Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ri.ma] | تريما

Definisi : bp mendapat, memperoleh, menyam­but (sesuatu): kemudian ia hendak bayar kpd saya separuh, tiadalah saya mahu ~; (meng­u­cap­kan) ~ kasih (mengucapkan) syukur (kerana menerima sesuatu); ~ nasib berserah kpd takdir sahaja; ~ salah mengaku akan kesalahan diri; ~ syukur bersyukur kpd Tuhan; berterima ark (telah) diterima, (telah) dikabulkan; ~ kasih mengucapkan syukur; menerima 1. mengambil (mendapat, mena­dah, dll) sesuatu yg diberikan: adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll): kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami; 3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu per-mintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesah­kan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya; 4. mendapat atau menderita sesuatu (dgn berserah sahaja): ~ nasib; 5. berpendapat bahawa ..., meman­dang (sbg), menganggap (sbg): ia ~ jawabanku sbg penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dll), mengizinkan (masuk dll): mereka pun diterima sbg anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat: beliau telah ~ tawaran utk bekerja sbg pengurus di syarikat itu; ~ panjang tangan, menghulur sekali belum prb perangai orang yg tamak hanya mahu menerima pemberian orang sahaja tetapi tidak mahu memberi; menerimakan menyerahkan supaya diterima, memberikan; penerimaan 1. perihal (perbuatan dsb) mene­rima, penyambutan: bayaran dan ~ barang-barang yg dibeli; 2. sambutan, nilaian, peng-hargaan: bagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami terhadap rombongan kebudayaan saudara? 3. keizinan (masuk dll), kebenaran: beliau meminta supaya dihenti-kan ~ murid-murid darjah satu; 4. sikap terhadap, anggapan terhadap, tang­gapan: janganlah tuan takut dan ngeri kpd kakang dan janganlah tuan salah ~; penerima 1. orang atau alat yg menerima sesuatu; pesawat ~ pesawat radio utk menang­kap siaran radio; 2. mudah menangkap (ajaran dll), terang hati; 3. sentiasa berserah (kpd takdir dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ri.ma] | تريما

Definisi : ; salah ~ salah anggap; salah faham. menerima 1 mengambil se­suatu yg diberikan; mendapat atau memperoleh sesuatu sbg hadiah dll: Murid-murid yg menang dlm peraduan mengarang telah ~ hadiah drpd Guru Besar. Dia ~ berbagai-bagai hadiah pd hari jadinya. 2 menyambut kedatangan tetamu atau kedatangan seseorang: Pembesar-pembesar negara sudah berkumpul di lapangan terbang utk ~ kedatangan Presiden Suharto. 3 membenarkan atau mengizinkan (seseorang) menjadi ang­gota sesuatu perkumpulan dsb: Guru Besar dgn bantuan beberapa orang Guru Penolong sibuk ~ murid-murid baru utk darjah satu. 4 bersetuju memegang sesuatu jawatan yg ditawarkan: Beliau telah ~ tawaran sbg Guru Besar di sekolah itu. 5 menyetujui sesuatu permintaan, permohonan dll; membenarkan; me­­­­lulus­kan: Ibu bapanya enggan ~ pinang­an pemuda itu. menerimakan menye­rahkan sesuatu supaya diterima. terimaan apa-apa yg diterima. pene­rimaan hal atau perbuatan menerima: ~ murid-murid baru; ~ tetamu. penerima orang atau alat yg menerima sesuatu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,

Puisi
 

Sayang selasih ditumpah minyak,
     Bunga jengkang dengan jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
     Kerana sudibersama kami.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Gajah memamah aris,
     baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu.

Bermaksud :

Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. aris = getah kayu yang sudah beku.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tumpang tanya, di bahagian rekod pertanyaan memang yang disenaraikan soalan yang telah dijawab sahaja ke? Soalan baru yang belum dijawab memang tak keluar di situ ke? Atau, memang soalan yang saya hantar tadi sebenarnya tak berjaya dihantar ke sistem DBP walaupun ada makluman beritahu kata "Soalan anda telah kami terima. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami."?Selamat Sejahtera. Sila log masuk akaun KNDBP dan klik "Rekod Pertanyaan" untuk melihat senarai pertanyaan dan status soalan tersebut. Pertanyaan yang baru dihantar juga boleh dilihat semula dalam rekod pertanyaan. Lain-lain12.12.2023
Terima kasih atas jawapan kepada soalan saya: Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu. Mengapakah perkataan bahasa dalam ayat itu tidak dieja dengan huruf besar (Bahasa Melayu) ?

