Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terkecil


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MALDIVES

Maldives ialah negara merdeka terkecil di Asia

dan juga salah sebuah negara terkecil di dunia.

Negara ini terdiri daripada lebih kurang 1000 pulau

karang kecil yang berbentuk seperti rantai

sepanjang 764 kilometer dan selebar 129 kilometer

di Lautan Hindi. Bahagian hujung utara Maldives

berada kira-kira 600 kilometer dari selatan India.

Aktiviti ekonomi utama negara ini ialah perikanan

dan pelancongan.

UMUM 
ZARAHJirim terkecil yang boleh dipisahkan daripada jirim pukal. Sebagai contoh, habuk kayu ialah zarah kayu. Begitu juga dengan debu, iaitu zarah tanah liat atau pasir. Saiz zarah ditentukan dengan skrin Tyler. ....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
PERLIS

Perlis , negeri terkecil yang terletak di utara

Semenanjung Malaysia. Negeri Perlis pada

asalnya adalah salah sebuah jajahan Kesultanan

Kedah. Ketika itu Perlis disempadani oleh Setul

(Thailand), Songkhla ( Thailand) dan Kubang Pasu

(Kedah). Perlis adalah sebuah negeri pertanian

UMUM 
IRELAND UTARAIreland Utara merupakan bahagian terkecil

daripada empat bahagian politik utama yang

membentuk United Kingdom of Great Britain

and Northern Ireland.

UMUM 
MONACO

Monaco ialah salah sebuah negara terkecil di

dunia. Ia mempunyai keluasan tanah lebih kurang

1.95 kilometer persegi. Monaco terletak di kawasan

Riviera Perancis, bersempadankan Laut

Mediterranean. Perancis terletak di sempadan

bertentangan.

UMUM 
ARMAGH, KAUNTI

Armagh, Kaunti ialah kaunti terkecil daripada

enam kaunti di Ireland Utara. Ia menganjur dari

pantai Lough Neagh di utara hingga sempadan

Republik Ireland di selatan dan barat. Kaunti ini

disempadani oleh Kaunti Tyrone di barat dan Kaunti

Down di timur. Sebahagian besar daripada Kaunti

ini terbentuk dalam daerah Armagh sejak rombakan

semula kerajaan tempatan pada tahun 1973.

Manakala bahagian yang selebihnya termasuk

dalam daerah Dungannon, Banbridge serta Newry

dan Mourne. Menurut banci pada tahun 1971,

penduduk di Kaunti ini berjumlah 133 969 orang.

UMUM 
TASIK ONTARIO

Tasik Ontario ialah tasik yang terkecil dan yang

paling ke timur daripada lima Tasik-tasik Besar di

Amerika Utara. Ia merupakan hubungan penting

dalam sistem Jalan Air St. Lawrence. Walaupun Tasik

Ontario terbuka kepada kapal besar sepanjang

tahun, namun ia mempunyai kurang lalu lintas,

berbanding Tasik-tasik Besar yang lain.

UMUM 
EL SALVADOR

El Salvador ialah negara terkecil di Amerika

Tengah. Tetapi ia ialah negara ketiga dari segi

jumlah penduduk di Amerika Tengah selepas

Guatemala dan Honduras.

UMUM 
BURUNDI

Burundi ialah salah satu negara terkecil dan

paling padat penduduk di Afrika. Negara ini

mempunyai jumlah penduduk melebihi 200 orang

per kilometer persegi, iaitu kira-kira sembilan

kali ganda kepadatan penduduk seluruh Afrika.

Bujumbura ialah ibu negara dan menempatkan

komuniti perbandaran terbesar.

UMUM 
ANDORRA

Andorra ialah salah sebuah negara yang terkecil

di dunia. Ia terletak tinggi di Pergunungan

Pyrenees di antara Perancis ke utara dengan Sepanyol

ke selatan. Andorra meliputi kawasan seluas 464

kilometer persegi. Untuk jumlah penduduk

Andorra, lihat Fakta ringkas dalam rencana ini.

UMUM 
1234

Kembali ke atas