Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.gen.da.la] | ترݢندالا

Definisi : terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dll): kalau anaknya yg kecil itu bangun kerjanya akan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.gen.da.la] | ترݢندالا

Definisi : tidak dpt diteruskan; terhalang: Perjalanan itu sangat sukar dan kerap kali ~ oleh lapisan salji yg tebal dan basah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergendala


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
breakdown pressuretekanan tergendalaKejuruteraanTiadaTiada
jam alarm lamplampu gera kendalaPentadbiran PerniagaanTiadaLampu yang memberi isyarat bunyi untuk menandakan suatu keadaan tergendala berlaku.
frustration clausefasal kecewaPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan dalam kontrak insurans marin yang tidak membenarkan tuntutan bagi pelayaran tergendala yang tidak dapat diteruskan oleh sebab arahan kerajaan jika barangnya diperoleh kembali.
denial of service (DoS)nafi khidmat (DoS)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerSalah satu ancaman keselamatan yang menidakkan pengguna sah mencapai perkhidmatan atau sistem tertentu. Contohnya, bekalan kuasa terputus menyebabkan kita tidak dapat menggunakan komputer atau sistem ATM tergendala menyebabkan pengguna bank tidak dapat mengeluarkan duit daripada mesin ATM.
business continuity planpelan kesinambungan perniagaanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRancangan yang dibuat untuk memastikan urus niaga suatu organisasi dapat diteruskan walaupun berlaku gangguan atau bencana ke atas organisasi tersebut. Rancangan ini boleh melibatkan sistem teknologi maklumat dan sistem manual. Contohnya, apabila sistem tergendala, sesebuah bank akan menjalankan urus niaga secara manual sementara menunggu sistem dalam talian dapat dipulihkan semula.

Kembali ke atas