Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ki.lan] | ترکيلن

Definisi : 1. terasa tidak senang hati, tersinggung perasaan: sahabat-sahabatnya ~ dgn kelakuannya yg bongkak sekarang; 2. berasa agak kesal atau tidak senang (kerana belum tercapai hajat, keinginan, dsb), terke­lindan, terbuku: aku makan di kedai terasa ~ kalau barang makanan itu tidak dibawa pulang; dia tidak puas dgn nama Ahmad, dia sudah ~ hendak menjadi Haji Ahmad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ki.lan] | ترکيلن

Definisi : berasa kesal atau berasa tidak senang hati kerana hajat (keinginan dsb) tidak tercapai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kilan
Kata Terbitan : terkilan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aggrievedterkilanPentadbiranTiadaTiada
aggrievedterkilanUndang-undangTiadaTiada
aggrieved partypihak terkilanSains PolitikTiadaTiada
aggrieved partypihak terkilanUndang-undangTiadaTiada
aggrieved statenegara terkilanUndang-undangTiadaTiada
aggrieved personorang yang terkilanUndang-undangTiadaSeseorang yang mempunyai hak tindakan di sisi undang-undang kerana kepentingannya terjejas oleh sesuatu tindakan pihak berkuasa pentadbiran.
statutory appealrayuan statutoriUndang-undangTiadaRayuan yang dibenarkan oleh statut untuk dibuat oleh seseorang yang terkilan walaupun tiada pelanggaran hak di sisi undang-undang.
legal obligationkewajipan undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSegala jenis tanggungjawab undang-undang atau liabiliti. Dalam maksud yang asal, kewajipan undang-undang lebih merujuk kepada tanggungjawab untuk menyelesaikan keberhutangan wang seperti yang dinyatakan di dalam dokumen bertulis yang dimeterai. Kini, kewajipan undangundang digunakan sebagai rujukan kepada perkara yang seharusnya dilakukan oleh seseorang disebabkan oleh sumpah, kontrak atau undang-undang. Ia merujuk kepada tanggungjawab undang-undang dan tanggungjawab moral yang boleh memberikan tekanan kepada seseorang untuk melaksanakannya atau dihukum kerana cuai melaksanakannya. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, kewajipan undang-undang boleh lahir daripada triti yang disertai atau undang-undang adat antarabangsa. Contoh kewajipan undang-undang antarabangsa ialah kewajipan untuk tidak menggunakan kekerasan terhadap negara lain dan kewajipan untuk tidak mencederakan rakyat negara lain. Mana-mana negara yang melanggar kewajipan undang-undang mempunyai kewajipan undang-undang untuk membuat reparasi (pembetulan) kepada negara terkilan.

Kembali ke atas