Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.je.ma.han] | ترجمهن

Definisi : 1. hasil drpd menterjemahkan, yg (telah) diterjemahkan: di samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~; 2. cara (gaya, kaedah) menterjemah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.je.ma.han] | ترجمهن

Definisi : sesuatu (kar­ya dll) yg su­dah diterjemahkan; hasil menterjemahkan se­suatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terjemah
Kata Terbitan : menterjemah, terjemahan, penterjemahan, penterjemah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
translationterjemahanKesusasteraanTiadaProses pemindahan daripada bahasa yang digunakan dalam teks (bahasa sumber) ke dalam bahasa lain (bahasa sasaran). Terjemahan dihasilkan dengan menggunakan pelbagai kaedah berdasarkan tiga prinsip umum yang berlainan seperti yang berikut: (a) Terjemahan perlu merujuk teks asal dari segi bentuk, prosodi, dan leksikon. (b) Nilai sastera tidak sepenting isinya, dan nilai ini tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya, (c) Kesan kesusasteraan teks dalam karya terjemahan dianggap penting. Oleh itu, bentuk, prosodi dan leksikon boleh diubahsuai mengikut budaya dan kesesuaian bahasa sasaran. Melalui ketiga-tiga prinsip tersebut, terjemahan boleh dihasilkan secara literal, longgar, atau diadaptasikan. Terjemahan literal melibatkan pemindahan bahasa pada tahap perkataan tanpa menghiraukan perbezaan sistem ungkapan dan imejan antara sumber dengan bahasa sasaran. Terjemahan longgar pula mengekalkan nada, semangat dan kesan penulisan sesebuah teks, kadang-kadang sehingga terpaksa mengorbankan atau mengkrompromikan �kesetiaan� terhadap teks asal. Terjemahan yang diadaptasikan merupakan terjemahan paling longgar kerana melibatkan penulisan semula yang mengekalkan ciri karya asal secara umum dan meluas. Contoh karya terjemahan ialah novel Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan yang diterjemahkan ke bahasa Rusia oleh Victor Pogadaev berjudul Bili i Ne bili Ostorovov Oghonshoto, novel Ustaz karya S. Othman Kelantan di terjemahkan ke bahasa Arab oleh Sultan Ahmad dan Mujahid Mustafa Bahjat berjudul al-Ustadh. Contoh dalam sastera Arab ialah novel Shikaju oleh �Ala� al-Aswani diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Farouk Abdel Wahab berjudul Chicago, manakala contoh karya Turki ialah novel Benim Adim Kirmizi oleh Orhan Pamuk yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh Atta Verin berjudul Namaku Merah Kirmizi dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Erdag M. Goknar berjudul My Name is Red.
hybrid arrest translationterjemahan tangkapan hibrid (HART)BiologiGenetikKaedah biologi molekul yang menggunakan klon DNA untuk menyepuh lindap dengan RNA pengutus sebelum terjemahan in vitro didlakukan. Dengan cara ini hasil daripada RNA pengutus yang dikehendaki tidak kelihatan dalam hasil terjemahan in vitro.
in vitro translationterjemahan in vitroBiologiGenetikKaedah biologi molekul yang menggunakan RNA sebagai templat terjemahan dengan menggunakan ekstrak bebas sel.
hybrid arrested translationterjemahan hentian hibridBioteknologiTiadaKaedah yang membolehkan DNA terklon dikaitkan dengan protein yang dikod. Kaedah ini dilakukan berdasarkan anggapan bahawa mRNA tidak mengaruh sintesis protein dalam sistem terjemahan bebas sel apabila dihibrid dengan DNA komplemennya. Dengan itu, sintesis protein dalam sistem bebas sel termasuk mRNA terhibrid dapat dibandingkan dengan sistem tanpa penghibridan DNA. bd. terjemahan pembebasan hibrid.
coupled transcription-translationtranskripsi-terjemahan bergandingBiologiGenetikProses yang berlaku pada organisma prokariot apabila transkripsi dan terjemahan berlaku serentak tanpa menunggu transkripsi selesai.
polysomepolisomBiologiGenetikStruktur yang mengandungi dua ribosom atau lebih yang bergabung dengan mRNA yang sama dan sedang menjalani proses terjemahan, atau struktur gabungan antara satu molekul mRNA dengan dua ribosom atau lebih semasa terjemahan. poliribosom.
hybrid released translationterjemahan pembebasan hibridBioteknologiTiadaKaedah yang membolehkan DNA terklon dikaitkan dengan protein yang dikod. DNA terklon diikat pada penuras selulosa nitrat dan dihibrid dengan penyediaan mRNA. Penuras dibasuh dan mRNA terhibrid dielutkan dengan memanaskan dengan formamid. mRNA yang dipulihkan kemudiannya diterjemahkan dalam sistem bebas sel dan hasil polipeptida yang diradiolabel dianalisis dengan menggunakan elektroforesis gel. bd. terjemahan hentian hibrid.
translationterjemahanBiologiGenetik1. Sintesis protein atau polipeptida dengan menggunakan mRNA sebagai templat dan berlaku di atas ribosom. 2. Penerbitan jujukan asid amino sesuatu polipeptida daripada satu molekul mRNA melalui penggabungan dengan ribosom.
amber mutationmutasi amberBioteknologiTiadaMutasi yang dapat ditindas dan menyebabkan pembentukan kodon UAG dalam mRNA. Kodon ini menentukan penamatan terjemahan supaya sintesis polipeptida berhenti pada tapak amber. Pada strain E. coli yang mempunyai tRNA dengan antikodon AUC, mutasi ini dapat ditindas dengan cara memasukkannya pada tapak UAG dan terjemahan dapat diteruskan.
translationterjemahanBioteknologiTiadaPeringkat dalam sintesis protein yang dikaitkan dengan aktiviti ribosom, iaitu yang melibatkan sintesis rantai polipeptida daripada mRNA pada ribosom dengan memadankan kodon pada mRNA dengan antikodon pada tRNA.
12345678

Kembali ke atas