Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.la/.sa.na] | ترلقسان

Definisi : boleh atau dapat dilaksanakan (rancangan, tugas, dll), tercapai (maksud, tujuan, cita-cita, dll): semua wanita lekas sekali menuduh laki-laki kejam, kalau niat hatinya tidak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.la/.sa.na] | ترلقسان

Definisi : dpt dilaksanakan (bkn tugas, hasrat dsb); tercapai: Semoga hasrat kerajaan utk menjadikan negara ini sbg negara yg termaju akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlaksana


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
realized strategystrategi terealisasiPengurusanPerancanganKombinasi strategi yang terlaksana hasil daripada keputusan yang dicapai melalui strategi munculan dan strategi terhasrat. Strategi terealisasi menggambarkan keberkesanan dan kejayaan keseluruhan strategi yang dilaksanakan oleh pengurusan sesebuah organisasi. Lihat juga strategi munculan, strategi terhasrat.
rocking rhythmirama ayunKesusasteraanTiadaIrama dalam puisi yang terlaksana apabila suku kata yang ditekan dalam satu kaki matra sajak berada di antara dua suku kata yang tidak ditekan.
عقد النافذakad jadiAgama IslamFiqhAkad yang sah dan terlaksana serta-merta.
losskehilanganTeknikElektrikLesapnya kuasa tanpa apa-apa kerja berfaedah terlaksana.
flashbackimbas kembaliKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan oleh pengarang cereka atau drama untuk menyajikan babak atau peristiwa yang berlaku terlebih awal daripada apa yang sedang terlaksana.
Java applet)aplet JavaTeknologi MaklumatTiadaSatu atur cara kecil yang bertujuan untuk agihan pada WWW dan untuk tafsiran pelayar web berkebolehan Java seperti Microsoft Internet Explorer atau Netscape Navigator. Aplet Java terlaksana dalam tetingkap pelayar dan menamba
bailmentbailmenUndang-undangTiadaPenyerahan barang-barang dan sebagainya yang diamanahkan, mengikut sesuatu kontrak, sama ada nyata atau tersirat, supaya amanah itu dilaksanakan dan barang-barang itu dikembalikan oleh baili sebaik-baik sahaja maksud atau tujuan itu terlaksana.
‘aqd munjizakad berkuat kuasa segeraPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh dua pihak dengan lafaz tanpa syarat. Contohnya, pernyataan "Saya jualkan kereta ini dengan harga RM 40 000 kepada awak" dan dijawab "Saya terima". Akad jual beli ini memberi kesan segera apabila memenuhi rukun dan syaratnya, dan berlaku pertukaran dan bayaran. Walau bagaimanapun, terdapat dua bentuk akad munjiz yang tidak terlaksana secara segera, iaitu akad wasiat dan akad melantik wasi. Kedua-dua akad muamalat ini berkuat kuasa secara mutlak selepas kematian pewasiat atau wali. Sinonim lafaz berkuat kuasa segera.

Kembali ke atas