Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.him.pit] | ترهيمڤيت

Definisi : 1 sudah dihimpit; terapit; tersepit; tertindih: Benda itu ~ di celah kayu. 2 ki mengalami kesusahan; tertekan; tertindas: Kehidupannya ~ oleh kemiskinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
himpit
Kata Terbitan : berhimpit-himpit, menghimpit, terhimpit, himpitan,

Peribahasa

Sepuluh batang bertindih,
     yang di bawah juga yang luluh = terhimpit.

Bermaksud :

Biarpun banyak menerima pertolongan orang pada waktu peralatan kahwin tetapi yang menanggung kerugian ialah orang yang mengadakannya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Terimpit (terhimpit) hendak di atas, terkurung hendak di luar.Tidak mahu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang diperbuatnya; mahu melepaskan diri daripada kerugian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepuluh batang bertindih, yang di bawah juga yang luluh = terhimpit.Biarpun banyak menerima pertolongan orang pada waktu peralatan kahwin tetapi yang menanggung kerugian ialah orang yang mengadakannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas