Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (per­buatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampun­kan, yg kemudian jangan dibuat lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1 amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Masak bubur terlalu cair,
     Makan dicampur dengan nira;
Tanah lembah kandungan air,
     Kayu bengkok titian kera.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Hendak panjang terlalu,
     patah.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

 

Lihat selanjutnya...(67)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARTILERI

Artileri meliputi meriam beroda atau pelancar

roket yang terlalu besar atau terlalu berat untuk

dikelaskan sebagai senjata kecil. Biasanya sebarang

meriam atau pelancar yang menggunakan amunisi

yang berdiameter 2.5 sentimeter atau lebih dan

yang tidak ditembakkan dari tangan atau dari bahu

dikenali sebagai artileri .

UMUM 
NOTA KAKI

Nota kaki ialah nota yang dicetak dalam huruf

kecil di sebelah bawah sesuatu halaman. Ia

digunakan untuk memberi maklumat yang terlalu

panjang atau terlalu terperinci untuk dimasukkan ke

dalam kenyataan yang asal. Nota kaki kadangkala

digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan

atau idea yang mungkin mudah disalahertikan,

tetapi biasanya ia hanyalah memetik sumber atau

kewibawaan untuk menjelaskan apa yang dikatakan

oleh pengarang. Nota kaki membantu memendekkan

ayat dan membebaskannya daripada fakta yang

berlebihan.

UMUM 
DAHAGA

Dahaga ialah keadaan yang menyebabkan

badan memerlukan air. Persekitaran dalaman

badan (organ dan tisu) memerlukan sejumlah air

dan garam untuk berfungsi dengan baik. Terlalu

banyak atau terlalu kurang air atau garam boleh

memusnahkan dan merosakkan sel. Oleh sebab

itu, manusia dan haiwan perlu mengawal

pengambilan air.

UMUM 
AMPLIFIER MAGNET

Amplifier magnet,juga dikenali sebagai reaktor

boleh tepu, ialah alat yang digunakan untuk

mengawal kuasa elektrik yang besar. Ia digunakan

apabila arus elektrik terlalu besar atau keadaan lain

terlalu teruk bagi amplifier transistor atau injap.

Contohnya, amplifier magnet selalu digunakan

untuk mengawal kelajuan motor elektrik yang besar

ataupun kecerahan lampu-lampu landasan di

lapangan terbang.

UMUM 
TACHYCARDIA

Tachycardia ialah denyutan jantung yang terlalu

cepat, dan juga dikenali sebagai debaran. Ia adalah

sejenis penyakit organik. Terdapat beberapa jenis

tachycardia, bergantung kepada ruang jantung di

debaran itu bermula dan kekerapan debaran

berlaku. Contohnya, paroksismal atrium takikardia

( PAT ) adalah denyutan jantung yang sangat laju

yang bermula di ruang atas jantung ( atrium ) dan

berlaku sekali-sekala.

UMUM 
NOVA

Nova merupakan letupan yang menyebabkan

sebutir bintang menjadi terlalu cerah sehingga

mencapai 10 000 hingga 100 000 kecerahan

matahari. Bintang tersebut boleh bersinar secerah

itu selama sebulan atau lebih lama sebelum

beransur-ansur pudar kepada kecerahannya yang

asal. Sesuatu nova menghamburkan jisim gas dan

debu yang besar ke angkasa. Perkataan nova berasal

daripada perkataan Latin yang bermaksud baru.

Manusia pernah tersalah tanggap kerana

menyangka nova sebagai bintang baru.

UMUM 
PIROMETRI

Pirometri ialah sistem mengukur suhu. Ia

biasanya merujuk kepada suhu yang terlalu tinggi

untuk diukur dengan termometer. Dalam tanur

tembikar, bukan sahaja suhu, tetapi juga kesan

haba perlu diukur. Kon pirometrik , atau kon

Seger, kadangkala digunakan. Kon kecil

berbentuk piramid ini dibuat daripada tanah liat

dan garam, dan akan cair pada suhu tertentu

dalam tempoh tertentu. Lingkaran tanah liat yang

tidak terbakar juga digunakan di dalam tanur

untuk mengukur kesan haba.

UMUM 
SEJUK KAKI

Sejuk kaki ialah keadaan penyakit di bahagian

bawah kaki yang berpunca daripada terlalu lama

terdedah kepada sejuk lembap. Keadaan ini

dialami oleh ramai askar yang bertempur di parit

pelindung semasa Perang Dunia I (1914–1918). Ia

menyerupai reput fros yang ringan hinggalah

kepada yang sederhana. Reput fros terjadi akibat

terdedah kepada keadaan sejuk kering. Askar,

pekerja luar, dan pemburu selalu mengalami

sejuk kaki. Ia perlu dirawat seperti reput fros,

dengan membersihkan kaki, berehat dan

mengembalikan peredaran darah.

UMUM 
DAUN EMAS

Daun emas ialah logam emas yang telah diketuk

menjadi kepingan atau dedaun yang terlalu

nipis. Daun emas digunakan untuk menghias

permukaan bingkai gambar dan perabot dan untuk

menulis huruf pada cermin tingkap.

UMUM 
SILIUM

Silium ialah struktur halus bak rambut yang

mengunjur daripada jenis sel tertentu. Silium adalah

kurus dan sentiasa bergerak. Ia terlalu halus

hinggakan ia hanya boleh dilihat menerusi

mikroskop. Pada haiwan peringkat tinggi, silium terdapat

pada sel membran hidung, telinga, dan tiub yang

menuju ke paru-paru. Pergerakan silium yang

berombak dalam organ ini menolak keluar habuk,

bakteria, dan mukus, dan menjaga saluran supaya

bersih. Pada banyak haiwan yang hidup dalam air,

sel yang mengandungi silium mengipas air yang

mengandungi makanan dan oksigen ke dalam

haiwan tersebut. Banyak organisma bersel satu

mempunyai silium yang berfungsi sebagai organ

deria dan sebagai cara bergerak.

Lihat juga Protozoa (Siliat).

UMUM 
1234567

Kembali ke atas