Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.han.tu/] | ترهنتوق

Definisi : menghantuk sesuatu dgn tidak sengaja, terlanggar, terbentur, tersandung (kaki): kakinya ~ pd batu; sudah ~ baru tengadah prb sesudah terkena (mendapat kesusahan dsb) baru beringat-ingat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.han.tu/] | ترهنتوق

Definisi : ter­sentuh (pd); terlanggar (pd). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantuk
Kata Terbitan : berhantukan, menghantukkan, terhantuk,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah beiritahu saya perbezaan terhantuk,terhempas,terlanggar dan tertendang terima kasih

Menurut Kamus Dewan Perdana, terhantuk bermaksud kena pada sesuatu dengan agak kuat tanpa sengaja. Terhempas ialah jatuh dengan pantas dan kuat. Terlanggar ialah melanggar sesuatu atau seseorang dengan tidak sengaja. Manakala tertendang pula ialah terusir, terkeluar dan sebagainya daripada persatuan, jawatan dan lain-lain.

Makna16.10.2021
Dahi Ismail berdarah akibat terhantuk pada......pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar a)tepi b)bucu c)pangkal d)pangkalJawapannya agak mengelirukan, walau bagaimanapun jawapan yang lebih sesuai ialah Dahi Ismail berdarah akibat terhantuk pada pangkal pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar.Tatabahasa11.09.2009
Salam sejahtera tuan. Perkataan terhempas' boleh digunakan dalam ayat ini? Dia memukul bola hoki dengan kuat dan bola itu terhantuk pada cermin kereta. Bolehkah 'terhantuk' digantikan dengan 'terhempas' dalam ayat ini? Sekian, terima kasih.Perkataan yang lebih sesuai ialah terkena.Tatabahasa23.07.2013
PERKATAAN YANG MEMBAWA MAKSUD BENGKAK AKIBAT TERHANTUKBenjolMakna20.05.2009
Kit haruslah menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena sudah terhantuk baru tergadah. Apakah kesalahan istilah ‘menjauhkan diri’ dalam ayat ini jika saya nak tahu ‘menjauhkan diri’tukar kepada kesalahan istilahSoalan kurang jelas. Sila nyatakan soalan dengan lebih jelas untuk pihak kami memberikan maklum balas yang bersesuaian berdasarkan konteks tersebut.
Lain-lain05.01.2021
Pemandu van itu ( ) sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. Ada 4pilihan A terhantuk B terhempas C terlanggar D tertendang Jawapan ialah apaJawapan yang betul ialah C. terlanggar

Pemandu van itu terlanggar sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. 
Lain-lain16.10.2021
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang ejaan. Mana yang betul, sadung atau sandung? Saya lihat kedua-duanya mempunyai maksud sama.Jika konteks perbuatan merujuk kepada menyandung melanggar sesuatu (dengan kaki); tersandung 1. terlanggar atau terhantuk (kaki) pada sesuatu, 2. mendapat sesuatu rintangan (kesusahan dan lain-lain) dan sandungan, maka kedua-duanya membawa maksud yang sama. Ini bermakna, sadung dan sandung boleh digunakan.Makna19.12.2016

Kembali ke atas