Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.gang.gu] | ترݢڠݢو

Definisi : terusik, tercegah, terhalang: pasukan keamanan nampaknya ~ oleh pengganas-pengganas di hutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.gang.gu] | ترݢڠݢو

Definisi : mendapat halangan atau rintangan; terhalang: Siaran televisyen telah ~ kerana kerosakan alat pemancarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terganggu

Peribahasa

Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya.

Bermaksud :

Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan rintang rusa oleh tanduknya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Adakah ayat ini betul? Saya akan mengajak kawan saya pergi ke tempat yang senyap seperti perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran agar tidak terganggu oleh hal-hal lain.Yang betul ialah, "Saya akan mengajak kawan saya pergi ke tempat yang senyap seperti perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran supaya tidak terganggu oleh hal-hal lain".Tatabahasa29.01.2022
Apakah jawapan yang betul bagi soalan berikut : a. Sekiranya kamu kurang tidur, bukan sahaja boleh membuatkan memori otak terganggu bahkan boleh sampai ( ke / kepada ) tahap membunuh diri. b. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dan sentiasa menjaga nama baik tanah air tercinta yang kini terkenal di serata dunia.
a)   Perkataan yang betul ialah ke.
b)   Sila nyatakan soalan yang jelas untuk penerangan.
Lain-lain11.07.2016
Suzana Mohamed Ali Jun 1st, 11:34am Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Tuan-puan yang budiman, adakah sistem portal prpm.dbp.gov.my sedang terganggu? Saya telah cuba akses portal tersebut sejak minggu lepas lagi tetapi tak boleh. Terima kasih.Aduan tuan kami salurkan ke Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain01.06.2015
Salam, saya ingin bertanya tentang maksud 'fungsi fizikal' yang terdapat dalam ayat berikut: Kemurungan bukan sahaja akan mengganggu kesihatan emosi dan mental, malahan fungsi fizikal dan interaksi sosial pesakit turut terganggu. Terima kasih.Kamus Dewan menakrifkan fizikal sebagai badan, fungsi badan secara amnya. Walau bagaimanapun, penulis lebih memahami maksud sebenar yang hendak disampaikan, selagi tidak tersasar daripada maksudnya yang sebenar.Makna04.12.2015
kenapa photobomb dipanggil tunafoto dalam bahasa Melayu? ada penjelasan tak? Terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "tuna" ialah  "luka, cacat atau rosak". Maka terjemahan bagi photobomb ialah "tunafoto" yang bermaksud gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto.Makna10.06.2022
bagaimana pula dengan "terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul?terharu-berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana me­lihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terba­ring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti.Tatabahasa25.07.2012
1)Lenanya tiba-tiba bercambah apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2)Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu. 3)Makanan traditional seperti lemang,ketupat,dan dodol merupakan makanan penyambut untuk hari raya.Tolong betulkan.Terima kasih.1. Lenanya tiba-tiba terganggu apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar.
2. Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu makan.
3. Makanan tradisional seperti lemang, ketupat dan dodol merupakan juadah utama yang dihidangkan pada hari raya.
Tatabahasa14.07.2012
1) Apa maksud PENERAMA & PENEROMA? 2) Adakah perkataan- perkataan di atas wujud? sekia, terima kasih.Kedua-dua istilah ini tidak terakam dalam mana-mana sumber rujukan kami ataupun Kamus Dewan. Yang ada ialah panorama yang ditakrif sebagai  1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (ke­adaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa yg sentiasa berubah­ubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun.Makna19.02.2009
Assalamualaikum. Baru-baru ini DBP ada mengeluarkan 8 istilah baru ICT. Boleh ke saya dapatkan penerangan dari pihak DBP mengenai perkataan-perkataan ini: 1) Tunafoto 2) Swafoto maut 3) Pengkomputeran awan 4) Tera air 5) Butang tekan 6) Emotikon 7) Kawasan khas 8) Tapak panas Apa yang pasti ianya terjemahan daripada perkataan ICT terbaru dalam bahasa Inggeris. Boleh kami tahu bagaimana setiap perkataan ini dipilih seperti perkataan Tunafoto. Sekian. Terima Kasih.1) Tunafoto - Gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto.
2) Swafoto maut - Mengambil gambar foto sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan kematian.
3) Pengkomputeran awan - Pengkomputeran berasaskan Internet dan menggunakan teknologi komputer yang terkini. Sebutan awan merujuk kepada Internet yang selalunya diwakilkan dalam rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstrakan bagi infrastruktur kompleks yang diwakilinya. Pengkomputeran awan juga merujuk kepada penyediaan keupayaan pengkomputeran yang berkaitan dengan teknologi maklumat sebagai satu perkhidmatan yang membenarkan pengguna mencapai perkhidmatan Internet tanpa pengetahuan kepakaran terhadap teknologi infrastruktur yang menyokongnya. Contohnya, Google App menyediakan aplikasi perniagaan yang biasa secara dalam talian yang boleh dicapai melalui pelayar web manakala perisian dan data disimpan dalam pelayan.
4) Tera air - Tera air ialah tanda pengenalan yang ditekan ke atas kertas ketika ia dibentuk oleh mesin pembuat kertas.
5) Butang tekan - Merupakan terjemahan bagi perkataan push-button.
6) Emotikon - Ikon untuk melambangkan perasaan dalam internet.
7) Kawasan khas - Terjemahan bagi perkataan hotspot
8) Tapak panas - Tapak sandaran yang dilengkapi kelengkapan komputer yang sama dengan sistem komputer yang sedia ada di organisasi anda. Banding: cold site. 2. Dalam WWW, rujukan kepada tapak web yang amat popular.

Untuk makluman, istilah yang dipilih telah digubal oleh Jawatankuasa Pembentukan Istilah.
Istilah22.11.2017
Huraikan contoh-contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom AhmadContoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan.

Watak Lahuma dan Jeha merupakan gambaran perjuangann hidup dari sebuah keluarga petani miskin yang menjadi  proto-type dari petani miskin yang lain. sifat umum yang terdapat pada mereka ialah; 
- menyerah segala nasih kepada Allah SWT. Rintangan atau ranjau dalam kehidupan mereka sebagai petani adalah suatu yang wajar. Lahuma dan Jeha sebagai protagonis perlu menghadapi cabaran dari alam yang menimbulkan pelbagai konflik jiwa kepada mereka.
- Lahuma mencintai isteri dan anak-anaknya tanpa batas dan cinta itu dicurahkan melalui pekerjaannya.   Pengarang melukiskan Lahuma sebagai seorang petani miskin yang penuh tanggungjawab terhadap sawah yang menghidupkan keluargannya. Lahuma merupakan watak dinamis yang sanggup menghadapi maut dalam perjuangannya. Sungguhpun kesakitan ditikam duri nibung ia masih ingin menumpukan perhatiannya terhadap bendangnya yang belum selesai.

Watak Jeha pula lambang dari isteri petani yang setia, yang cintanya tak terbatas dan pengorbanannya tak bertepi.
walau bagaimanapun kualiti kewanitaannya masih tetap ada seperti di menjadi lemah semangat bola terkena geroh ular senduk, fikirannya terganggu oleh kematian Lahuma yang menyebabkan segala tanggungjawab terpikul di bahunya.
Fikirannya terganggu oleh perderitaan yang tidak terselesaikan dan akhirnya menjadi gila dan dikurung tetapi masih memperlihatkan cinta kasinya terhadap suami yang telah mati dan terhadap sawahnya.
Sastera21.03.2012
12

Kembali ke atas