Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ja.di] | ترجادي

Definisi : (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh ke­rosakan elektrik; terjadi ~ Id terdiri (ter­bentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ja.di] | ترجادي

Definisi : sudah berlaku: Pembunuhan itu ~ di sebuah kedai kopi yg berhampiran dgn rumah saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Burung lekung berbunyi malam,
     Bunyi di atas bumbung penghulu;
Allah belum menjadikan alam,
     Suratan kita dah terjadi dahulu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ini terjadi kerana masyarakat mundur. Adakah ayat ini gramatis?"Ini terjadi kerana masyarakat mundur". Ayat ini tidak gramatis kerana tidak betul dari segi semantik, iaitu  kurang difahami dan tidak lengkap. Cadangan ayat yang betul ialah Kemelesetan ekonomi telah menyebabkan masyarakat menjadi mundur; atau Perkara ini telah menyebabkan masyarakat menjadi mundur.Tatabahasa28.10.2018
apakah maksudnya 'pecah amanah'?kenapa ia terjadi kepada sesuatu individu?kenapa pecah amanah ini terjadi?apakah kesan pecah amanah kepada negara?soalan ini ditanya bagi pihak adik saya yang menuntut di poloteknik merlimau.terima kasih atas pertolongan dari pihak tuan.saya amat merhargainya.Maksud pecah amanah ialah kegagalan seseorang individu memenuhi tanggungjawab menjaga, mengendalikan dan mengawal amanah yang diserahkan kepadanya. Sila rujuk Istilah Niaga dan Undang-undang untuk keterangan lanjut. Soalan lain tidak berkaitan dengan KNB. Terima kasih.Makna24.08.2007
Untuk soalan sebegini, yang manakah jawapan yang betul? "Adakah ChatGPT akan membunuh semua kemahiran manusia? Apa yang akan terjadi dengan nilai kesarjanaan yang sering diperjuangkan bagi sebuah bidang ilmu? Adakah masih sama seperti dahulu? atau "Adakah ChatGPT akan membunuh semua kemahiran manusia, apa yang akan terjadi dengan nilai kesarjanaan yang sering diperjuangkan bagi sebuah bidang ilmu dan adakah masih sama seperti dahulu?" Terima Kasih.

Jawapan yang betul ialah, "Adakah ChatGPT akan membunuh semua kemahiran manusia? Apa yang akan terjadi dengan nilai kesarjanaan yang sering diperjuangkan bagi sebuah bidang ilmu? Adakah masih sama seperti dahulu?”.

Tatabahasa13.04.2023
Terjemahan English-BM mana yang lebih sesuai. English:What will happen to the plant if you give it too much water?BM1:Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu memberi terlalu banyak air? BM2:Apakah akan terjadi jika kamu memberi air yang terlalu banyak kepada tumbuhan?

Salam sejahtera,

Jawapan 1 (BM1) lebih sesuai kerana menepati maksud ayat dalam bahasa Inggeris. Jawapan BM2 pula menepati ayat " What will happen if you give too much water to the plant". Untuk lebih tepat lagi kata kerja "give" boleh diberi padanan dalam BM  "siram" atau "menyiram" bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contohnya, "Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu menyiram terlalu banyak air?"

Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP.

Lain-lain24.03.2010
1) kejadian itu adalah merupakan sesuatu yang biasa terjadi 2)mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi

Sila jelaskan soalan saudara yang ke-2. Walau bagaimanapun, yang betul bagi soalan pertama ialah:

 Kejadian itu merupakan sesuatu yang biasa terjadi.

 

Tatabahasa17.11.2011
salam, frasa manakah yang lebih tepat "hal ini" dengan "hal ini demikian"?Frasa yang tepat ialah "hal ini" atau yang lebih lengkap ialah "hal ini terjadi demikian kerana", iaitu hal ini sebagai subjek (Frasa Nama) + terjadi (Kata Kerja) + demikian (Adverba) kerana Adverba mesti didahului Kata Kerja atau Kata Sendi Nama.Tatabahasa09.03.2012
Apakah yang dimaksudkan dengan dialek dan bagaimana ia terjadi?

Dialek ialah jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu, yang berbeza pula daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di negara ini.  Contohnya dialek Kelantan; dialek Kedah;dialek Negeri Sembilan dan sebagainya. Dialek ini terjadi kerana faktor geografi ataupun daerah.Apabila penutur terpisah oleh sekatan-sekatan geografi seperti gunung-ganang, hutan rimba, dan sungai-sungai, maka setiap kumpulan mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri, termasuk perkembangan aspek bahasa.Dalam jangka masa panjang, ciri-ciri iperbezaan menjadi semakin nyata dan ini dikekalkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 35. Terima kasih.  

 

Lain-lain14.01.2009
salam...apa telah terjadi dengan peraduan HADIAH KARYA ILMIAH DBP 2009? Sampai sekarang saya masih menunggu..bagaimana dengan manuskrip yang saya hantar?terima kasih.Untuk makluman tuan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Hadiah Karya Ilmia 2009 telah disempurnakan pada 24 November 2011 di Dewan Dato' Hassan Ahmad, Menara DBP. Pemenang utama pertandingan ialah Puan Dr. Puteri Roslina binti Megat Abdul Wahid dan Encik Muhammad Fitri bin Sutriee.Lain-lain06.12.2012
Bencana alam dijustifikasikan sebagai tragedi atau kecelakaan yang terjadi di luar kawalan dan manusia tiada daya untuk menghalangnya‘dari ’berlaku Salam Tuan/Puan,saya nak tanya adakah ‘daripada berlaku’kata macam ini?Kalau ada,mengapa ya?Mohon Tuan/Puan boleh menjelaskan soalan ini.Terima kasih

Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah daripada berlaku. Contoh ayat yang diberikan lebih merujuk kepada sumber atau punca.

 

Untuk makluman, perkataan “dari” merupakan kata sendi yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Manakala, kata sendi “daripada” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan.

Untuk makluman lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 269.

Tatabahasa24.01.2021
COME RAIN OR SHINEWALAU APA PUN YANG TERJADIMakna10.03.2011
12345678

Kembali ke atas