Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ha.ru] | ترهار

Definisi : berasa hiba (kasihan, rawan hati, dsb): ia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ha.ru] | ترهار

Definisi : 1 berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana me­lihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terba­ring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haru
Kata Terbitan : mengharu, mengharukan, terharu, keharuan,

Puisi
 

Teluk Cempedak airnya biru,
     Tempat budak bermain air;
Hatiku susah sering terharu,
     Nasi ditelan serasa pasir.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
affective effectkesan afektifKomunikasiTiadaKesan yang berkaitan dengan perasaan seperti gembira, bangga, sedih, terharu dan marah akibat daripada penyampaian sesuatu mesej.
feeling type touristpelancong mudah terasaPelanconganTiadaPelancong yang mempunyai perasaan sensitif terhadap suasana tempat yang dilawati, seperti gembira, sedih atau terharu.
emotive languagebahasa emotifKesusasteraanTiadaBahasa yang mengandungi unsur-unsur imageri, simbolik makna tersirat dan lain-lain. Bahasa emotif bertujuan untuk menimbulkan kesan atau tindak balas emosi kepada pembaca. Selain menyampaikan sesuatu idea, bahasa emotif juga memperlihatkan seni keindahan dan kehalusan bahasa. Bahasa emotif yang baik mampu menjadikan pembaca berasa terharu, sedih, gembira, takut, resah, bersemangat, dan sebagainya. Umumnya, bahasa emotif menjadi gaya bahasa utama dan penulisan kreatif (puisi, novel) berbanding dengan penulisan yang bersifat denotatif.
sentimental dramadrama sentimentalKesusasteraanTiadaDrama yang memberikan fokus kepada nilai-nilai murni sebagai reaksi kepada komedi pemulihan yang dianggap mengutamakan maksiat. Drama sentimental menampilkan watak kelas menengah yang digambarkan mempunyai segala keunggulan. Biasanya watak dalam drama ini harus menempuh pelbagai ujian getir sebelum mencapai kebahagiaan pada akhir cerita, selain membangkitkan rasa terharu dan hiba kepada khalayak. Drama sentimental yang popular dalam kalangan golongan kelas menengah pada kurun ke-18 dirintis oleh Richard Steele dalam The Funeral (1701). Seterusnya drama ini dikembangkan dalam The Conscious Lovers. Contoh lain ditemui dalam karya berjudul False Delicacy Hugh Kelly.

Kembali ke atas