keadaan yang terdesak atau kesuntukan waktu.
commission of forceperlakuan kekerasanSejarahTiadaJawatankuasa atau badan yang diberi kuasa untuk melakukan tugas tertentu dalam keadaan terdesak atau darurat dengan apa cara sekalipun untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
sleep apneaapnea tidurPsikologiPsikologi UmumGangguan pada pernafasan secara berulangan semasa tidur. Individu yang menghidap apnea biasanya akan terhenti pernafasannya selama 20 saat hingga dua minit. Apabila keperluan oksigen menjadi begitu terdesak, individu tersebut akan terjaga dan menyedut udara dengan cepat tetapi tidur semula kemudiannya. Keadaan ini akan berulang beberapa kali di sepanjang malam hingga ke waktu pagi. Kesannya, individu ini sering mengantuk pada waktu siangnya. Punca utama apnea ialah otak berhenti menghantar maklumat kepada diafragma bagi mengekalkan pernafasan.
briberyrasuahPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan menyalahgunakan kuasa untuk mendapat keuntungan sama ada dalam bentuk material mahupun perkhidmatan dengan memberi sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada seseorang dan menerima imbuhan dari orang tersebut. Ia boleh berlaku apabila seseorang itu terdesak kerana mahukan keuntungan material atau boleh juga kerana ingin mendapatkan keuntungan secara segera. Contoh, seorang penguasa kerajaan tempatan yang menerima sogokan wang yang banyak dan sebaliknya ia memberikan pula lesen perniagaan kepada orang tersebut sebagai memenuhi permintaannya.

accumulatorpenumpukTeknikElektrik1. Lihat bateri storan. 2. Satu bahagian dalam komputer yang bertugas mengubah/meminda data pangkalan masukan pembilang berpadu; storan pembilang itu akan bertambah kepada jumlah baru setiap kali denyutan diberikan pada pembilang. 3. Satu bahagian dalam sistem bendalir yang berfungsi sebagai penyimpan sementara tenaga bendalir untuk kegunaan seketika (waktu terdesak).

Kembali ke atas