Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ki.lan] | ترکيلن

Definisi : 1. terasa tidak senang hati, tersinggung perasaan: sahabat-sahabatnya ~ dgn kelakuannya yg bongkak sekarang; 2. berasa agak kesal atau tidak senang (kerana belum tercapai hajat, keinginan, dsb), terke­lindan, terbuku: aku makan di kedai terasa ~ kalau barang makanan itu tidak dibawa pulang; dia tidak puas dgn nama Ahmad, dia sudah ~ hendak menjadi Haji Ahmad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ki.lan] | ترکيلن

Definisi : berasa kesal atau berasa tidak senang hati kerana hajat (keinginan dsb) tidak tercapai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kilan
Kata Terbitan : terkilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ali berasa sungguh _________ kerana rakan baiknya sanggup menipunya a. terkilan b. tersinggung terima kasiha. terkilanTatabahasa12.07.2019
Angamah --------- setelah mendapat berita kematian ayahnya. a. terkelu b. terkedu c.terkilan d. tergamam Yg mana satukah yg betul?Angamah tergamam setelah mendapat berita kematian ayahnya.Tatabahasa14.05.2008
Assalamualaikum, Maafkan saya sekiranya soalan saya ini telah menyinggung mana2 pihak. Saya bukanlah Pakar Bahasa, tetapi saya rasa sedikit kecewa dan terkilan. Boleh tak saya dapatkan penjelasan, apakah rasionalnya kita me"Melayu"kan perkataan2 bahasa inggeris yang mana terdapat istilah Melayu yang tepat untuk maksud perkataan2 tersebut. Antara perkataan2 yang dikenalpasti dan digunakan secara meluas adalah : -diskusi (discussion) -dekorasi (decoration) -kolaborasi (collaboration) -dedikasi (dedicate) Yang amat mengecewakan saya adalah perkataan "KOREKSIONAL", yang telah digunapakai dalam akhbar arus perdana. Menurut petikan akhbar tersebut, ia bermaksud "pembetulan" yang diambil dari perkataan "correctional" merujuk kepada pengurusan Penjara. harap maklum.

Dalam proses memperbanyak dan memperkaya perbendaharaan kata  dalam bahasa Melayu, kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing khususnya daripada bahasa Inggeris diamalkan dengan pengubahsuaian ejaan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Bagi perkataan koreksional pula, pihak kami telah pun menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan supaya tindakan pembetulan dibuat.     

Istilah30.04.2010
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga DBP. Saya terpanggil untuk menulis komen di sini setelah melihat satu iklan di sebuah akhbar tempatan. Jujurnya saya agak terkilan apabila dalam penulisan bahasa, perkataan ceduk digunakan. Terbaharu saya lihat perkataan 'wayarles' diguna dalam iklan Bahasa Malaysia. Apabila kamus DBP (atas talian) dirujuk, didapati perkataan itu disenaraikan. Agak ralat perkara ini berlaku kerana sudah jelas perkataan itu bukan berasal daripada Bahasa Malaysia. Bukan ke sebelum ini kita guna perkataan "tanpa wayar"? Kenapa "les" di dalam perkataan "wayarles" disamakan dengan perkataan "tanpa"? Sejak bila kita ada imbuhan "les" dalam tatabahasa. Saya seorang pendidik di sebuah universiti, dan sangat menekankan penulisan tesis dalam Bahasa Malaysia yang berkualiti. Penggunaan bahasa yang diceduk ini akan merosakkan bahasa kita. Bagaimana saya nak mendidik pelajar untuk menulis dengan baik sekiranya perkataan tersebut ada dalam daftar kamus dewan. Saya perhatikan banyak perkataan ceduk mula timbul di zaman teknologi maklumat dan ini sangat menyedihkan. Kalau perkara ini diteruskan, tidak mustahil jati diri Bahasa Malaysia akan terkubur. Harap pihak DBP mengambil berat perkara ini. -Pendokong Bahasa Malaysia-Waalaikumsalam, penggunaan istilah wayarles dan tanpa wayar diterima dalam bahasa Melayu dan juga merujuk kepada wireless. Perkataan wayarles telah lama diterima dalam bahasa Melayu kerana penggunaannya telah mantap.Lain-lain20.01.2015
Saya ingin memohon pencerahan DBP berhubung maksud ayat ini yang dipetik dari undang-undang bertulis di Malaysia : "Lembaga hendaklah menimbangkan rayuan daripada mana-mana orang yang terkilan dengan penjalanan kuasa melantik dan menaikkan pangkat itu". Maksud "menimbang" di sini adakah termasuk membuat keputusan tentang rayuan tersebut? Terima kasih.Untuk makluman tuan, dalam Kamus Dewan perkataan menimbangkan bermaksud memikirkan untuk membuat kesimpulan, keputusan dan sebagainya. Data yang diberikan ini bukan khusus kepada bidang perundangan, sebaliknya digunakan dalam ungkapan umum.Tatabahasa06.02.2015
bolehkah perkataan terharu digunakan untuk perkara yang sedih? contohnya, terharu dengan pembunuhan itu. kerana kebiasaannya ia digunakan untuk perkara yang menyentuh hati tapi menggembirakan berbanding perkataan terkilan.Terharu bermaksud berasa hiba (kasihan, rawan hati, dan sebagainya) seperti ia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu dan terharu tidak menggambarkan perasaan gembira.Tatabahasa11.06.2012

Kembali ke atas