Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.je.ma.han] | ترجمهن

Definisi : 1. hasil drpd menterjemahkan, yg (telah) diterjemahkan: di samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~; 2. cara (gaya, kaedah) menterjemah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.je.ma.han] | ترجمهن

Definisi : sesuatu (kar­ya dll) yg su­dah diterjemahkan; hasil menterjemahkan se­suatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terjemah
Kata Terbitan : menterjemah, terjemahan, penterjemahan, penterjemah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah "direct translation", perkataan bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu bermaksud 'terjemahan kulit' atau 'terjemahan bebas' ? Ataupun 'terjemahan langsung'?"Direct translation" dalam bahasa Melayu bermaksud 'terjemahan langsung'.Makna05.08.2021
Salam dan selamat sejahtera Tuan/Puan yang dihormati. Mohon bantuan terjemahan. Apakah terjemahan yang baik untuk 'guitar fingerboard or fretboard'? Adakah terjemahan 'papan jejari atau papan fret gitar' cukup? Terima kasih Tuan/Puan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud fret ialah bilah penentu ruang nada pada alat muzik bertali, seperti gitar dan mandolin, untuk mengawal nada bunyi yang dihasilkan. Maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi fretboard ialah "papan fret gitar"Makna23.01.2022
Salam sejahtera saya sedang menjalankan penyelidikan berkaitan pembelajaran teradun. terdapat 3 soalan berkaitan terjemahan istilah iaitu 1. apakah terjemahan bagi enriched-virtual model? 2. apakah terjemahan bagi flipped learning? 3. apakah terjemahan bagi flipped classroom?Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah:
1. enriched-virtual model - model maya diperkaya
(mohon berikan contoh dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu yang lebih baik dan betul)
2. flipped learning - pembelajaran balikan
3. flipped classroom - kelas balikan
Makna01.04.2022
Apakah terjemahan ke Bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat ini: "The community prides itself on having accurate lyrics for new releases first."Kami mencadangkan pihak tuan mendapatkan perkhidmatan terjemahan daripada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia atau Persatuan Penterjemah Malaysia. Hal ini demikian kerana terjemahan perlulah sesuai dari segi makna dan konteks ayat dan pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan, tetapi menyemak ayat yang telah diterjemah kepada bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan17.03.2023
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang peluang untuk terlibat dalam terjemahan buku (Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia). Isu adalah berkaitan dengan kesihatan, pendidikan dan sosial. Bagaimana syarat untuk menjadi penterjemah atau lain-lain maklumat yang berkaitan. Terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak melaksanakan fungsi terjemahan. Fungsi terjemahan dilaksanakan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Saudara boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman web itbm.com.my.Lain-lain18.05.2023
TERJEMAHAN PROOFREAD DALAM BAHASA MELAYUUntuk makluman tuan, pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan dokumen dan baca pruf. Bagi mendapatkan perkhidmatan terjemahan, pihak tuan boleh menghubungi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia atau Persatuan Penterjemah Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan21.08.2023
Apa terjemahan 'to crash party'?Cadangan terjemahan bagi crash party ialah tetamu tanpa jemputan. Jika ingin mendapatkan terjemahan yang lebih tepat, mohon berikan contoh perkataan dengan ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan mengikut konteks ayat yang diberikan.Makna31.07.2022
Apakah terjemahan untuk "homestay"? Adakah "rumah tumpang"? Bagaimana pula dengan terjemahan bagi "guesthouse"? Adakah "rumah tamu" boleh diterima?Padanan terjemahan yang sesuai digunakan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat untuk homestay ialah “inapan keluarga”. Manakala padanan terjemahan guest house yang diberikan adalah betul iaitu “rumah tamu”. Penyemakan dan penterjemahan18.06.2022
Terjemahan untuk "debridement"Padanan bahasa Melayu bagi istilah debridement ialah debridemen. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah30.04.2023
terjemahan one-to-one dalam bahasa melayuCadangan padanan yang sesuai ialah satu dengan satu. Walau bagaimanapun, bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.Lain-lain24.05.2023
12345678910...

Kembali ke atas