Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ha.ru] | ترهار

Definisi : berasa hiba (kasihan, rawan hati, dsb): ia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ha.ru] | ترهار

Definisi : 1 berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana me­lihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terba­ring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haru
Kata Terbitan : mengharu, mengharukan, terharu, keharuan,

Puisi
 

Teluk Cempedak airnya biru,
     Tempat budak bermain air;
Hatiku susah sering terharu,
     Nasi ditelan serasa pasir.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah perkataan terharu digunakan untuk perkara yang sedih? contohnya, terharu dengan pembunuhan itu. kerana kebiasaannya ia digunakan untuk perkara yang menyentuh hati tapi menggembirakan berbanding perkataan terkilan.Terharu bermaksud berasa hiba (kasihan, rawan hati, dan sebagainya) seperti ia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu dan terharu tidak menggambarkan perasaan gembira.Tatabahasa11.06.2012
Salam, Bolehkah tuan/puan kategorikan perkataan 'terharu' sama ada perkataan ini dikira kata adjektif atau kata kerja? terima kasih.Salam,
Terharu bermaksud berasa hiba (kasihan, rawan hati, dan sebagainya) seperti ia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu. Oleh itu, "terharu" bukan kata kerja, tetapi kata adjektif.
Istilah19.06.2014
Apakah soalan yang sesuai untuk jawapan Ibu amat terharu apabila mendapat tahu bahawa abang bergelar juruterbang.Soalan yang sesuai bagi jawapan tersebut ialah "Mengapakah ibu berasa amat terharu?" Jawapan yang lebih tepat ialah "Ibu amat terharu kerana mendapat tahu  bahawa abang akan bergelar juruterbang.Tatabahasa25.06.2013
"terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul?Sekiranya "terharu" di sini bermaksud sedih, penggunaan perkataan itu betul.Tatabahasa12.06.2012
bagaimana pula dengan "terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul?terharu-berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana me­lihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terba­ring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti.Tatabahasa25.07.2012
Perasaan Mak Limah benar-benar ( terluka , terharu ) dengan perbuatan anak-anaknya. Apakah jawapan yang paling sesuai ? Terima kasih..Perasaan Mak Limah benar-benar terluka dengan perbuatan anak-anaknya. Terluka bermaksud perasaan yang sakit, pedih kerana kecewa.Tatabahasa24.09.2009
APAKAH MAKSUD RAWAN?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, rawan bermaksud hati pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu.Makna01.07.2010
Jamila berasa ______ melihat keadaan neneknya. Jawapan manakah yang lebih sesuai? A.sedih B. simpati Apakah perbezaan antara 'sedih' dan 'simpati'?Jawapannya ialah berasa sedih. Sedih bermaksud berasa sangat terharu atau rawan, manakala simpati bermaksud perasaan belas kasihan, timbang rasa, dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan. Daripada ayat di atas tidak ada keterangan lanjut yang membolehkan penggunaan perkataan simpati kerana ayatnya umum, oleh itu perkataan sedih lebih sesuai.Tatabahasa17.07.2010
Mohon bantuan untuk penterjemahan tepat bagi ayat di bawah. Saya sentiasa ada masalah untuk menterjemahkan 'overwhelm' dalam konteks yang tepat. "She was overwhelmed."Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, overwhelm mempunyai beberapa maksud, iaitu 1.  mengalahkan: 2.  tenggelam; begitu, sangat, amat, sungguh terharu 3.  menenggelami. Berdasarkan ayat yang diberikan, padanan yang dicadangkan untuk overwhelmed ialah sungguh terharu.Makna19.07.2013
Intan Ds Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt... Pertama, dengan lafaz setinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH swt dengan limpah kurnianya, Saya amat berbesar hati atas penerimaan APC petang semalam, Setinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada pihak Pengurusan APC Dewan Bahasa & Pustaka kerana mengundang saya bagi mewakilkan penghargaan atas pihak Allahyarham Eddie Norman... Merenung sejenak dan amat terharu, waktu bergerak dengan pantas, pemergian Allahyarham sudah hampir 7bulan dengan meninggalkan pahit dan manis ketika berkhidmat di DBP tapi masih lagi ada rezeki untuk saya dengan pencapaian kecermerlangan Allahyarham tahun yang lalu...Tiada kata untuk diberi , hanya sebak didada telah memenuhi hati... Tidak lupa juga, Dengan merakamkan Setinggi ucapan Terima Kasih kepada semua staff Bhg.Pusat Dokumentasi Melayu kerana telah bekerjasama dan memberi tunjuk ajar kepada Allahyarham selama beliau berkhidmat...saya amat hargai pengorbanan kamu semua.. it... dan terima kasih juga pada staff yang lain yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham... Dengan kata-kata itu sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Hari Inovasi DBP 2013...Insyaallah, Semoga Kualiti & Kecemerlangan Terus Menjadi Teras Kepada Budaya Kerja Kita... "ANDA TIDAK TEWAS KALAU ANDA TERJATUH, NAMUN ANDA TEWAS JIKA ANDA TIDAK BANGKIT SEMULA" From : Balu Allahyarham Eddie NormanInsya-Allah. Allahyarham seorang staf yg berdedikasi dan beliau layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang DBP. Semoga DBP dekat di hati Adik Intan. Salam buat keluarga Eddie. Admin.Lain-lain08.11.2013
12

Kembali ke atas