Ejaan dan ayat yang betul ialah “Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu”. Frasa “Bahasa Melayu” yang dieja dengan huruf B dan M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah.

Ejaan05.09.2023
terima kasih di atas peringatan atau terima kasih di atas pengingatanTerima kasih atas peringatan.Lain-lain09.03.2023
Ayat yang manakah yang betul bagi dialog di bawah? 1. Terima kasih, kerana beri saya hadiah. 2. Terima kasih, beri saya hadiah.Ayat yang betul ialah "Terima kasih kerana memberi saya hadiah." Tatabahasa26.09.2022
Penggunaan di atas dan diatas. Ayat mana yang betul? "Terima kasih di atas mesej anda." atau "Terima kasih diatas mesej anda". Dan satu lagi "Kami memohon maaf di atas kesulitan" atau "Kami memohon maaf diatas kesulitan."Ayat yang betul ialah "Terima kasih atas mesej anda." dan "Kami memohon maaf atas kesulitan." Tatabahasa29.01.2023
Saya ingin menyemak untuk mendapatkan naskhah himpunan cerpen hasil pertandingan menulis cerpen peringkat sekolah menengah utara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2003 / 2004 Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai. Terima kasihTerima kasih kerana mendapatkan/menggunakan perkhidmatan  KNDBP.
 
Untuk  mendapatkan maklumat yangg berkenaan, tuan dimohon menghubungi Ketua Unit Sastera DBP Wilayah Utara, melalui no. telefon 04-5377241 atau emel utara@dbp.gov.my.


Sekian, terima kasih.
Lain-lain29.04.2022
saya terima satu surat, senarai edaran berkelat. mohon penjelasan lanjut.

Sila kemukakan soalan yang lebih jelas bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang bersesuaian.

Tatabahasa17.10.2023
Mohon pencerahan berkenaan didahului: Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan "didahului" dengan ucapan ribuan terima kasih. kerjasama tuan dalam hal ini amatlah di dihargai dan pihak kami mendahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Semakan saya menggunakan kamus dewan 4 ,perkataan didahului tidak wujud. Mohon Juga pencerahan sama ada perkataan mendahului, didahulukan ....wujud.Sekian, terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, terdapat perkataan “didahului”, “mendahului” dan “didahulukan”. Antara maksud perkataan “didahului” dan “mendahului” seperti yang berikut:
  1. Melepasi (seseorang atau sesuatu) dan berada di hadapan.
  2. Melebihi atau mengatasi seseorang atau sesuatu dari segi bilangan, markah, prestasi dan sebagainya yang diperoleh.
  3. Melakukan sesuatu lebih awal atau lebih cepat daripada seseorang atau sesuatu.
  4. Berlaku atau wujud sebelum atau lebih awal daripada sesuatu yang lain.
  5. Menduduki tempat paling atas dalam (senarai, carta dan sebagainya).
  6. Memberikan keutamaan pada sesuatu berbanding dengan yang lain.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, muka surat 466.

Makna10.12.2023
Salam sejahtera, Terima kasih atas maklum balas diberikan. Untuk kejelasan, bererti terjemahan BI ke BM adalah seperti berikut: Pillar - Tonggak Sub Pillar - Cabang Pohon pengesahan pihak tuan jua. Terima kasih.Betul, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "pillar" sebagai "tonggak" dan "sub-pillar" sebagai "cabang".Penyemakan dan penterjemahan01.11.2022
Kenapa "Carian Kata" pada https://prpm.dbp.gov.my/ tidak berfungsi? Terima kasih.Waalaikumussalam.

Terima kasih di atas keprihatinan pihak tuan/puan. Kami sedang giat mengambil tindakan bagi mengatasi permasalahan yang sedang berlaku pada sistem PRPM bagi menjamin kemudahan para pengguna dan dijangkakan sistem akan kembali stabil dalam masa yang terdekat. Maaf di atas segala kesulitan.

Terima kasih.
Lain-lain30.01.2023
12345678910...

Kembali ke atas